Tuesday, December 29, 2009

SEM class 2009

Esok 30 Disember adalah hari kedua saya akan mengikuti kelas Structural Equation Modeling di UIAM yang akan disampaikan oleh Prof. Dr Sahari. Banyak memberi faedah dan mudah-mudahan saya akan dapat manafaat untuk aplikasikan SEM dalam kajian saya. Dapat juga kenalan2 baru yang sama2 dalam perjuangan yang berhasrat untuk mengaplikasikan metod ni dalam penyelidikan masing2.

Mudah2an apa yang saya lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt. Permudahkan lah aku Ya Allah dalam perjuangan ku ini. Amin

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah...syukor padamu Ya Allah

Alhamdulillah syukor pada Allah...selama ini apa yang saya mohon dan dengan izin daripada Allah telah tercapai dan semoga hari2 yang mendatang akan memperolehi petunjuk daripada Allah swt...

Pertemuan dengan supervisor telah berjalan dengan lancar, kekusutan dan kecelaruan yang berserabut di kepala dapat dileraikan melalui perbincangan dengan Prof. Syukor juga pada Allah kerana perjalanan saya ke UTM tempoh hari telah menggerakan hati untuk berjumpa dengan Dr. Noraini ( kenalan sama2 ikuti kelas SEM di UIAM) dan melalui perbincangan dengan beliau, satu keputusan baru telah saya buat untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

Prof. Dr Saharin daripada UIAM memberi kebenaran kepada saya untuk mengikuti kelas Structural Equation Modeling yang dikendalikan oleh beliau di uiam ( tanpa bayaran). Kelas diadakan pada hari Rabu setiap minggu pada jam 5.30 ptg sehingga jam 8.30 mlm. Syukor..syukor..maka bermula pada 23 hb Disember nanti, bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya yang memerlukan sedikit pengorbanan....dari Melaka ke KL tiap2 minggu.

Allah huakhbar....semoga saya diberkati dan permudahkan Aku ya Allah

Monday, December 7, 2009

December appointment

Key in data for pre test dah beres, nak analyse lah pulak, sebelum tu kena confirm dulu analyze apa yg nak dipakai dan maklumat2 yg terperinci berkaitan dengannya.

PA supervisor already confirmed an appointmet wih supervisor on 15 Disember 2009, at 9.00am at UTM Skudai...have to reach UTM before 8.45am and from Ayer Keroh at 6.45am..alamak awalnye..

Wednesday, December 2, 2009

ape sudah jadi

em.. janji pada diri sendiri tak dapat dipenuhi lagi...bila lah saya boleh key in data dan tulis artikel utk jurnal...hai ya..apa yang menghalang pun tak tau...ade mood ke...pun tak tau, yang pasti nye sekarang ni bila ada budak2 4 orang ni kat umah lagi banyak saya cakap dan lagi banyak kali saya kena masak...emmmm