Thursday, July 30, 2009

Berfikir dan terus berfikir

Apa saja yang berlaku adalah anugerah daripada Allah swt, saya perlu banyak bersabar, berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya. Setiap sesuatu yang diberikan oleh Allah tentu ada hikmah disebaliknya dan akan ada penyelesaiannya
kelak.
Apabila tidak dapat melaksanakan perancangan yang telah diatur sejak sekian lamanya, dan dengan kudrat akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah saya bergerak kepada pelan b. Idea tercetus dan saya terus menghubungi pentadbiran di 5 fakulti di UteM untuk membuat temujanji dan mendapatkan maklumat mengenai jadual akademik pelajar kumpulan sasaran saya, untuk dibuat penelitian dan perancangan seterusnya untuk pelaksanaan kajian.
Alhamdulillah untuk hari ini perancangan telah berjalan dengan baik dan mendatangkan hasil yang positif, esok ada lagi temujanji yang perlu dilaksanakan. Sungguhpun saya tidak berjaya melaksanakan perancangan pelan a, namun saya bersyukor pada Allah swt kerana telah mencetuskan idea dipemikiran saya untuk melakukan pelan b. Kegagalan perancangan memang menyakitkan, meresahkan, menghancurkan harapan dan......
Seterusnya SAYA MEMPERCAYAI SEMUA YANG TERJADI INI ADALAH DARI ALLAH SWT, ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA, DAN SETIAP SESUATU ITU AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN KE ARAH KEJAYAAN SUATU HARI NANTI....
Perkenankan hambamu ini Ya Allah

Wednesday, July 29, 2009

Batal lagi.......


allahuakbar...allahuakbar..macamana ni, sepatutnya temujanji saya dengan supervisor esok, tadi PA supervisor telefon memaklumkan temujanji untuk hari esok dengan Prof ditunda kelain hari sebab Prof akan ke Kuala Lumpur...(sedihnya ... ini adalah merupakan temujanji ketiga yang terpaksa dibatalkan).... Ayu telah mencadangkan tarikh baru pada minggu pertama Ogos ..walaubagaimanapun saya akan dimaklumkan kemudian nanti mengenai tarikh baru tersebut .


(saya kena fikirkan alternatif lain untuk teruskan perjuangan ini)Ya Alllah, berilah kekuatan, ketabahan, kesabaran dan ketajaman akal fikiran kepada hambamu ini dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Perkenankanlah aku Ya Allah. Amin.

Wednesday, July 22, 2009

23 Julai 2009 bersamaan 1 Syaaban 1430H


Esok 23 Julai 2009 adalah bersamaan dengan 1 Shaaban 1430 H.


Hadith:


Dari Aisyah r.a katanya: " Rasullullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka seterusnya. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."


Huraian:

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Kesimpulan bagi pengertian bulan Syaaban ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadan.

3. Pendapat ahli hikmah pula menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Amalan

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  1. Memperbanyakkan puasa sunat- Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksudnya: "Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  2. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasullullah SAW. Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  3. Bertaubat.

  4. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber: internet....Semoga dapat memberi pedoman kepada sesiapa yang mengingati dan mengasihi Allah. Amin


Terima Kasih Ayu

Hadiah bunga rose untuk PA supervisor....ha...ha..ha

Kelmarin PA Supervisor telepon dan memaklumkan temujanji dengan supervisor pada 30 Julai , jam 3.00 ptg telah diaturkan. Alhamdulillah....akhirnya dalam kesibukan TNC ada juga ruang yang diperuntukkan untuk pelajarnya. Makluman yang saya terima pada hari tu..bukan saya seorang saja pelajar seliaan supervisor yang ada temujanji dengan beliau. Sebelum saya ada seorang pelajar PhD lain akan berjumpa dengan beliau pada jam 2.30 ptg. Hari sebelumnya pula iaitu pada 29 Julai dah ada 2 orang pelajar yang dah buat temujanji. Sibuk...sibuk betul dan jadual padat dan penuh..
Seterusnya adalah tindakan saya untuk kemaskinikan apa-apa yang patut untuk dibincangkan dengan supervisor....perlu buat checklist dan....
Semoga saya dapat mencapai matlamat yang dikehendaki untuk pertemuan kali ini..Amin


Tuesday, July 21, 2009

i believe


he..he...he..he...he

Suatu hari di Muzium Angkatan Tentera

Kapal terbang ni...yang betul-betu tau...bukan tipunye...besar le....
Kat sini ada bom ke bang?????

Kereta api pun ada..tak gerak pun..


Keempat-empat orang anak saya berminat sangat dengan kerjaya tentera. Bila kami mengunjungi Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson pada suatu hari...wah bukan main terujanya mereka. Diantara koleksi gambar yang dipaparkan.....Afiq Ridzwan 4 tahun (baju hijau) bercita-cita nak jadi askar, doktor dan angkasawan...he.he..he..

Wednesday, July 15, 2009

PA Supervisor

14 Julai saya ke UTM atas dua alasan, pertamanya nak hantar buku libraray dan kedua nak dapatkan surat pengesahan daripada supervisor untuk dihantar kebahagian pengurusan akademik bagi tujuan untuk mendapatkan data pelajar UTM. Alhamdulillah kedua-dua perancangan dapat berjalan dengan baik. Saya juga berbincang-bincang dengan PA supervisor (A...) untuk buat temujanji dengan supervisor. Makluman yang saya terima sehingga hujung bulan Julai jadual Prof penuh. Kebetulan pula pada masa saya berbual-bual dengan A...telefon berdering-dering masuk daripada pelajar seliaan Prof mohon diaturkan temujanji dengan beliau.
Lalu A... pun bersuara, "Tengoklah puan, ramai pelajar Prof nak jumpa dia, tapi dia tak ada masa (terlalu sibuk), bahkan yang dah diaturkan temujanjipun kena batal", ada 3 proposal yang dah dihantar oleh pelajar masih belum dibaca oleh Prof, dan pelajar ni asyik telefon saya aje.. bertanyakan perkembangan proposal mereka....saya pun tak tau macam mana nak jawab.....kesian juga pada pelajar-pelajar ni".
Sebagai seorang TNC ...itulah lumrahnya, macam mana pun A... aturkan juga temujanji saya dengan Prof dan memilih dua alternatif tarikh iaitu pada 27 Julai (akan diusahakan) dan pada 4 Ogos. Maklumat mengenai tarikh sebenar akan dimaklumkan pada saya kemudian.
Satu kata-kata Ayu yang saya ingat...Puan kena kejar Prof puan...sms dengan dia dan ingatkan dia, bila dia kata ok baru boleh saya uruskan....
Lalu saya sentiasa teringat.... beginikah akan terjadi sepanjang perjalanan hidup sebagai pelajar PhD?????satu pengalaman yang indah untuk dikenang.
Namun saya sentiasa berdoa semoga saya dipermudahkan oleh Allah dan mendapat keberkatan dalam pelayaran kehidupan saya ini. Amin

Saturday, July 11, 2009

Kembali ke blog?

eh....dah bersarang blog ni....
Boleh cari bahan untuk menulis....tapi....MALAS..MALAS...MALAS..
tunggulah dulu bila rajin kembali esok-esok akan tulis balik cerita-cerita kehidupan diri. Sibuk sikit nak cari bahan untuk siapkan proposal...tak taulah bila boleh siap. Semoga Allah memberi hidayah pada saya mencapai sasaran yang ditetapkan.