Friday, March 12, 2010

PhD bersama emosi

Kadang-kala saya termenung sendirian, kadang kala saya tersenyum sendirian, ada kalanya saya tidak dapat mengawal air mata dari mengalir bercucuran....

Ada kalanya saya lancar bekerja, ada kalanya saya bersemangat, ada kalanya saya tersekat sekat, ada kalanya saya malas, ada kalanya saya rasa bosan, ada kalanya rasa rasa terkedu tak tau apa nak buat.....itulah diantara rentetan EMOSI yang sedang saya lalui dan tempuhi kini sepanjang pengajian saya.

Tak pernah tertinggal di ingatan saya untuk siapkan tugasan saya secepat yang mungkin, banyak lagi yang akan datang tak tau macam mana bebannya nanti...tapi itulah pejam mata dengan PhD, buka mata dengan PhD. Aktiviti sosial saya dengan jiran2 telah dikurangkan dengan drastik sekali, banyak masa saya kini ditumpukan pada kelas SEM di IIUM, perbaiki bab 1-3, ikuti kumpulan perbincangan penulisan thesis, dan akan key in data kemudian.

Letih..letih..penat..penat....

Saya teringat kembali kata2 nasihat oleh dekan postgraduate masa pendaftaran tempoh hari, katanya bagi mereka yang sambung keperingkat PhD.....80% is PERSPIRATION, 20% is INSPIRATION and 10% is LUCK.....emmm...saya melaluinya kini.

Hanya padamu Allah tempat ku mengadu, sakit, suka, duka, penat, letih, yang hamba mu lalui ini. BERKATILAH AKU YA ALLAH, BERKATILAH AKU YA ALLAH...PERMUDAHKAN AKU YA ALLAH. AMIN

Tuesday, March 9, 2010

TERIMA KASIH YA ALLAH

Sebelum berjumpa supervisor semalam, saya sentiasa berdoa dan monolog untuk diri sendiri dan mohon Allah permudahkan urusan pengajian saya ini. Temujanji saya dengan supervisor semalam adalah untuk memaklumkan, mengesahkan dan mengambil tindakan yang seterusnya berkaitan dengan maklumbalas yang diperolehi semasa sesi proposal presentation tempoh hari. Supervisor saya hanya masuk sekejap semasa pembentangan dan selepas itu beliau ke Melaka kerana menghadiri mesyuarat. So tugas saya lah pulak untuk memaklumkan kepada beliau hasil daripada cadangan ahli panel semasa sesi tersebut.

Dua cadangan besar bagi saya daripada ahli panel ialah:
1- kecilkan skop kajian saya dan beri tumpuan pada satu universiti saja
2- dapatkan end product -iaitu sesuatu yang dihasilkan/diperolehi setelah kajian ini dihasilkan

Semasa sesi perbincangan awal saya dengan supervisor...beliau tidak berapa setuju dengan pandangan yang diberikan kerana katanya sebagai pemeriksa mereka perlu berikan tumpuan pada teknikal saja dan bukannya secara keseluruhan kajian yang akan mengubah cadangan kajian saya,dengan kata lain beliau tidak berapa setuju dengan pandangan pertama dan bersetuju dengan pandangan kedua. So...katanya saya boleh teruskan dengan cadangan kajian saya...

Perbincangan diteruskan...dan saya memaklumkan kepada beliau bahwa responden saya sekarang ini dah ada melebihi 600 orang responden, kalau saya nak teruskan dengan edaran ss di UTM saya kena buat secepat mungkin dalam masa dua minggu ini (sebab pelajar akan duduki final exam) untuk dapatkan bilangan responden berjumlah 600 orang supaya seimbang sebab nak buat perbandingan, pada masa yang sama saya diberi masa 2 bulan utk perbaiki proposal dan submit kembali. so...faktor masa..dan sekarang dah 2 minggu berlalu kerana saya menunggu confirmation dari beliau....

Dan AKHIRNYA .....dengan izin Allah supervisor berkata,"kalau macamtu ok lah tumpukan kajian u pada UTeM saja, sebab saya rasa kesuntukan masa, budak2 dah nak final ni"...

OHHHH......SYUKOR, SYUKOR ALHAMDULILLAH ...akhirnya doa dan permintaan saya dimakbulkan...so tak perlulah lagi saya nak terkejar2 utk collect lagi data kat UTM walaupun perancangan pentadbiran telah dibuat awal.

TERIMA KASIH ALLAH...TERIMA KASIH ALLAH, YANG MAHA MENGETAHUI, yang telah memudahkan kerja hamba mu ini ...permudahkan aku sepanjang pengajian ku ini sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.

Monday, March 1, 2010

langkah seterusnya

Selepas present proposal tempoh hari, banyak yang kena buat perubahan. So memang kena buat la sekarang ni, tambahan pula diberi tempoh dalam masa 2 bulan utk submit balik proposal tu. Data collection can go ahead, cuma yang risau sekarang ini adalah mengenai cadangan panel supaya tumpukan pada satu lokasi saja (kalau ikut saya ,lagi bagus sebab itulah cadangan awal saya dan tidak banyak sangat nak collect data), macam mana pun kena dapat persetujuan supervisor dulu. Kata supervisor cadangan yg diberi oleh panel tak semestinya kita ikut...(saya kena ikut cakap prof)..so temujanji telah diatur untuk berjumpa dan berbincang dengan prof utk dapatkan confirmation mengenai cadangan panel tersebut. Kalau tak ditunda, pada 8 Mac nanti akan berjumpa dengan prof (semoga menjadi kenyataan).

Tentang tecnique of writing and languages, memang dah agak dah kena buat pembetulan sebab pada masa hantar tu no editor to edit language, and no continuation in LW writing. hai..hai banyak juga la tu kena modified balik. Pada masa yang sama sedang edit balik writing utk jurnal.

Walaubagaimanapun saya amat bersyukor dan berterima kasih pada ahli panel semasa proposal presentation dulu yang banyak memberi komen dan pandangan sebab mereka membaca apa yang saya tulis....dan ini tidak berlaku pada saya sebelum, sebelum, ini kerana proposal tu dah kali keempat saya hantar pada supervisor utk dilihat dan dibaca..tetapi......

Alternatif saya yang seterusnya untuk mengatasi persoalan ini adalah untuk meminta bantuan kawan menjadi editor pada writing saya, meminta pertolongan drp prof UIA untuk tengok analisis data saya nanti, dan minta pertolongan drp salah seorang panel proposal untuk melihat dari segi content analysis...dan seterusnya akan aktif terlibat dalam kumpulan WCGS dikalangan pensyarah.

Kepala ni terus dan terus berfikir sehingga kadangkala tu tak tahu mana satu nak buat....

Aku bersyukor pada mu Ya Allah yang telah memberi hidayah dan petunjuk pada hambamu ini yang amat memerlukan pertolongan, kau samarkan satu jalan, tapi kau terangi dan cahayai dengan jalan yang lain. Mudah-mudahan aku dikalangan insan yang akan mendapat petunjuk seterusnya daripada mu Ya Allah, dalam mengharungi kehidupan ku ini. Permudahkan aku Ya Allah, permudahkan aku Ya Allah...lindungilah aku Ya Allah, berkatilah aku Ya Allah...Amin..