Tuesday, March 31, 2009

Motivasi Diri









Saya juga suka mengumpul kata-kata motivasi untuk renungan diri yang kerdil ini. Beberapa himpunan kata-kata motivasi untuk perkongsian bersama.

Vitamin c



Dah lebih seminggu saya bercadang untuk ke farmasi untuk membeli bekalan makanan tambahan untuk diri sendiri dan anak-anak. Tadi bila ada kesempatan terus membeli vitamin c untuk saya dan multivitamin untuk anak-anak. Mengambil vitamin c dan multivitamin ini telah diamalkan lama dulu, almaklumlah kekadang tu asyik bekerja saja sampai lupa tentang makan minum ni. Satu lagi tabiat saya, ialah saya hanya akan makan bila perut lapar, maka supaya badan ni cukup keperluannya maka amalan makan vitamin c inilah yang dapat membantu saya.

Selama ini alhamdulillah, sihat walafiat kesihatan, walaupun kekadang makan ala kadar saja. Satu lagi mungkin gandingan makanan yang dimakan tak cukup berkhasiat, so bila makan vitamin c bolehlah membantu.

Semoga amalan ini berkekalan dan kesihatan bertambah baik

Ingin yang terbaik

Dua tiga hari yang lepas talian internet tak dapat digunakan, so tak dapatlah nak update blog. pagi tadi setelah di cuba alhamdulillah berfungsi. Maka bolehlah saya coret-coretkan sesuatu dalam ruangan ini.

Pada minggu ini janji pada diri sendiri untuk siapkan semua assignment stat 2 dan bercadang untuk ke UTM buat perbincangan dengan kawan dan boleh hantar sekali kepada Prof Dr. Azlan dan selepas itu boleh lah beri tumpuan pada proposal yang nak dikemaskini dan yang nak disiapkan. ( Mudah-mudahan berjaya)

Untuk elakkan rasa boring saya juga meninjau-ninjau maklumat lain yang dirasakan bersesuai dengan diri. Contohnya kata-kata motivasi, cerita-cerita kerohanian dan lain-lain. Saya juga ada mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan daripada kekawan yang sudi menghantar e-mail pada saya dan juga ada yang saya subscribe terutamanya daripada laman blog saudara Fuad (terima kasih).

Bagaimanapun disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin telah biasa kita dengar, atau kita pelajari hanya sebagai santapan rohani. Antara maklumat berikut adalah mengenai orang-orang yang akan mendapat doa malaikat;

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang iman selesai membaca alfatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnay selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9.Orang yang membelanjakan harta (infak).
10.Orang yang sedang makan sahur.
11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Mudah-mudahan saya diantara orang yang mendapat doa daripada malaikat. Amin.

Thursday, March 26, 2009

sms dari pelajar

Dua hari yang lepas saya ada menerima sms dari bekas pelajar semasa di YPM Kuantan dulu. Maklumat yang dihantar adalah seperti berikut;

Tuhan, ku pohon kepada Mu,
Sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan,
Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasih Mu,
Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan.
Aku mohon semua ini kerana aku menyanyangi wanita ini.
Amin. " Selamat Hari Wanita"

Drp : Juli

Sejuk hati bila membaca kata-kata diatas dan terima kasih atas doa yang dipohon dari seorang bekas pelajar kepada seorang guru. Kata-kata yang dicoret amat bersesuaian sekali pada situasi saya ketika ini.

Jutaan terima kasih kerana mendoakan saya, semoga anda juga beroleh keberkatan dan perlindungan daripada Allah swt, dan menjadi insan yang solehah.

Ustaz balik kampung!! Terlupa????

26 Mac 2009 adalah hari kedua bagi bulan Mac wanita-wanita di Lorong TTU 31 rancang untuk sesi ceramah agama. Lewat petang semalam kawan ada bagi tahu, ustaz menelepon beliau (setelah hantar sms pada dia untuk confirm) menyatakan dia berada di kampung halamannya di Kedah. La...kenapa pula, semasa sesi pada 4 Mac dulu kan dah maklumkan... (mungkin ustaz ada hal, itu sebab dia balik kampung, atau mungkin ustaz sendiri terlupa mengenai program ini yang telah dirancang dan dipersetujui dari awalnya). Maka teruslah saya sms kekawan yang lain maklumkan mengenai perkara ini. Besar kemungkinan akan menghubungi ustaz semula bila dia balik ke Melaka untuk diadakan sesi ceramah ini pada minggu hadapan. Perancangan awal sesi ceramah ini adalah 2 kali sebulan, jadi kalau dapat ikut seperti yang dirancang baguslah, tapi kalau tak dapat dilaksanakan nak buat macam mana. Kita hanya merancang dan yang menentukan hanya Ilahi.

