Thursday, February 18, 2010

22 FEBRUARI 2010

Syukor alhamdulillah... yang ditunggu2 telah tiba, saya telah dimaklumkan bahawa tarikh dan masa untuk saya buat pembentangan proposal oleh pihak fakulti adalah pada 22 februari 2010 pada jam 9 pagi. so buat masa sekarang ni tumpuan harus saya utamakan pada persediaan untuk pembentangan tersebut, walaupun pada dasarnya persediaan telah dibuat awal lama dulu. Buat masa kini perancangan untuk telepon UTM ditangguhkan dulu selepas 22 feb nanti baru buat panggilan kembali, lagi pun mid term break sekarang ni....pensyarah pun bercuti juga...

Data dari UTeM, alhamdulillah dah selesai, dan kini separuh lagi data adalah dari UTM. Perancangan hujung februari dan awal Mac akan bergerak ke UTM.

Semoga apa yang dirancangkan ini akan mendapat keberkatan Ilahi dan dipermudahkanNya .Amin.

Monday, February 1, 2010

Hari Yang Cerah

emmmmm....syukor alhamdulillah ,hari pertama saya berada dilapangan untuk langkah seterusnya dalam pengajian saya. Telefon, buat temujanji dan seterusnya masuk kekelas pada jam 2.30 ptg tadi dan akhirnya data yang terkumpul ada 45 orang pelajar bagi kumpulan 4BMFU-FKP, syukor alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan saya dan dapat diatur dengan teliti.

Sehingga kini, 2 Fakulti dengan 6 kumpulan pelajar telah dapat saya buat temujanji dengan pensyarah yang terlibat. Hari-hari yang saya perlu berada dilapangan ialah hari Selasa, Rabu dan Khamis. Soal selidik pun telah saya re-print dalam kuantiti yang banyak sebentar tadi.

Kepala ini sentiasa ligat berfikir bagaimanakah saya nak hubungi beberapa orang pelajar untuk saya buat temuduga bagi Qualitative research pula.......

Inilah keagungan dan kekuasaan Allah Yang Maha Kaya...syukor pada mu Ya Allah..
kerana semasa dalam kelas tadi saya terpandang seorang bekas pelajar saya yang pernah mengambil subjek yang saya mengajar semasa dia ditahun dua dan merupakan bekas presiden PRS yang aktif...semasa saya berkhidmat di HEPA...oh Zaren...so terus saya minta no. tel beliau yang baru dan memaklumkan pada dia bahawa saya perlukan pertolongannya nanti untuk membantu saya dalam kajian saya ini. Insyaallah, tak ada masalah puan....

Oh syukor pada mu Ya Allah, syukor pada mu Ya Allah....Kau telah permudahkan urusan ku untuk hari ini. Ya Allah terimakasih Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku ini, jadikanlah aku insan yang tabah, sabar, dan sentiasa mengingati mu Ya Allah dalam apa jua yang aku lakukan. Amin..amin ya robbal alamin