Saturday, January 30, 2010

AMOS semoga menjadi kenyataan

SPSS dah biasa, AMOS sekarang ni tengah belajar, Nvivo hanya pernah dengar nama, belum pernah tengok, belum pernah mencuba atau belum tau apa2 pun. Itulah diantara software2 yang ada dalam kepala yang rasa2nya perlu ambil tahun buat masa ini. Yang pasti dan sedang dipakai hanya SPSS setakat ini, dua yang lain tu dalam perancangan nak guna, cuma ilmu belum mantap dan insyaallah, akan cuba ikhtiar untuk menjadi pengguna yang baik terutamanya UNTUK ANALISIS DATA PENGAJIAN SAYA INI. Sekiranya saya dapat keyakinan diri yang mantap untuk pakai AMOS....oh syukor alhamdulillah...SPSS dah jadi outdated dan Nvivo is not relevan anymore.

Tapi tu la kena ingat nasihat orang tua2, ..."dengar guruh dilangit air dalam tempayan jangan dicurahkan"...walaupun AMOS terbaik, SPSS jangan dilupakan dan jangan ditinggalkan, kelak merana badan langsung tak dapat nak analisis apa2. Namun jauh disudut hati saya masih mengejar AMOS...so..kelas di UIA tetap akan diteruskan demi menyempurnakan lagi ilmu yang berkaitan....sekali lagi jasa Prof. Dr. Saharin tetap dikenang sepanjang hayat. Bertuah betul seorang pendidik seperti beliau yang tidak lokek ilmu didada sedia membantu sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat daripadanya.

Inilah seorang pendidik sejati ...
yang sentiasa akan diingati
dan didoakan kesejahteraannya kepada Ilahi
oleh murid seperti saya ini.....

Ya Allah ya tuhanku kau ampunkan lah dosa guru ku ini, KAU berkatilah dia dan keluarganya dan orang2 yang hampir dengannya, limpahkanlah hidayah padanya dari segi ilmu duniawi dan ukrowi, sihatkalah tubuh badannya Ya Allah, permudahkanlah dia YaAllah dan jadikanlah dia dikalangan orang2 yang beriman yang mendapat hidayahmu Ya Allah. Amin.

Ya Allah kau permudahkan aku Ya Allah semasa belajar bersama guruku ini, redhokanlah ilmu yang diberi kepada ku Ya Allah, permudahkan lah aku Ya Allah, mudah2an ilmu yang aku perolehi ini amat berguna dalam pengajian ku ini demi untuk mencapai hasrat dan cita2 ku yang telah kau cetuskan dalam minda ku ini Ya Allah...Amin..amin Ya robbal'alamin..perkenankan aku Ya Allah.

Friday, January 29, 2010

Membakar semangat

Baru habis edit article writing untuk dihantar pada jurnal PERKAMA dan untuk International Conference Communication D....Untuk ICCD dah hantar pada prof minta dia go through kalau2 ada yg perlu diperbaiki dan utk PERKAMA baru saja contact PM Dr Zuria minta maklumat terkini writing article format PERKAMA, in case have any changes. Format lama masih ada lagi.

Semalam sempat juga senaraikan bilangan sample yang akan dibuat kajian di dua lokasi yang telah ditetapkan, jadual pelajar telah diperolehi, contact pensyarah dah ada, insyaallah hari isnin nanti akan bermula operasi calling for an appointment....seterusnya akan disusuli dengan edaran soal selidik. Dalam masa dua hari ini perlu dikemaskinikan lagi soal selidik sekiranya nak ditambah atau digugurkan apa yg patut sebelum membuat salinan yang banyak.

At the same time ingat kata prof,...search for literature review and do a lot of reading...yeahhhhh, Bab nak membaca ni..yg lemah sikit sebab kadang2 boleh terpejammmm.

Walau bagaimanapun, saya harus tabah dan kuat semangat dan perlu rajin dalam mengharungi perjuangan yang belum selesai ini, banyak lagi yang perlu saya tempuhi. Kegembiraan terbayang diruang mata sebagaimana saya mendapat khabar kawan saya di PBPI yang telah mendapat kelulusan senat untuk dapat Dr....ohhhh syukor alhamdulillah dan tahniah pada Dr.Asiah Mohd Pilus. Semoga perkabaran gembira ini membakar semangat saya supaya terus tabah dan kuat berjuang dalam arena yang saya ceburi.

Ya Allah ampunilah hambamu ini, berkatilah aku, redhokanlah perjuangan ku ini, PERMUDAHKAN AKU YA ALLAH DALAM APA JUA URUSAN KEHIDUPAN KU INI. AMIN-AMIN YA RAOBBALALAMIN.

Wednesday, January 27, 2010

Syukor pada mu Ya Allah

Semalam 26 Januari, saya ke UTM Skudai, berjumpa dengan supervisor memaklumkan progress report mengenai pengajian saya.

Sebelum saya ke UTM saya telah memaklumkan kepada pentadbir2 di tiga fakulti yang terlibat iaitu FKM, FKE dan FSKSM bahawa saya akan berjumpa mereka untuk dapatkan maklumat mengenai jadual pelajar dan pensyarah2 yang terlibat dalam pengajaran untuk saya hubungi memohon kebenaran untuk mengedarkan soal selidik di dalam kelas mereka. Alhamdulilah apa yang saya rancang dan harapkan dimakbulkan oleh Allah, apa yang saya kehendaki telah dapat dan langkah seterusnya perlu saya susun dan atur.

Semasa pertemuan saya dengan suervisor dilema yang saya hadapi tatkala ini mengenai kelewatan panggilan untuk sesi temubual proposal telah saya luahkan pada supervisor, saya dah hantar proposal pada akhir bulan November dan kini akhir Januari masih belum dipanggil..dan ini telah mengganggu perancangan saya...

