Wednesday, February 25, 2009

Bismillahirahmanirohhim

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdullillah, syukor pada Allah kerana perancangan yang dibuat telah dapat dilaksanakan dengan baik. Tumpuan untuk kali ini adalah ingin mencari psychologycal tools yang berkaitan dengan perancangn kajian yang ingin dibuat. Ada dua tiga bidang yang ingin diterokai, samada boleh dapat atau tidak tak tau lagi, tapi tetap akan cuba dan mencuba.

Dalam salah satu pembacaan ada mencadangkan supaya boleh digunakan tools yang ingin dicari dan perlu ada penambahbaikan dari segi bila nak gunakan tools tersebut, seperti melihat cross culture kat Malaysia, serta menambah beberapa elemen lain yang berkaitan dengan kekeluargaan di Malaysia, sebab keluarga kat luar negara tak sama dengan keluarga kat Malaysia. betul juga ide tu.

Mudah-mudah dapatlah saja mencari tools yang dimaksudkan dengan sempurna. Semoga mendapat petunjuk daripada Allah sbwta. Amin

Tuesday, February 24, 2009

Himpunan cerita

1.Tadi cuba print zikir munajat dan akan diberikan kepada kekawan yang ikuti program keagamaan TTU atau majlis bacaan yaasin. Kalau tak ada masalah pada 26 hb Februari nanti akan diadakan majlis bacaan yaasin dirumah salah seorang ahli. Kebetulan pada hari tersebut saya tidak dapat datang kerana dah ada agenda, besar kemungkinan akan diedarkan pada majlis ceramah agama yang dijadualkan pada 4 mac nanti, Insyaallah.

2. Hari isnin yang lepas iaitu 23 februari ada kelas stat 2, setiap kali habis kelas mesti ada assignment yang dibekalkan oleh pensyarah. Setakat ini dah ada 6 assignments yang terkumpul dan perlu disiapkan dan dihantar sebelum final exam. Untuk tidak membebankan dan supaya tidak lupa selalunya bila balik ke melaka saya terus buat, tapi semalam tak dapat nak lakukan sebab badan terasa letih sangat, penat memandu...so tidur awal. Perancangan nak buat pagi-pagi tapi hajat tak kesampaian kerana terpaksa uruskan pula hal lain dari pagi hingga ke petang. So, sebelah malamnya nak cuba siapkan tugasan yang diberi, setidak-tidaknya siap sebelum agenda trip ke bandung.

Semasa dalam kelas ada juga tengok dan berbincang dengan kekawan mengenai tugasan yang diberi, output yang ditunjukkan nampaknya berbeza antara satu sama lain, so nampaknya kena buat perbincanganlah nanti supaya ada kesepakatan output hasil tugasan yang diberi. Perlu difikirkan....

3. Dua hari yang lepas jumpa satu pendekatan baru iaitu membaca dan ikuti bacaan quran secara online untuk memudahkan dan memastikan cara bacaan quran yang betul. Rasanya cara ini lebih cepat dan berkesan daripada baca sorang-sorang secara manual yang diamalkan selama ini. Setidak-tidaknya dapat tahu cara sebutan dan bacaan yang betul. Alhamdulillah Allah memberi petunjuk.

Thursday, February 19, 2009

Alhamdulillah mak selamat sampai

Bangun pagi-pagi tadi cuba call handphone mak. Mak dekat mana?
Mak dah sampai rumah, pukul 4.oo pagi tadi.
Ha! pukul 4? awalnya, selalunya pukul 6.00 pagi. Siapa ambil mak?
Mak telepon abang din suruh mai ambil mak kat stesyen bas. ( mak lelefon abang... macam mana mak tekan nombor2 tu, mak tak tau baca...main tekan-tekan saja agaknya)
Pasportnya dah jumpa? Dah, ada, nanti mak bawa balik pada hari sabtu nanti.

OK ...syukor, syukor alhamdulillah mak dah selamat.

