Monday, December 6, 2010

Emm...azam tahun baru????

Dah lama tak mencoret sesuatu dilaman blog ni...berbulan2, ...
sempena menjelang nya tahun baru Hijrah 1432..esok...rasa2 nye nak buat azam baru nak aktifkan balik coretan kat laman log hi...he..he...boleh berjaya ke? mudah2an dan insyaallah.

Cerita mengenai hal2 pengajian PhD....setakat ni Alhamdulillah dengan izin Allah jua semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan...MAHA AGUNG DAN MAHA SUCI ALLAH, TERIMA KASIH ALLAH. Dah tak lama lagi dah...hanya tinggal 176 hari saja lagi dari tarikh coretan ni dibuat. Progress report...sedang pulun menulis chapter 4 dan akan diikuti dgn chapter 5, seterusnya kemaskinikan balik semua chapter....emm...banyak lagi tu...

Menghitung hari ke 16 Disember utk dptkan maklumat mengenai......mudah2an berjaya...restuilah hambamu ini ya allah.

Wednesday, June 30, 2010

MASA BERLALU

emmm...masa terus berlalu, sudah 2/3 masa yang diperuntukkan kepada saya telah digunakan. Baki cuma tinggal 1 tahun lagi!...progress report? adakah apa yang dirancang selama ini memberi hasil yang manafaat?...em alhamdulillah. Syukor pada mu Ya Allah selama ini apa yang dirancang berjalan dengan sempurna. Setakat ini, saya ditahap nak memproses data yang telah diperolehi dan selepas itu akan buat penulisan untuk chapter 4 dan 5.

Apa yang saya jangkakan selepas anisis data ini, penumpuan yang lebih khusus akan berlaku, mungkin aktiviti sosial akan berkurangan...dan mudah2an juga tidak terlalu membebankan saya, perkenankan Ya Allah.

Dua bab terakhir dan penulisan secara global adalah sesuatu yang klimaks bagi penulisan saya..saya perlukan kekuatan minda untuk mengharungi ini semua. Mudah-mudahan juga, saya dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini pada jangkamasa yang ditetapkan.

Ada yang tertangguh dan masih terhutang utk diri sendiri sepanjang pengajian ini adalah untuk publish 2 articles in international journal....insyaallah saya kearah itu..

Ya Allah..terima kasih Ya Allah, jadikanlah aku insan yang soleh, permudahkanlah aku dalam pengajianku ini dan berkatilah aku ya Allah. Berkatilah aku dalam apa jua kebaikan yang aku lakukan Ya Allah, kau hindarilah diriku dalam melakukan sebarang kesalahan/dosa walaupun sekelumit niat sebesar zarah Ya Allah...hanya pada mu ku mohon, kau yang MAHA MENGETAHUI....MAHA BESAR YA ALLAH

Tuesday, June 1, 2010

emmm.....lama tak update blog

emmm...lama betul ditinggalkan blog ni dan lama tak update...sibuk bersosial dilama FB, dan bagi perkembangan terbaru sedang key in data, lepas tu baru nak analisa dan seterusnya bermulalah writing lagi..

Pada 8 Jun nanti ada temujanji dengan supervisor..nak maklumkan padanya mengenai kandungan bab1,2 dan 3 yang telah diperbaiki dulu, masa hantar dia tak ada. Guna pendekatan SEM, kena explainlah sikit kot dekat dia.

Monday, April 19, 2010

Temujanji dengan supervisor

Hari ni 19 April, jam 4.00 ptg saya akan berjumpa dengan supervisor, banyak perkara yang nak dibincangkan dengan beliau. Terutamanya berkisar mengenai pembetulan bab 1, 2 dan 3 yang masih lagi dalam proses mengemaskini. Tambahan lagi saya telah memasukkan approach baru menggunakan SEM..dan akan analisis data menggunkan amos 18, so kena bagi tau dan explained pada dia juga le...bab 3 dah dibaiki dan dah dihantar pada editor, bab 1 dah dibaiki 90 peratus cuma bahagian background of the problem ..ingat nak kemaskinikan lagi.., bab 2 blm sentuh lagi, sebab esok akan hadiri kelas LR di UTeM yg dikendalikan oleh pensyarah PBPI dan peserta nya adalah pelajar2 PHD...so ingat nak dapatkan ilmu dulu baru nak perbaiki...Sepatutnya saya kena hantar semula pada 22 April nanti.