Maklumbalas positif yang saya perolehi daripada supervisor memberikan harapan kepada saya, jadi saya akan teruskan tindakan yang seterusnya yang telah dirancang. Surat pengesahan kepada TNC UTeM telah diperolehi, jurnal writing telah ditunjukkan kepada beliau dan perlu buat penambahbaikan. Lit.Rev perlu sentiasa dikemaskini dan dimantapkan. Sentiasa kena cari bahan dan baca.

oppssss...supervisor juga memberi maklumbalas yg positif mengenai apa yang saya lakukan kini terutamanya mengikuti SEM class at IIUM....katanya...look interesting and go ahead with what i am doing now, and if SEM with AMOS can produce better results, u can try this method and software.....

Alhamdulillah..alhamdulillah mudah2an apa yang saya lakukan kini akan mendapat manafaat yang berganda untuk pengajian saya ini. Mudah2an juga, Prof Saharin, SEM dan AMOS adalah antara variables yang akan menjadi pendorong dan pengerak untuk saya terus berjuang bagi menghasilkan yang terbaik dalam penulisan kajian saya nanti...

Ya Allah, perkenankan aku Ya Allah, permudahkan aku Ya Allah, kuatkan semangatku Ya Allah dalam mengharungi dan menempuhi ranjau duri dalam pengajian ku ini. Hanya ENGKAU yang mengetahuinya Ya Allah. Amin.

Monday, January 25, 2010

apa sudah jadi...sedihnye


apa le..sudah jadi,... dah beberapa kali tarikh dan masa diaturkan untuk proses proposal presentation...tapi akhirnye tak jadi juga. sepatutnya esok 26 Januari adalah tarikh terbaru ..tapi the latest news yg diterima one of the referee can't make it...so posponed to another day/time...alamak delemanya saya. Mood dah tersentap and getting downnnnnn..

Ya Allah ya tuhan ku permudahkan lah aku Ya Allah dalam pengajian ku ini, apa yang berlaku diluar perancanganku Ya Allah...begitu banyak masa dibazirkan kerana menunggu...menunggu dan menunggu. Aku mengejar masa....dalam masa beberapa bulan ini banyak yang perlu aku lakukan Ya Allah..permudahkanlah aku, permudahkanlah Aku, permudahkanlah Aku Ya Allah.
Aku mohon pada mu Ya Allah, aku insan yang lemah dan kerdil ...yang akhirnya...terpaksa bersabar dan SUKA MENANTI...permudahkanlah aku, permudahkanlah aku..o000hhh..ohhhh..AMIN YA RABBALA'LAMIN.

Tuesday, January 19, 2010

Menunggu panggilan

Minggu lepas selepas berbual dengan pihak pentadbiran di Fakulti Pendidikan UTM, saya di maklumkan bahawa panggilan untuk viva proposal telah dapat tarikh iaitu samada 18, 20 atau 22 Januari 2010 iaitu bersamaan dengan hari Isnin, Rabu atau Jumaat.Katanya tunggu sehari dua lagi dia akan buat panggilan kepada saya mengenai salah satu tarikh yang dipersetujui.

Tunggu..tunggu dan tunggu panggilan untuk confirm sampai hari Jumaat 15 haribulan tak ada juga panggilan....opsssss, apa sudah jadi ni...

Jam 9.00 pagi pada 18 Januari saya call lagi fakulti,maklumat yang saya terima, supervisor saya cuma boleh luangkan masa pada 20 Januari saja iaitu hari Rabu dan calon telah ditetapkan iaitu ..Ms X,...alamak frustnye...bila giliran saya ni...Lagi panggilan dibuat pada fakulti memaklumkan situasi saya supaya dipercepatkan masa menunggu ni...setidak2nya hujung bulan Januari ni saja...alasannye responden saya adalah final year students, nanti mereka bercuti..susah le saya.

Tak cukup dengan tu saya call pula PA supervisor memaklumkan situasi saya dan bertanyakan waktu kelapangan yang boleh di isi pada diari supervisor. Katanya..hari rabu ni bila berjumpa dengan pihak pentadbiran dia akan berbincang lanjut dengan mereka dan akan maklumkan pada saya secepat mungkin dan katanya dia cuba aturkan minggu depan dalam jadual prof.

Alamak...so saya kena tunggu lagi le?Tunggu..tunggu sampai bila?

Friday, January 8, 2010

The PhD Process

..as mentioned by Philips & Pugh(2006) in their book " How to get PhD".
Two aspects involved...

1. Psychological aspects

enthusiasm
isolation
increasing interest in work
transfer of dependence from the supervisor to the work
boredom
frustration
a job to be finished
euphoria

2. Practical aspects

time management
the duration of the process
the stages of the process

to be continued..

Friday, January 1, 2010

Tirai baru di tahun 2010

em...emmmmm...
Hari ini akan bermula satu episod baru dalam kehidupan ini. Dairi lama akan jadi kenangan, yang baru akan jadi sisipan. Perkara2 yang baik boleh dijadikan sebagai panduan dan ransangan dan yang tidak baik menjadi sempadan dan larangan.

Banyak perancangan yang akan dilakukan untuk tahun baru ini @ semester baru ini. Check list perlu dilakukan supaya tidak ada yang tercicir nanti.

Semoga saya lebih tabah, cekal, bersemangat, lebih rajin dan lebih baik dari sebelumnya.

Perkenankan aku ya Allah, permudahkan aku ya Allah, berilah kejayaan yang cemerlang pada hambamu ini dalam perjuanganku ini. Amin