Program seperti ini diadakan atas inisiatif wanita2 di lorong TTU 31 kerana masing2 merasakan jiwa perlu dibajai dengan ilmu rohani disamping dapat mengeratkan silaturahim antara kami. Almaklumlah masing-masing sibuk buat kerja dalam rumah dan tak tau apa cerita jiran sebelah rumah, bila ada majlis fardu ain seperti ini dapat juga bertemu mata dan bertanya khabar antara jiran tetangga.

Mengikut perancangan awal macam-macam program nak dilakukan, bersemangat..sama ada berbentuk kerohaniah, kekeluargaan, rekreasi, motivasi untuk anak2 dan lain-lain lagi. Insyaallah perkara ini akan menjadi kenyataan kerana tak lama lagi surau yang terletak bersebelahan dengan rumah saya hampir siap dan dapatlah dilaksanakan pelbagai aktiviti di sana nanti demi utuk mengimarahkan surau Taman Tasek Utama.

Mudah-mudahan aktiviti yang dilakukan ini mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin

Tuesday, March 24, 2009

Sebutanmu menghiburkan kami

Afiq Ridhwan akan berumur 4 tahun pada 28 Jun nanti. Apabila abang-abang pergi ke sekolah tinggallah Afiq Ridhwan keseorangan di rumah bersama mama, dan juga pak cik (adik saya). Kerana tak ada rakan sebaya nak melayan beliau maka kamilah yang akan jadi rakan sepermainannya sementara menunggu abang-abang balik dari sekolah. Kadang-kadang ada juga Afiq Ridhwan minta kebenaran nak kerumah jiran untuk berkawan dengan Lisa anak jiran yang sebaya dengan beliau untuk bermain bersama.

Apa yang menjadi kelucuan tentang Afiq Ridhwan kepada kami sekeluarga ialah sukarnya beliau menyebut perkataan "ru". Burung disebutnya 'buyung', baru disebutnya ''bayu', rumah disebutnya "yumah", ha,ha, ha....
Berkali-kali diperbaiki sebutannya itu juga yang keluar.
Bila di suruh sebut betul-betul, katanya betullah tu.. mama, apalah mama ni,
buyung, buyung, buyung.

Tak apalah Afiq Ridhwan, bila besar nanti dan bersekolah, mudah-mudahan sebutan akan berubah dan sempurna. Apa-apa pun kami sekeluarga terhibur dengan telatah yang ditunjukkan.

MPU 1064 Kelas terakhir

23 mac 2009 adalah kelas terakhir bagi subjek MPU 1064 - The application of statistics in education 2. Rumusan yang dibuat oleh prof ialah ada 9 assignments yang kena hantar dan binding elok-elok dan tarikh akhir hantar adalah pada 17 April 2009. You have an ample time to do your assignments...if you have a problem ....contact me....

Alamak 9 assignments, nasib baik juga assignments yang dulu-dulu dah dibuat selepas habis kelas ( tak bertangguh, walaupun tak lengkap) tapi perlu dikemas kinikan lagi sebab part explanation ditinggalkan kosong... kebanyakkan nya hanya key in data saja dalam spss.

Banyak ilmu yang diperolehi dalam kelas ini, cuma tak tau lagi statistics dan analisis mana yang bersesuaian dan akan dipakai untuk research yang akan dibuat nanti. Banyak yang berkaitan, cuma perlu yang terperinci dan yang menjawab persoalan kajian. Terima kasih Prof. Azlan atas ilmu yang diberi,...
Prof juga cakap kalau ada masalah esok-esok mengenai statistics semasa research nanti beliau sudi membantu... alhamdulilah...ada juga sumber rujukan. Semoga Allah memberkati Prof...dan dimurahkan rezeki.

So, langkah saya yang seterusnya adalah siapkan assignments dan siapkan proposal untuk dibentangkan pada supervisor seperti yang dirancangkan.
Semoga mendapat petunjuk-petunjuk-petunjuk dari Ilahi dan mempermudahkan perjalanan hidup saya ini.