Wednesday, February 18, 2009

Mak Saya

Jam 9.30malam tadi, saya menghantar mak ke stesyen bas untuk balik ke Kedah. Keputusan balik ke Kedah dibuat tengahari tadi apabila dapat tahu kakak kat Kedah tak dapat nak cari kunci rumah mak untuk ambil pasport mak dan poskan ke Melaka. Jadi mak pun buat keputusan, biarlah aku balik dan ambil sendiri pasport tu.

Ambil Pasport? Ya, mak nak ambil pasport dia sebab nak ikut saya dan kakak ikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh persatuan wanita di universiti ke Bandung dan Jakarta.So, apa yang hairannya?

Ape tidaknya, tau tak berapa usianya? ......

Mak saya seorang wanita yang tabah, kuat, bersemangat dan cekal. Zaman mudanya penuh dengan pancaroba dan berbagai pekerjaan yang dilakukannya.
Hasil kerja kuatnya beliau boleh buat rumah batu, mengerjakan haji dan umrah hasil titik peluhnya. Disamping itu beliau juga pandai menyimpan dan menabung dan mempunyai simpanan yang boleh tahan juga.

So bila saya bagi tau hasrat dan tujuan diatas, dia pun kata ...aku nak ikut, aku ada duit. Nak buat apa aku simpan duit banyak-banyak, nanti bila aku mati anak-anak bergaduh pasal duit, seperti yang telah aku dengar dan lihat..

Saya pun kata, oklah tak apa dan dah daftarpun nama mak dan nama kakak..
Mak saya seorang yang mempunyai semangat yang kuat dan kental...tau berapa umurnya? ....

Saya pernah bagi tau seorang kawan dulu, mak saya ada kat rumah menemani saya disamping itu dia juga memasak...kawan saya kata, you bagi mak you memasak...pada tahap umur macam ni,...mak i lebih muda daripada mak u, dan dah tak kuat dah, i suruh dia duduk diam-diam saja, kata kawan saya.

Tapi, mak saya bukan orang macam tu, dia tak boleh duduk diam dan dia minat memasak, kalau aku duduk diam dan tak buat kerja apa-apa aku rasa nak demam..kata mak, so..aku kena buat sesuatu..alahai mak,

Berapa umur MAK.. , Mak berumur 86 tahun, hanya sakit sendi-sendi, kalau berjalan mak tak rasa sakit, tapi kalau duduk saja rasa sakit...dan malam tadi mak balik sendirian ke Alor Setar Kedah, dan ini bukan kali yang pertama.

Aduh mak saya, semoga mak selamat sampai ke Alor Setar dan kembali ke Melaka. Semoga Allah melindungi beliau dan mempermudahkan beliau semasa diperjalanan. Amin


Thursday, February 12, 2009

Hajat Tak Kesampaian

Selepas maghrib pada 11 Februari 2009, dapat sms daripada kawan yang sedang belajar di UPM bahawa pensyarah PM Dr Lily Mastura telah kembali kerahmatullah. Tanganpun cepat merayap pada digit-digit dihandphone dan memaklumkan pada kekawan yang lain yang pernah dididik oleh beliau. Lalu kata putus telah dicapai antara saya dengan kawan untuk menziarahi jenazah dirumah beliau. Saya cuba dapatkan alamat rumah beliau daripada profesor yang berkaitan dan cubaan saya untuk mendapatkan maklumat tersebut berjaya. Maka pada 12hb sekitar jam 8.00 pagi saya bertolak dari Melaka ke UPM Serdang untuk berjumpa dengan kawan dan terus kerumah beliau berdasarkan alamat yang diperolehi. Akhirnya kami berjaya mencari lokasi rumah yang dicari tetapi sunyi sepi, akhirnya kawan saya menelepon kawan sepengajian beliau yang juga berhasrat ingin menziarahi jenazah.

