Tuesday, May 26, 2009

Khidmat sukarelawan

Peserta tekun menjawab soalan personaliti

Saya telah dihubungi oleh Pn Norshazreen dari Pusat Sumber Belia Melaka untuk menganjurkan klinik kaunseling belia kepada belia-belia di negeri Melaka. Perbincangan telah dilakukan dan jadual untuk saya telah diatur. Minggu ini adalah merupakan minggu yang pertama program ini bermula dan hari ini iaitu 26 Mei 2009 adalah giliran saya untuk menyampaikan maklumat berkaitan kaunseling dan kerjaya belia dan hari semalam adalah berkaitan dengan Agensi Dadah.

Kumpulan sasaran hari ini adalah kumpulan belia dari Malaysian Indian Youth Society.
Saya dimaklumkan seramai 15 orang belia akan hadir. Tapi pagi tadi cuma 5 orang saja yang mengikuti taklimat saya. Sebagai permulaan saya mengajak para belia ini mengenal diri sendiri dulu sebelum proses yang seterusnya dapat dilakukan. Ujian mengenai personaliti telah saya edarkan dan penerangan mengenai diri mereka telah dilakukan. Peserta juga bersetuju untuk mengikuti langkah seterusnya daripada proses ini iaitu 'person-environment-fit' iaitu satu proses untuk mengenali diri sendiri adakah kita sesuai dengan persekitaran kerjaya yang ada sekarang. Temujanji perlu diatur dengan pengurus program. Jika ada kekosongan peserta yang berminat boleh ikut serta.

Hazreen pernah memaklumkan pada saya, puan apa yang puan buat ni, tak ada bayaran tau sebab Pusat sumber tak ada peruntukan untuk membayar penceramah. Saya berkata padanya tak apa, lagipun bidang ini adalah bidang saya, dan apa yang saya sedang buat research sekarang ni pun adalah berkaitan dengan kerjaya, jadi tidak jauh sangat melencongnya tu, tambahan lagi rumah saya tak jauh dengan pusat sumber belia, dan tak jadi masalahlah bagi saya. Kalau begitu dan puan setuju terima kasih banyak kerana puan sudi berkhidmat untuk kerajaan negeri Melaka.
Satu ketika saya teringat kata-kata ini,"dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung", "bila saya diajak disitu saya berkunjung". Ini bukan lah kali pertama berlaku pada saya, yang sama juga pernah berlaku semasa saya berkhidmat di negeri Pahang, saya juga dijemput untuk memberi khidmat bakti pada anak negeri Pahang. Disebabkan trait personaliti MENOLONG dalam diri ini berada dalam kategori tinggi maka saya tidak hairan perkara sebegini akan terus berlaku dan berlaku dalam hidup saya.

Saya bersyukur dan bersyukur kerana ia adalah sesuatu yang baik yang dapat saya curahkan pada masyarakat selagi diperlukan dan selagi hayat dikandung badan. Semoga apa yang dilakukan diberkati dan diredhai oleh Allah swt dan mendapat hidayah dan petunjuk daripada Yang Maha Esa. Amin

Thursday, May 21, 2009

Hari Ibu - TTu 31





















Bertempat di Cafe Botanikal , Ayer Keroh, Melaka, kumpulan wanita TTU 31 telah menganjurkan Majlis Hari Ibu dikalangan ahli, semua ahli ikut serta dan ada juga jemputan luar. Selain daripada makan dan minum,ada Majlis Sambutan Harilahir dikalangan ahli dan cabutan bertuah. Ada yang tak sabar-sabar terus buka hadiah dan siap tunjuk sesama kawan lagi. Ada yang sedih tak dapat hadiah yang dikehendaki....He.he..he .Terhibur juga dengan gelagat kekawan. Untuk maklumat lanjut layari blog ahli di http://mamattu31.blogspot.com

Temujanji Mei 2009

Semasa dalam perjalanan untuk ke UTM saya dapati handphone saya tertinggal. Alamak, macam mana ni..... saya teruskan juga perjalanan ke Skudai Johor dengan harapan dan doa kepada Allah swt semoga perjalanan saya itu tidak ditimpa apa-apa musibah. Ya... bayangkan apa yang akan saya buat sekiranya tayar pancit... atau apa-apa berlaku pada kereta ketika itu, tanpa handpbone...bayangkan. Alhamdulillah nasib baik menyebelahi saya, dan saya selamat pergi dan sampai balik kerumah tanpa sebarang kecelakaan berlaku.

