Wednesday, December 31, 2008

Untuk anak

Hari ini ada semangat suam-suam kuku yang lebih. Berazam cuba buat sesuatu dan insyaallah akan diteruskan biar berpanjangan, demi untuk anak-anak tercinta.

Tadi saya telah bagi ujian kemahiran belajar pada anak-anak. Ujian ini ada dua modul dan beberapa aktiviti iaitu;

Modul 1 - Aktiviti 1: "Minat mesti ada, sikap mesti baik"
Aktiviti 2: "Masa bagai emas"
Aktiviti 3: "Kuasa di minda"
Aktiviti 4: "Minda yang tajam"
Aktiviti 5: "Kenang daku dan ingat-ingat selalu"
Modul 2 - Aktiviti 6: "Tak da baca punya orang, rugilah..."
Aktiviti 7: "Conteng-conteng aje"
Aktiviti 8: "Siaran Ulangan"
Aktiviti 9; "Hamba tidak gentar....hamba selalu sedia'
Aktiviti 10; "Yang mana satu?"
Maklumat ini saya perolehi daripada buku karya Zol Azlan Haji Hamidin, 1992, Terbitan Mahir Publications.

Baru aktiviti 1 yang telah dijalankan dengan cara mengedarkan satu set soal selidik dan calon dikehendaki menjawab soalan yang diberi berdasarkan likert 5 scale. Ada 3 calon yang ambil ujian ni tadi, keputusannya adalah seperti berikut;

Ammar Faiz berusia 13 tahun mendapat skor 127,( bermaksud tahap minat atau sikap sederhana)
Anwar Hadi berusia 11 tahun mendapat skor 155, ( bermaksud tahap minat atau sikap sederhana) dan
Arif Najmi berusia 6 tahun mendapat skor 219.( bermaksud tahap minat atau sikap positif)

Rumusan yang diperolehi daripada aktiviti 1 ini bahawa Ammar Faiz dan Anwar Hadi menunjukkan minat dan sikap yang sederhana terhadap pembelajaran. Disyorkan supaya mengenalpasti skor yang mendapat 3 dan kurang, dan buat pembaikan.

Bagi Arif Najmi yang mendapat skor tinggi mempunyai tahap minat dan sikap yang positif terhadap pembelajaran. Disyorkan supaya tahap minat dan sikap positif ini diteruskan.

Seterusnya dicadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan minat belajar dan sikap positif terhadap pembelajaran. kutipan ini akan dibuat poster elok-elok dan akan dilekatkan di bilik mereka secepat yang mungkin.

Indahnya bahasa

Dua hari lepas saya mendapat sms daripada seseorang yang berbunyi begini...

Mendung tidak bererti HUJAN
Senyum tidak bererti GEMBIRA
Sedih tidak bererti DUKA
Diam tidak bererti LUPA

Tapi hati tidak pernah lupa jasa guru yang mengajar saya... Terima kasih cikgu...

Hati tertanya-tanya siapalah orang ni, lalu saya sms padanya yang berbunyi dua patah perkataan saja iaitu...
"Siapa ni?...
Tunggu dan tunggu balasan daripadanya namun tiada.

Hari ini 31 Disember 2008, saya sms pada seseorang mengucapkan tahniah kerana kejayaan anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.
Jawapan yang saya terima daripadanya ialah....

"Siapa ni?"(Hati didalam berkata-kata apa ni, saya orang yang signifikan dengan awak pun tak tau ka?)

Lalu saya membalas jawapan padanya bahawa saya adalah..... dan minta dia simpan dalam handphone no telephone saya.

Selepas tu saya mula terfikir, saya pernah bertanya seseorang melalui sms dengan menggunakan ayat yang sama apabila menerima sms seperti diatas. Lalu saya tengok balik sms tersebut dan saya reply balik kepadanya. Ayat yang saya gunakan adalah seperti berikut...
"sama-sama kasih kerana ingat jasa guru. Siapa disana boleh saya tahu?"

dan saya terus mendapat jawapannya begini...

"saya student..Ut..., ari tu ada masuk kelab prs untuk kokurikulum.. nama
saya syahira".
dan seterusnya kami terus bersms untuk beberapa ketika.

Pengajaran yang perolehi daripada peristiwa ini bahawa BAHASA ITU INDAH dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Gunakanlah bahasa yang indah dan cantik ini dalam situasi apa pun kerana ia MENYEJUKKAN HATI DAN PERASAAN PEMBACA DAN PENDENGAR.

Wallahhua'lam.

Tahun baru... Azam?