Kami dimaklumkan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Bt 10 Cheras. Terpaksalah kami cari pula dimana Masjid Bt 10, Cheras. Dua tiga kali berpusing dan bertanya budak pengawal taman, bertanya penjaga stesyen minyak, bertanya kakitangan di Dewan.... bertanya pihak polis, dan akhirnya bertanya petugas di tol lebuhraya. Puas berpusing dan dua tiga kali kena bayar tol, tak juga berjumpa. Akhirnya kami berhenti disatu lagi stesyen minyak petronas dan kawan saya bertanya kawan beliau, khabar yang diterima ialah jenazah telah dibawa turun dari masjid dan akan dibawa kekubur yang terletak jauh juga dari masjid tersebut. Jam pada waktu itu pukul 11. 40 tengahari ( sudah tentu jenazah akan dikebumikan sebelum waktu zohor). Akhirnya kami mengalah, dan berkata sesama kami, hajat kita tak kesampaian untuk melihat jenazah, puas berpusing masjid tak jumpa.

Niat kita ada, Allah yang menentukan, kita sedekahkan al-fatihah semoga guru kita itu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Tuesday, February 10, 2009

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

Syukor alhamdulillah,
Allah maha mengetahui, Allah permudahkan hambanya yang sentiasa berdoa padanya. Apa yang tersirat dihati dan seperti yang telah ditulis pada entry yang lalu ....YaAllah permudahkanlah aku dan semoga apa yang aku lakukan pada waktu itu dapat diselesaikan pada masa yang telah aku tetapkan pada diriku, bila kerjaku siap dapatlah aku beribadat kepadamu dengan mengikuti majlis bacaan yaasin yang telah dijadualkan pada malam 10 hb Februari 2009, jam 8.30mlm...

Allah maha mengetahui segala-galanya, jam 7.o1 malam kerja saya siap dan dapat diemailkan kepada kekawan untuk tindakan seterusnya. Maka dengan lapang dada dan berbesar hati, dan bersyukor teramat sangat pada Allah kerana saya dapat memenuhi janji pada diri dengan pertolongan Allah dan dapat mengikuti majlis bacaan yaasin dengan sempurna. Majlis tamat pada jam 10.oo malam. Pada kali ini tambahan ilmu berlaku dengan memberi pendedahan mengenai amalan bacaan Al-Makthurat.

Semoga apa yang diperkenalkan dan diamalkan dalam majlis tadi akan menjadi ingatan dan ikutan kepada kekawan yang hadir. Semoga Allah membuka hati dan melapangkan dada kepada para ibu yang mengikuti majlis bacaan yaasin sebentar tadi serta terus mengamalkan bacaan almakthurat sepanjang hayat untuk mendapat keberkatan dari Ilahi.

Amin Ya rabbil alamin, perkenankanlah doa dan permintaan kami. Amin.

Hari ini untuk esok

Hari ni, 9 Februari 2009, cuba nak siapkan assignments LPP1133. lepas tu akan di e-mailkan pada kekawan untuk dibuat slide untuk presentation. Mudah-mudahan setidak-tidaknya besok saya boleh habiskan penulisan ni. Bila buat benda ni yang berlainan dengan arus yang nak dikaji mulalah rasa hai.....buang masa aje, tapi apa nak buat yang ni pun kena buat juga walaupun tak ada gred cuma HW saja.

Sekiranya habis seperti yang dirancang maka bolehlah saya cari sedikit maklumat untuk bacaan kaum ibu mengenai al-makthurat, sebab pada malam esok ada majlis bacaan yaasin. Buku al-makthurat telah dibeli untuk disedekahkan pada mereka dan sebagai bacaan bersama sekiranya ada majlis-majlis sebegini. Semasa dalam pencarian dua hari yang lalu ada terjumpa bog yang memuatkan maklumat mengenai al-makthurat, so saya ingat akan cuba nak cari lagi.

Apa-papun semua ini bergantung kepada sejauh mana saya dapat siapkan assignments saya ni, mudah-mudahan niat saya ini mendapat keberkatan dan diperkenankan oleh Allah subhanahuwataala untuk ikut bersama kumpulan wanita TTU untuk majlis bacaan yaasin esok.

Apa yang dapat dinyatakan untuk hari ini ialah INSYAALLAH

Sunday, February 8, 2009

Buat apa hari ni?

