Tuesday, August 25, 2009

Monday, August 24, 2009

Pilot study


Mengikut perancangan pada minggu ini akan dilakukan pilot study di kampus induk kepada pelajar2 ftmk. Alhamdulillah pagi tadi telah dapat dilaksanakan pada 2 kumpulan pelajar, malangnya sebelah petang tak dapat dilakukan kerana kesilapan sendiri cari bilik kuliah tak jumpa, dan bila dah jumpa pelajarnya pula dah beredar. Pada hari rabu dan hari khamis nanti akan dilakukan lagi pada kumpulan pelajar yang lain. Next step boleh le analisis data bagi kumpulan ini dan dapatkan reliability dan validity bagi tools yg dipakai. Pada masa yang sama proposal kena siapkan juga pada minggu ini. Banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum dicetak. Alahai cepatnya masa berlalu.....

Perkenankan hambamu ini ya Allah agar dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Amin

Thursday, August 20, 2009

Literature Review Workshop

Monday, 17th Ogos 2009, attended literature review workshop conducted by Dr Mohd Syazwan Abdullah ( UUM) at Faculty of Education at UPM. Found out new tools and techniques can be used when we read and analyse, such as orange technique, KFC technique and black & white technique. Hopefully this information can help me to be more criticize when review paper.

May Allah bless me with what i am doing. Ameen

Thursday, August 13, 2009

Yang berjaya, Yang gagal


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi.

Seorang yang berjaya sentiasa berkata "biar saya buat kerja ini untuk awak".
Seorang yang gagal sentiasa berkata "ini bukan kerja aku".

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan.
Seorang yang berjaya berkata"perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan".
Seorang yang gagal berkata"perkara ni tak mustahil dilakukan, tapi a terlalu susah".
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata"aku dah silap".
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata"ini bukan silap aku".
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen.
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji.
Seorang yang berjaya menyimpan azam dan cita-cita.
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha.
Seorang yang berjaya berkata"aku mesti lakukan sesuatu".
Seorang yang gagal berkata"sesuatu mesti dilakukan".

Seorang yang berjaya melihat peluang dalam masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang.
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi.
Seseorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi.
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya.
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya.

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan.
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan.

Wednesday, August 12, 2009

Jangan Mengeluh


Kita selalu bertanya ....... dan Al-Quran sudah menjawabnya...

Kita Bertanya : Kenapa aku diuji?

Quran Menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta...." Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kita Bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran Menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

Kita Bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran Menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-baqarah ayat 286

Kita Bertanya: Kenapa Rasa Frust?

Quran Menjawab:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139

Kita Bertanya : Bagaimana Harus Aku menghadapinya?

Quran Menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45

Kita Bertanya: Apa yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

Quran Menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....? Surah At-Taubah ayat 111

Kita Bertanya: Kepada Siapa Aku Berharap?

Quran Menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129

Kita Berkata: Aku Tak Dapat Tahan!!!

Quran Menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."Surah Yusuf ayat 12

Peringatan diperolehi daripada seorang sahabat untuk kita ingat mengingati kepada kebenaran.

Think, work hard and work smart!!!







Thursday, August 6, 2009

1st draft proposal

Next appointment with supervisor is on September 9, 2009.
1st draft proposal should be submitted to him one week earlier before discussion....
Akhirnya...dapat juga saya berjumpa dan berbincang dengan supervisor mengenai perkembangan kajian saya. Apa yang saya rancangkan untuk berbincang dan mendapat maklumbalas daripada supervisor telah dilakukan. Kemaskinikan proposal dan siapkan soal selidik untuk edaran kepada para pelajar FTMK (UTeM) dan FSKSM (UTM) akan dilakukan serentak. Itulah cadangan awal saya. Keadaan ini perlu dilaksanakan memandangkan pengajian akademik di kampus graduating students dua fakulti tersebut sehingga semester ini sahaja, lepas itu para pelajar akan mengikuti Latihan Industri.....dimerata-rata tempat.
So...apa lagi...perlu kerja keras...
Semasa perbincangan dengan supervisor saya menyatakan pada beliau bahawa saya percaya pada diri saya bahawa saya akan dapat target yang saya nak dalam pengajian saya ini... Insyaallah...
Supervisor menambah...awak yang merancang dan awak yang melaksanakannya....segala-galanya pada awak, and you must BELIEVE TO YOURSELF...
Amin..amin... semoga saya berjaya, PERMUDAHKAN AKU YAALLAH...