Allahhuakhbar dan syukur alhamdulillah hidup lagi aku hari ini.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2008 dan esok adalah tahun baru 2009 ( bagi tahun masihi), bersamaan dengan 3 Muharram mengikut kalendar islam.( Dah 3 hari tahun baru). Kalau mengikut amalan tradisi kebiasaannya pada malam ini akan berlakulah kejadian detik 12.00 malam di ambang tahun baru. Maka berdentum dentamlah bunyi bunga ai dan mercunnya. Alahai... apa ke benda nya tu...

Dalam surat khabar hari ini juga dalam the star, pihak polis telah memberi amaran agar pelakon-pelakon yang menyambut acara kemuncak malam ini supaya berkelakuan senonoh dan tidak mau perkara yang sama berlaku semasa menyambut malam krismas lalu dimana dua remaja ditahan di PP atas alasan...

Terbaca pula dalam sebuah majalah melayu popular Mas.... menyatakan remaja-remaja menyambut tahun baru dengan aktiviti bebas, dimana benih yang ditanam awal januari akan dapat hasil bulan september. alahai apalah nak jadi dengan mereka yang mengamalkan aktiviti bebas sebegini bagi menyambut perayaan-perayaan tertentu.

Apa yang lebih penting sempena menyambut tahun baru ni kita perlu muhasabah diri, tanamkan azam untuk mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Peringatan ini adalah untuk saya dan mereka yang signifikan dengan saya.
Semoga diberkati oleh Allah.

Sunday, December 21, 2008

Selamat pagi Malaysia

Alhamdulillah, syukur pada Allah saya masih dapat menikmati keindahan dinihari dipagi yang mulia ini. Hari ini rasa lebih bersemangat untuk mencoretkan sesuatu di ruangan blog ni. Dua tiga hari yang lepas diri rasa malas sangat.

Pada hari sabtu yang lepas bawa anak-anak bermain air di Taman Air Taman Buaya Melaka. Tempat ni baru dibuka dan tak jauhpun dari kediaman. Rasanya o.k jugalah tempat tu dan harga yang dikenakan pun juga berpatutan, dewasa Rm 10 dan kanak-kanak rm 6. Boleh main sepuas-puasnya. Sebelum ni ada juga pergi tanya dekat resort-resort yang berdekatan sebab nak jadi ahli kerana nak bagi anak main kolam. Bila dah ada kat Taman Buaya ni rasa tak perlulah lagi nak cari tempat lain. Budak-budak apa lagi kalau dapat main air, berjam-jam pun tak apa. Tapi lama mana yang boleh tahan? Main pun lebih kurang 2 jam aje, jam 2 ptg bersiap-siap balik rumah.

Ada gambar-gambar menarik, nanti akan di tampalkan kat sini kemudian.
Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan ceria.

Monday, December 15, 2008

Aktiviti 15 Disember

Alhamdulillah, syukur pada Allah hari ini dapat juga buat sedikit penambahbaikan dalam pengajian. Hari ini dapat baca satu artikel disamping itu dapat kumpulkan beberapa artikel yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut. Bahan yang dikumpul adalah berkaitan dengan career decision making process, how to make decision, career decisions dan model counseling - The ASCA. Lima buah fail telah dibuka dan dimuatkan secara berasingan bahan-bahan kajian yang telah dikumpul dan diperolehi sejak sekian lama. Pengkelasan bahan kajian adalah mengikut topik yang telah ditetapkan. Satu model bertajuk ..CCDU holistik career.... juga telah diperolehi.

Tindakan ini telah diambil kerana ingat pesan Prof masa berjumpa dengan dia , katanya... now you have to filter the models and theories relevant to your study... insyaallah.

Ya Allah berkatilah hambamu ini.

Friday, December 12, 2008

Rumah jiran dimasuki pencuri

Semalam jiran sebelah rumah ada bagi tau, lima buah rumah di taman tasik dimasuki oleh pencuri pada malam hari raya aidil adha yang lalu. Dua buah rumah adalah sederetan dengan rumah saya. Yang sederetan dengan saya kebetulan waktu kejadian kedua-dua penghuni tidak ada dirumah kerana balik kampung berhari raya. Satu rumah telah dikerjakan apa yang ada dan satu lagi cuma sempat di kopek jerigi besi dan alarm berbunyi maka pencuri cabut lari.
Tiga buah rumah lagi juga telah dikerjakan oleh pencuri tersebut. Barang-barang yang berharga tak taulah apa yang hilang.