Apa yang dibuat pada hari Ahad ni, bersamaan 8 Februari 2009. Tadi update blog sikit-sikit, dan masukkan juga blog list yang terjumpa, ok juga sebab kebanyakkannya adalah berkaitan curahan rasa pelajar-pelajar yang sealiran dengan saya. Dapat 4 URL yang baru. Setidak nya boleh juga baca bahan baru dan dapat maklumat mengenai kelohan-kelohan pelajar yang seumpama dengannya dan dapat dijadikan pengajaran. Itulah lumrah hidup ni...
Bila diamati kata-kata dan curahan rasa daripada rakan-rakan blog yang seangkatan dengannya,

RUPA-RUPANYA KITA SEMUA ADALAH SERUPA
HIDUP YANG PENUH DENGAN PANCAROBA
GUNDAH GULANA YANG SENTIASA BERGELORA
INSYAALLAH, AKAN TAMAT BILA SAMPAI KETIKA

Semoga kita semua akan mendapat rahmat dari Ilahi
Hasil usaha yang kita lakukan kini
Di suatu hari nanti.... AMIN

Thursday, February 5, 2009

Permudahkan Aku Ya Allah

opps...9 Februari adalah cuti Taipusam. Johor juga terlibat dengan cuti ni. Saya menelefon PA pada supervisor, nak confirmkan bila agaknya saya boleh jumpa dengan beliau, maklumbalas yang diterima daripada PA supervisor bahawa dia dah terima sms saya mengenai tarikh tersebut dan katanya biarkan dulu dan dia akan bagitau kemudian bila saya boleh berjumpa dengan nya. Tambahan pula minggu ni dan minggu depan dia sibuk-sibuk nak kemas berpindah ke pejabat baru ( pejabat TNC HEPA ) dan selepas tu pula nak beramah mesra dengan staf-staf disana. Walaubagaimanapun maklumat yang saya terima bahawa dia akan setkan masa untuk saya dan saya kena ikutlah masa yang dia telah tetapkan. Alamak macam mana ni...( kalau macam tu lah saya rasa sampai hujung Februari ni pun saya belum pasti dapat jumpa dia).. habis cam na ni..

Dalam hati tertanya-tanya bolehkah saya dapatkan khidmat daripada second supervisor sekiranya fakulti bagi!!, habis kena mohon ke? Insyaallah akan cuba dapatkan pandangan daripada TD Penyelidikan, Dr Zaidatun..
Mudah-mudahan laluan saya akan menjadi lebih mudah dan senang dalam melayari perjalanan hidup sebagai seorang pelajar PhD ni.

Mohon petunjuk dan kerahmatan daripada mu Ya Allah. Permudahkanlah hambamu ini.

Wednesday, February 4, 2009

Penyeliaku TNC

Utusan Malaysia , Rabu 4 Februari 2009, dalam ruangan berita dalam negeri muka surat 25...berbunyi Universiti Teknologi Malaysia tampil imej baru...Naib Canselornya, Prof.Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penjenamaan semula imej tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai mengenali universiti berkenaan.

Untuk imej baru ini, UTM akan menggunakan logo yang mengandungi nama pusat pengajian tinggi di sebelah kanan lambang universiti dalam semua urusan.

Slogan yang digunakan sebelum ini Malaysia's Premier University in Engineering and Technology turut di tukar kepada Inspring Creative and Innovative Minds. Pada masa yang sama juga Datuk NC turut membuat pengumuman bahawa, Prof. Dr. Mohd. Tajudin Ninggal, dilantik sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang baru menggantikan Prof. Datuk Ir. Dr. Alias Mohd. Noor.

Wow...Prof Taj ( penyelia saya menjadi TNC ) alamak lagi sibuklah dia..
so, saya sms padanya berbunyi..."Prof, tahniah dapat jawatan TNC HEPA, takut saya nanti bila nak jumpa prof"
Balasan yang diterima..tkasih2....Don't worry, saya tak pernah lagi makan orang tau...
lalu saya membalas sms beliau dengan...he..he..he..