Allah berkatilah aku dalam mengharungi cubaan dan dugaan mu ini. Amin

Saturday, March 21, 2009

4 jam perjalanan 20 minit supervisor

Perjalanan dari Melaka ke Skudai mengambil masa selama 2 jam. Sampai di UTM jumpa supervisor cuma 20 minit (dia ada hal lain), bertolak balik ke Melaka ambil lagi 2 jam. Itulah hakikatnya yang berlaku pada 20 hb Mac yang lalu. Kalau difikirkan berbaloi ke tidak berbaloi?....tiada jawapan....

Apa yang diperolehi semasa 20 minit berjumpa beliau adalah, saya mencadangkan tiga variables dalam kajian iaitu social support, self-esteem dan CDMSE, supervisor suruh cari lagi satu yang terkini iaitu berkaitan ICT knowledge dan mungkin ada kaitan dengan kajian yang akan saya lakukan...tajuk yang dicadangkan pada dasarnya dipersetujui dan dia kata dia faham apa yang saya nak kaji dan saya berada di right track... katanya.

Perbincangan dengan dia juga bersetuju untuk saya bentangkan proposal saya pada dia dulu pada minggu pertama Jun 2009, dan saya akan cuba laksanakan, sebab itu adalah janji saya, dan lepas tu kena buat pilot study lagi dan persiapan untuk dibentangkan kepada ahli dalam fakulti. Selepas ini kena banyak lagilah masa saya untuk search lagi dalam internet untuk cari variable baru yang dicadangkan disamping memulakan penulisan apa yang ada.

Apa-apapun saya amat bersyukor Alhamdulillah kerana perancangan untuk saya berjumpa supervisor terlaksana walaupun dalam masa yang singkat, dan saya juga dapat install spss version 16 pada laptop saya dan semuanya ini mengikut perancangan dan ketentuan dari Ilahi.

Semoga selepas ini saya dapat merealisasikan impian yang terdekat seperti yang telah dirancang, dan mudah-mudahan saya akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah sbwt dalam melayari perjalanan hidup ini. Amin.

Thursday, March 19, 2009

Temujanji ditunda

Prof supervisor sms bagitau temujanji ditunda pada 20 Mac 2009, hari Jumaat, jam 10.00 pagi di pejabat beliau di HEP. Bermakna terlewat sehari daripada tarikh asal yang dirancang. Bermakna masih ada sedikit ruang untuk saya merancang dan menyenaraikan apa yang perlu saya bincangkan dengan supervisor.

Selepas pertemuan dengan Prof, sekiranya sempat nak ke pusat komputer kerana nak download versi baru spss program. Apa yang ada sekarang ni di laptop tak sama dengan yang ada di fakulti dan ini menimbulkan masalah bila buat kerja kat rumah dan nak dibaca kat kampus. Sekiranya ada kesempatan juga nak tinjau-tinjau kat library buku yang berkaitan dengan social support, self-concept atau apa yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan terjumpalah salah satu.

Writing for jurnal? oppss... belum lagi, dan tak taulah bila boleh buat. Ini pun perlu dapatkan pandangan prof ni......Dah semester dua ni.... apalah nak jadi.

Wednesday, March 18, 2009

Temujanji

Khamis 19 Mac 2009, ada temujanji dengan supervisor. Alhamdulillah kali ni ada respon yang positif dari beliau. Seterusnya persediaan dari saya yang perlu dilakukan untuk memaklumkan apa yang telah saya lakukan dan perolehi dalam pencarian saya mencari ilmu ini. Tempatnya belum pasti lagi, mungkin kejap lagi saya akan sms bertanyakan tempat untuk berjumpa beliau.

Apa yang saya nak berbincang sangat dengan beliau adalah mengenai satu penenmuan baru saya yang ada kaitan dengan tajuk yang akan saya bagi tau dia untuk saya buat kajian nanti. Mudah-mudahan saya akan mendapat maklumbalas yang membina dari prof dan seterusnya memudahkan saya untuk meneruskan lagi pencarian saya dalam ilmu yang saya ingin terokai ini.
Azam dihati by end of this semester dah boleh siapkan proposal untuk dibentangkan pada prof seterusnya pada panel fakulti dan seterusnya boleh menjalankan kajian.

Mudah-mudahan harapan saya ini menjadi kebenaran dan mendapat keredhaan dari Ilahi serta dipermudahkan perjalanan hidup ini.