Yang menarik perhatian saya daripada cerita jiran adalah rumah-rumah yang dimasuki pencuri tersebut didapati ada tanda kayu di hadapan rumah. Ini bermakna perancangan teliti menggunakan ajen/ spy telah dilakukan oleh pencuri sebelum nak masuk kerumah yang diketahui tak ada orang. Hai...macam cerita p.ramlee lah pulak, apa tajuknya... .....yang menggunakan taktik pangkah rumah untuk merompak dan akhirnya tersalah pangkah dan terompak rumah kecil...( busukkkkk).

Selain daripada itu ada kereta kancil putih yang disyaki dan seringkali merayau dan berhenti seperti kereta rosak berberdekatan dengan rumah yang akan dirompak juga disyaki.

Pengajarannya bagi taulah pada jiran kalau nak balik kampung dan bawalah barang-barang yang berharga dan selainnya kita berserahlah kepada Allah.

Thursday, December 11, 2008

Bersama penyelia

Alhamdulillah, selesai satu perkara bila perancangan nak jumpa prof telah selesai dilaksanakan, hasil daripada perbincangan, maka zoom in ( focus ) dah kena buat dan pembacaan kena lebih teliti dan mendalam. Temujanji untuk bulan januari juga telah diaturkan. Mudah-mudahan apa yang telah dibincangkan tadi akan dapat dilaksanakan dengan baik dan semoga akan ada penambahbaikan bagi tahap yang seterusnya.

Berjumpa dan berbincang dengan supervisor adalah merupakan salah satu motivasi untuk diri. Tidaklah diri ini keseorangan dalam melayari perjalanan ilmu ini. Kata Prof dan kawan-kawan, pada tahap pencarian ilmu ini kita adalah bersendirian meneroka, mengali dan mencanai ilmu yang kita perolehi itu mengikut kehendak kita. Situasi ini adalah normal pada peringkat habis darjah (phd), semua orang yang menceburi akan mengalaminya. Rasa pening-pening lalat dan suam-suam badan tu biasalah. oh... begitu kah....

Semoga Allah berkati segala usaha yang dilakukan.

Wednesday, December 10, 2008

Mood membaca

semangat-semangat, mudah-mudahan semangat membaca atau mood segar kembali. Inilah yang terjadi bila dua tiga hari tinggal dari membaca, bila nak mula balik hai jadi masalah. Kadang2 tu terfikir juga nak cari persekitaran baru untuk membaca mungkin bila ada kelainan semangat akan datang. Walaubagaimanapun perkara ini akan cuba diatasi juga sebab esok nak jumpa supervisor. Apa-apapun hari ni mesti dilakukan sesuatu, demi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.
Semoga Allah memberi kekuatan jasmani dan emosi pada hamba mu ini.

Tuesday, December 9, 2008

aidil adha 2008

kembali semula mengadap komputer selepas dua tiga hari bercuti untuk buat persiapan menyambut aidil adha, kakak2 dan abang turut berhari raya di melaka. tahun ni saya bersama suami dan saudara mara berkongsi korbankan seekor lembu sempena aidil adha. Bila saudara datang beramai-ramai banyak jugalah persiapan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas. Samada dari tempat tidur, makan minum dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Menjelang petang semua dah balik ke kuala lumpur termasuk mak dan adik yang tinggal disini ikut mereka balik ke kl. Mak kata dia nak balik kpg kat kedah dah lama tinggal umah, takut-takut nanti tikus bermaharajalela, so adik teman mak balik kampung. Tinggallah kami disini anak beranak. nasib baik pada 1 disember lepas pembantu rumah datang, ada juga orang boleh tolong buat kerja umah, kalau tidak macam lipas kudunglah jadinya sebab semua nak kena buat. Bila badan dah letih, bila nak tumpukan pada aktiviti membaca.
Mudah-mudahan selepas ini aktiviti pengajian akan menjadi lebih terancang dan tersusun dan berjalan dengan baik.

Mudaha-mudahan juga badan tak lah rasa seram-seram sejuk, mengenangkan semua yang berlaku dalam kehidupa seharian.

Wednesday, December 3, 2008

apa nak buat?

apa nak buat seterusnya, nak baca sampai bila? bila nak mula menulis ni, hai macam-macam persoalan yang timbul dikepala ni. Bila baca tu, ingat yang ni, bila baca ni, ingat yang tu, apa sudah jadi? Badan macam nak demam tak demam, nak baca gila-gila sangat pun rasa bosan pulak, hai macam mana ni? Timbul persoalan bolehkah aku sampai target untuk teruskan pengajian ni? Hai macam-macam perasaan ada, betulkah apa yang aku buat ni? Macam ni kah PhD student? Aku berada dilandasan yang betulkah?

Untuk menghilang rasa suam kuku badanku aku banyak berdoa pada Ilahi semoga aku dipermudahkan dalam pengajian ku.