Pertemuan dengan supervisor berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Perbincangan dengan nya mengambil masa lebih kurang 30 minit, dan selepas itu beliau bergegas nak ke Kuala Lumpur. Apa pun alhamdulillah saya dapat berjumpa dan berbincang dengan beliau untuk melengkapkan lagi proposal saya sebelum sesi viva. Hasil daripada perbincangan dengan supervisor, cadangan baru untuk research saya adalah buat perbandingan antara dua universiti, iaitu Utem dan Utm. Saya juga perlu tambahkan beberapa lagi maklumat dalam demographic questions yang saya bina bagi mengukuhkan persoalan untuk dikaitkan dengan variables nanti.
Problem statement, significance of study, literature review semuanya perlu saya perkemaskan lagi terutama yang kurang maklumat.

Prof... agaknya berapa literature review yang perlu saya masukkan untuk melayakkan saya beranggapan proposal saya ini hampir lengkap? Kata prof...tak ada bilangan sebenarnya..tapi untuk memudahkan saya buat permulaan ini dia mencadangkan sebanyak 30 lit.review.
Bagaimana pula dengan proposal itu sendiri? (maksud saya rupa.../ bil. muka surat), lalu prof ambil satu contoh proposal yang baru saja lepas menghadapi sesi viva dan diberi / ditunjukkan pada saya.

Alamak tebal nya....lebih kurang 180 mukasurat. Pelajar yang buat proposal tu adalah pelajar yang mengikuti pengajian 1/2 research, tapi saya full research, maknanya kena tebal lagi ke.....
Ini yang menyebabkan saya terus memikir apa lagi yang perlu saya masukkan, banyak lagi sebenarnya.....cuma saya perlu berusaha lagi untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan. Untuk menenangkan hati, saya dah mula memikirkan beberapa andaian yang ada munasabahnya untuk saya boleh mencapai target seperti itu. Maka check list perlu saya lakukan dan saya perlukan lakukan secepat mungkin supaya perjumpaan saya yang berikutnya pada hujung Jun setidak-tidaknya saya dapat tunjukkan sesuatu pada Prof.

Awal Jun cuti sekolah.....nak balik kampung....bercutilah tu....Sekurang-kurangnya saya perlu siapkan sebahagian daripada perancangan sebelum bercuti. Ya Allah berkatilah hamba mu ini dan permudahkanlah aku dalam perjalanan hidup ku ini. Amin

Saturday, May 16, 2009

Sekadar Renungan

Tidak ketinggalan sekiranya saya ingin kongsi bersama mengenai maklumat berikut berkaitan wanita sempena dengan Hari Ibu yang disambut baru-baru ini. Semoga dapat memberi manafaat untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya. Amin

Enam pesanan khusus untuk wanita


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com

Hari Guru-dari Arif Najmi



Selamat Hari Guru.....Hasil Karya Arif Najmi.

Bang chik nak bagi pada cikgu pada hari Isnin ni. Nanti cikgu akan lekatkan gambar ni dekat dinding di dalam kelas.( kata bang chik penuh mengharap).

o.k lah tu, cantik, nanti bang chik boleh bagi pada cikgu....Masa saya darjah satu dulu tak pernah pun buat macam ni dan nak bagi-bagi pula pada cikgu...zaman dah berubah.

Thursday, May 14, 2009

Hadiah Hari Ibu




Bang Chik adalah panggilan manja keluarga kepada anak saya yang ketiga iaitu Arif Najmi, berumur 7 tahun.

Baru-baru ini sempena Hari ibu, bang chik ada bagi tau saya,
Mama... bang chik ada hadiah untuk mama sempena Hari Ibu.

Apa dia ? saya bertanya dia, nanti le, nanti bangchik bagi pada mama.....benda ni tak wangi tau mama, tapi bangchik letakkan sesuatu pada dia bagi dia wangi...

Lalu diapun keluarkan sekuntum bunga ros plastik putih (seperti digambar) yang harum semerbak bau minyak wangi.
Apa bang chik letak pada bunga ni?
Bang chik letak minyak wangi ayah...mama cium le..wangi tau.
Saya pun menciumnya dan ...emm wanginya.. terima kasih bang chik, bagi mama bunga.
Dalam hati saya berkata ...( jiwang juga anak saya ni...bagi bunga lagi...he..he..)
Bunga tu ada dalam bilik saya, dan sentiasa harum dan takkan layuuuu punye.
ha..ha..ha, satu pengajaran baru..


Masih Teringat







Berikut adalah gambar terbaru Masjid nabi di Madinah yang diperolehi daripada kawan. Masih saya teringat ketika berada di Madinah ketika mengerjakan ibadah Haji (tahun 2006) dan Umrah (2008). Cuaca pada masa mengerjakan ibadah haji tersangatlah sejuk dan nyaman sekali. Bila tengok gambar-gambar ni seolah-olah saya ada disana. Seronok .....sangattttt.
Dua perkara yang masih segar diingatan sepanjang berada di Masjid Nabi ialah kehilangan kerusi roda mak mertua saya dan paparan secara live mengenai kisah seorang hamba Allah dihadapan mata saya yang terus mendapat habuan secara tunai dari Allah swt.
Kedua-dua perkara ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada saya.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya.
Saya adalah insan yang sangat kerdil.
Bilakah agaknya saya boleh menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah lagi?
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Tuesday, May 12, 2009

Allah yang menentukan

Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.
Ketika mengadun kehidupan seharian saya, ligat kepala memikirkan apa yang saya akan lakukan hari ini, ketika ini dan akan datang. Tetapi kadangkala apa yang dirancang itu tidak menjadi dan perkara lain yang dilakukan. Itulah asam garam kehidupan.