Thursday, March 12, 2009

Ketentuan Ilahi

Sepatutnya stat2 assignments 6, dah dibuat pada 9 mac yang lalu, tapi sesuatu yang berlaku tanpa diduga, saya,suami dan dua orang anak pulang ke kampung di Rompin kerana terima berita kecemasan ada saudara nazak, dalam perjalanan yang dijangka mengambil masa 3 jam kami mendapat berita bahawa saudara telah meninggal dunia. Selepas selesai dikebumikan kami kerumah mak dan selepas maghrib bertolak balik ke Melaka sebab esok harinya anak-anak bersekolah, sekitar jam 12.30 malam kami sampai kat rumah.

Esoknya mulalah saya kena buat pembahagian kerja semula kerana pembantu rumah dah balik. Perancangan antara tugasan rumahtangga dan tugasan pelajar kena rombak balik. Alamak penat...nya.

Setelah 3 hari berlalu dan telah menjalankan kerja-kerja rumah sepenuh masa didapati masih boleh lagi memenuhi masa yang ditetapkan, tambahan lagi anak-anak dah janji nak tolong (petang semalam adalah yang memainkan peranan seperti yang telah ditetapkan walaupun masih perlukan pemantauan). Sekiranya ini berlarutan alhamdulillah bolehlah juga membantu.

Peringatan untuk diri saya sendiri adalah kesihatan badan, mudah-mudahan saya tak lupa untuk mengambil makanan tambahan untuk membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada saya.

Mudahan Allah perkenankan doa saya supaya saya sihat walafiat dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya sebagai hamba kepada nya, disamping menjalankan kerja-kerja rumahtangga sebagai isteri dan ibu, serta tugas sebagai seorang pelajar yang masih jauh perjalanannya.

Perkenankan aku Ya Allah.... Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Gambar je











Ada sedikit kemalasan untuk mengeluarkan kata-kata, untuk kali ni nak abadikan koleksi gambar-gambar yang ada untuk tatapan.

Sunday, March 8, 2009

Pergi Jua Akhirnya

Anakanda Amir Yusof telah kembali kerahmatullah, itulah berita terkini yang saya baca melalui blog kenalan sekerja Fajar dan Anis, yang berada di Glasgow, yang sering saya ikuti. Itulah suratan yang telah ditetapkan pada kita. Setelah puas berusaha untuk menyelamatkan anakanda tercinta namun akhirnya inilah suratan yang telah ditetapkan oleh Allah. Semoga saudara berdua tabah menhadapai cubaan dan dugaan ini.

Tuesday, March 3, 2009

Mak, Semangat dan kekuatan mu sumber inspirasi ku

Selama 4 hari 3 malam, saya, mak dan dua orang kakak telah selamat pergi dan kembali setelah mengikuti lawatan ke Jakarta dan Bandung. Aturcara lawatan penuh dan masa yang betul-betul kami boleh berbaring atas katil hanyalah pada waktu malam iaitu selepas jam 10 malam setiap hari.

Apa yang saya rasa bangga sepanjang perjalanan ini ialah keadaan kesihatan mak alhamdullillah baik. Apa saja aturcara yang dijadulkan mak tak nak ketinggalan dan dia akan ikut serta, kecuali aktiviti jalan malam tidak diikuti kerana tidak digalakkan oleh pemandu pelancong kerana takutkan keselamatannya. Aktiviti2 lain seperti ketempat sejuk mak ikut, kekolam air panas dan berjalan kaki naik dan turun bukit mak ikut, ke gerai-gerai dan shopping kompleks juga mak ikut, berhenti untuk mengerjakan solat diperhentian yang dilalui sudah pasti mak ikut.

Walaupun usia mak sudah 86 tahun, mak masih gagah berjalan dengan bertemankan sebatang tongkat, tidak perlu dipegang, atau dipapah. Apa yang mak cakap adalah... biar aku jalan sendiri, hampa pi dulu, aku ikut dibelakang.
Walaupun begitu hati kami anak-anak mak tetap risau, saya dan kakak-kakak mengiringi mak, sama ada dibelakang, dihadapan, dikiri atau dikanan mak, walaupun mak menengah kami daripada berbuat demikian.