Saya pun terfikir, alamak macam mana ni penyelia saya telah menjadi orang kanan di UTM yang akan lagi sibuk, walaupun sebelum ni dia memang sibuk.
Maka terfikirlah berbagai perancangan dan kata-kata nasihat daripada orang-orang sebelum ini yang pernah didengar.

Apapun disini saya akan confirm balik mengenai temujanji saya untuk berjumpa dengan nya pada 9 Februari nanti, semoga perancangan berjalan lancar sebelum beliau masuk ke pejabat baru. Ya Allah permudahkan lah hambamu ini. Amin.

Santapan Rohani

4 Februari 2009, wanita TTU 31 telah menganjurkan siri ceramah kali kedua. Ustaz Zaini daripada JAIM adalah penceramah jemputan. Topik yang dikupas ialah 'Bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bertakwa dan bermotivasi'. Intipati yang diperolehi ialah didikan anak-anak hendaklah melalui; didikan agama, sulami dengan kasih sayang. Terapkan nilai-nilai kepimpinan melalui teladan kepada nak-anak. Contohnya jika ibubapa mahu anak-anak mendirikan solat, ibubapa perlu tunjukkan bahawa mereka adalah ibubapa yang taat bersolat pada Allah, dan cara yang terbaik ialah dirikan solat berjemaah bersama ahli-ahli keluarga.

Anak-anak perlukan belaian dan perlu disayangi, sekiranya ibubapa ingin memarahi anak-anak perlulah memarahi anak itu ketika bersendirian dengannya, sebab tak semua anak-anak dapat menerima teguran di hadapan adik beradiknya yang lain..

Antara lain, pemakanan kepada anak-anak juga perlu dijaga kerana ini akan membentuk perkembangan minda dan keperibadian mereka. Ustaz juga menekankan bahawa doa ibu adalah yang paling mustajab untuk anak-anak, maka lakukanlah berulang-ulangkali dan tanpa rasa jemu berbicara dengan Allah demi untuk keberkatan anak-anak yang kita sayangi. Mudah-mudahan satu hari nanti DOA SEORANG IBU YANG IKHLAS UNTUK ANAK-ANAK AKAN DIMAKBULKAN OLEH NYA. AMIN.

Monday, February 2, 2009

Kemalangan depan mata

Pada 1 Februari yang lepas kami sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin kaum kerabat di Cheras, Kuala Lumpur. Selepas makan kami sekeluarga bertolak balik ke Melaka. Dalam perjalanan dan berhampiran dengan kawasan rehat ....( mungkin seremban ) ada kemalangan. kami hanya perlahankan kereta dan tak berhenti sebab kemalangan di sebelah yang bertentangan. Di sebelah yang berlaku kemalangan tu alamak, kereta berduyun-duyun slow dan berhenti. Nampaknya macam teruk, sebab kereta masuk dalam parit. Kereta perlahan-lahan bergerak dan terus berlalu.

Dalam perjalanan, kurang daripada 10 km nak masuk ke exit Ayer Keroh, berlaku satu lagi kemalangan betul-betul dihadapan mata kami. Sebuah lori muatan tanah baja tiba-tiba pecah tayarnya dan lori tak dapat dikawal dan berpusing-pusing lalu terbalik dimana tayar keatas.

Berhenti..berhenti kita tengok pemandu nya, kesian dia... kata saya kepada suami. melepasi lori tersebut kami berhenti dihadapannya dan turun untuk memberi bantuan, langkah kami sedikit terlewat sebab seorang hamba allah yang bermotosikal terlebih dulu menghulurkan bantuan pada mangsa. Nasib baik tak ada kecederaan serius, cuma kakinya tercalar sedikit kena kaca tapi lorinya teruk pecah cermin dan muatannya berselerakan. Si hamba Allah yang bermotosikal itu juga didapati telah menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan bantuan. Suami bertanya pada pemandu tersebut, adakah beliau ok? Signal yang diberikan menunjukkan beliau ok. So.kami pun tak tunggu lama terus berlalu, hari dah hampir senja.