Sungguhpun begitu saya tidak akan benarkan ianya berlalu begitu saja, akan saya lakukan juga cuma masa dan ketika tidak seperti yang dirancang pada perigkat permulaannya. Check list aktiviti seharian perlu ada dalam kehidupan mengenai apa yang telah saya lakukan.

Hari ini dan semalam aktiviti berkaitan keluarga yang mencuri masa saya telah dibereskan. Mudah-mudahan selepas ini aktiviti berkaitan akademik akan mendapat tempat dan masa yang lebih daripada yang lain.

Semoga Allah makbulkan permintaan saya. Amin

Monday, May 11, 2009

Pelupakah saya

9 mei dalam keadaan sibuk-sibuk menyiapkan menu untuk barbeque ayam, ibu mertua saya menelefon bertanyakan khabar, saya ceritakan padanya pada ketika itu sedang buat persiapan nak bakar ayam kerana Hadi nak sambut hari kelahirannya (pada 10 Mei, tapi buat majlis pada 9 mei malam) sebab suami ada kerja yang nak disiapkan pada 10 Mei tu.

Hmmm... sedapnya kata mak,...
tak dapatlah nak menghantar....jauh,..(kata saya)tak apa mak kata.

Itulah mak mertua saya...kalau saya tak telefon dia akan telefon sekali-sekala, katanya saja nak telefon, dapat dengar suara pun jadilah....disamping bertanya khabar anak cucu.
(dalam hati saya terfikir, esok 10 mei hari ibu, saya nak call mak dan mak untuk ucapkan Selamat Hari Ibu), tapi bila 10 Mei saya tak terbuat apa yang saya fikir dek kerana kesibukan melayan anak-anak dan tetamu. Hinggalah pada hari ini bila saya keseorangan barulah saya teringat apa yang saya tak buat semalam.

Walau bagaimanapun sebentar tadi saya telah menelefon mak dan mak untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' pada kedua-duanya yang sedang tidurrrrr... ( tak terlewat lagi)..
Ha..ha..kedua-duanya gembira. Mak saya ada bagi tau semalam salah seorang kakak saya ada telefon ucapkan Selamat Hari Ibu, dan kedua-duanya mengucapkan terima kasih.....

Baru rasa lega di hati....itulah sifat pelupa saya..semoga saya tak cepat nyanyuk...
Ya Allah kuatkanlah daya ingatanku dan sihatkanlah tubuh badan ku. Amin.

3 hari yang lepas

Hari ini baru ada kelapangan untuk buka komputer. Dua tiga hari yang lepas sibuk dengan urusan kerja rumah. Anwar Hadi sambut ulang tahun kelahiran dan saudara-mara dari Kuala Lumpur datang. Banyak persiapan yang kena buat dari makan-minum untuk majlis Anwar Hadi dan saudara, tempat tidur dan macam-macam lagi. Lepas tu Hari minggu bawa pulak mereka ke Taman Buaya dekat Ayer Keroh, budak-budak nak main air. Lepas semua selesai kena mengemas pulak, tu pun tak habis lagi. Penat?....memang teramat penatlah badan...Lepas ni ada kerja lain yang berkaitan dengan kereta pula, insuran dan road tax dah nak tamat tempoh, kena perbaharui...Tadi ada terima panggilan daripada PA supervisor, menyatakan cadangan temujanji pada 20 mei nanti berjaya. so..kena buat preparationlah tu..sebab nak jumpa supervisor.
Selepas ini baru nak search dan update balik mengenai apa yang telah dibuat pada minggu lepas. Terutamanya chapter 1 dan chapter 2.

Teruja sungguh saya...banyak perkara yang nak kena buat dalam masa yang singkat ini. Mudah-mudahan mendapat hidayah daripada Allah subhanahuwataala dan dipermudahkan oleh NYA.
Amin.

Tuesday, May 5, 2009

Progress report....

Chapter 3 - 80% completed,
Chapter 2 - need more materials related with variables,...blurrrr
Chapter 1 - in progress, a lot of thing to rearrange
Alahai cam na ni..... banyak bahan kena cari lagi....one or two variable/s still lack of literature review..
Search...dig...read.....so on
Countdown 27 days to June 2009.