Dikalangan ahli kumpulan yang ikut serta dalam rombongan ini ada dua orang warga emas. Selain daripada mak, ada seorang lagi, tapi dia jauh lebih muda daripada mak dan berumur dalam lingkungan 70an. Jauh disudut hati, saya amat berbangga dengan mak, kerana walaupun usianya telah lanjut tetapi semangat kentalnya cukup-cukup kuat. Beliau tidak pernah mengeluh, tidak pernah mengadu letih, penat dan sebagainya bahkan kalau tidak ada yang melarangnya daripada melakukan sesuatu aktiviti itu, semua hendak dilakukannya. Dan yang paling saya berbangga dengan mak ialah beliau tidak meninggalkan solat, walau dalam apa keadaan sekalipun jauhnya untuk ketempat solat tersebut, beliau tetap akan pergi berjalan kaki dengan bertemankan tongkat setianya.

Apa yang saya dengar daripada kekawan apa yang mak ucapkan ialah mak tersangatlah gembiranya dapat ikut serta dalam rombongan ini dalam usianya sebegini. Mak rasa gembira sangat. Mak juga banyak membeli buah tangan untuk anak dan cucu-cucu serta kawan-kawan di kampung. Mak kata dia beli barang tu semua untuk disedekahkan pada mereka. Baiknya hati mak.
Ada juga dikalangan kawan-kawan yang ikut serta juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mak, dan ada yang bertanya apakah rahsia makcik sehingga boleh buat semua ni, dan tak ada sakit apa-apa pulak tu....
mak hanya menjawab... makcik tak dak rahsia apa-apa.

Jauh disudut hati bila lihat dan kenangkan kembali, mak adalah seorang yang kuat semangat, pantang mengaku kalah, ingin mencuba sesuatu dengan sendiri, yakin dan percaya pada kebolehan diri sendiri, tidak bercakap yang negatif mengenai kebolehan diri, dan percaya Allah tu Maha Mengasihani dan Maha Kaya.

Atas ramuan semua inilah maka saya beranggapan mak beroleh kejayaan dalam menempuhi perjalanan kami dan selamat kembali dengan keadaan yang sihat walafiat sebagai seorang warga emas yang disanjungi dengan izin Allah sbhwta.

Kembali bekerja selepas .....

Alhamdulillah setelah badan kembali normal dari keletihan kerana 4 hari perjalanan menyeberangi lautan, maka hari ini saya mula menghadap komputer untuk melakukan kerja-kerja rutin yang biasa dilakukan. Seperti biasa untuk mendapatkan mood kerja saya akan berhubungan dengan sesiapa saja yang difikirkan signifikan pada masa tersebut.

Langkah pertama saya adalah menghantar sms pada supervisor, bertanyakan bilakah masa saya boleh berjumpa dengan beliau, almaklumlah sekarang ni beliau dah jadi orang yang lebih-lebih penting. Maklumbalas yang saya terima daripada exPA beliau dulu bahwa saya akan dihubungi untuk memaklumkan bila saya boleh jumpa beliau, tapi sampai sekarang tak ada berita pun, so pagi tadi lagi sekali saya hubungi beliau dan sampai kini tiada sebarang berita mengenai temu janji. ( mungkin 2 atau 3 hari lagi kot....positive thinking)

Pn Sarimah juga saya hubungi untuk menjelaskan bayaran bulanan insuran dan terlanjur ke kampus saya terus masuk ke perpustakaan mencari-cari kalau ada apa-apa buku yang oleh saya pinjam, intai dan intai dapatlah dua buah buku yang ada kaitan dengan persekitaran yang ingin saya kaji....maka kena baca lah tu....

Hajat dihati seterusnya nak search beberapa instrument yang telah disenaraikan tetapi tak kesempatan sebab masa telah digunakan untuk membuat beberapa nota tambahan untuk abstract bagi beberapa dissertation yang ditemui. Ide ini diperolehi setelah baca beberapa dissertation yang dijumpai, jadi perlu dibuat ringkasan mengenai beberapa perkara perlu yang difikirkan penting untuk semakan secara sepintas lalu. Selain daripada title, author, year, keywords, maklumat dalam abstracts yang dimasukkan ialah purpose of study, theory, measurements, dan problem statements. Mudah-mudahan bila lihat ringkasan ini akan memudahkan saya untuk menyemak perkara-perkara penting yang ada dalam dissertation tersebut. Itu pun hanya sempat buat bagi 3 dissertation saja ada banyak lagi yang perlu saya baca, ringkaskan dan dapatkan maklumat yang dikehendaki.

Tools juga perlu saya cari seperti yang telah disenaraikan. Atau mungkinkah saya perlu buat beberapa perkara lain lagi dalam pembacaan saya yang mungkin pada masa kini belum saya temui lagi atau masih samar-samar....
Semoga pencarian saya ini dimudahkan oleh Allah sbwta.