Sehubungan dengan itu surat mohon dipanjangkan tarikh penghantaran semula pada penilai2 proposal tempoh hari telah saya draft dan nak dapatkan pengesahan daripada supervisor ptg nanti. Alasan minta diberi tempoh ni..sebab tak berapa pandai nak buat cara terbaik...hopefully selepas ikuti kelas LR esok akan dapat satu idea baru dan semoga kerja saya dapat disiapkan dalam jangka masa yang dirancangkan.

Kalau boleh nak siapkan end of April tapi dalam surat tu nak minta until 6 mei sebab nak gi jumpa supervisor pula lepas tu..so macam tak sempat pula..dan seterusnya pada May 2010 selepas selesai perkara ni barulah nak beri tumpuan untuk key in data dan analisis data,..ini pun akan ambil masa juga ni.

Ya Allah, permudahkan lah aku ya allah..tunjukkanlah kepada hambamu ini jalan yang lurus.

Friday, March 12, 2010

PhD bersama emosi

Kadang-kala saya termenung sendirian, kadang kala saya tersenyum sendirian, ada kalanya saya tidak dapat mengawal air mata dari mengalir bercucuran....

Ada kalanya saya lancar bekerja, ada kalanya saya bersemangat, ada kalanya saya tersekat sekat, ada kalanya saya malas, ada kalanya saya rasa bosan, ada kalanya rasa rasa terkedu tak tau apa nak buat.....itulah diantara rentetan EMOSI yang sedang saya lalui dan tempuhi kini sepanjang pengajian saya.

Tak pernah tertinggal di ingatan saya untuk siapkan tugasan saya secepat yang mungkin, banyak lagi yang akan datang tak tau macam mana bebannya nanti...tapi itulah pejam mata dengan PhD, buka mata dengan PhD. Aktiviti sosial saya dengan jiran2 telah dikurangkan dengan drastik sekali, banyak masa saya kini ditumpukan pada kelas SEM di IIUM, perbaiki bab 1-3, ikuti kumpulan perbincangan penulisan thesis, dan akan key in data kemudian.

Letih..letih..penat..penat....

Saya teringat kembali kata2 nasihat oleh dekan postgraduate masa pendaftaran tempoh hari, katanya bagi mereka yang sambung keperingkat PhD.....80% is PERSPIRATION, 20% is INSPIRATION and 10% is LUCK.....emmm...saya melaluinya kini.

Hanya padamu Allah tempat ku mengadu, sakit, suka, duka, penat, letih, yang hamba mu lalui ini. BERKATILAH AKU YA ALLAH, BERKATILAH AKU YA ALLAH...PERMUDAHKAN AKU YA ALLAH. AMIN

Tuesday, March 9, 2010

TERIMA KASIH YA ALLAH

Sebelum berjumpa supervisor semalam, saya sentiasa berdoa dan monolog untuk diri sendiri dan mohon Allah permudahkan urusan pengajian saya ini. Temujanji saya dengan supervisor semalam adalah untuk memaklumkan, mengesahkan dan mengambil tindakan yang seterusnya berkaitan dengan maklumbalas yang diperolehi semasa sesi proposal presentation tempoh hari. Supervisor saya hanya masuk sekejap semasa pembentangan dan selepas itu beliau ke Melaka kerana menghadiri mesyuarat. So tugas saya lah pulak untuk memaklumkan kepada beliau hasil daripada cadangan ahli panel semasa sesi tersebut.

Dua cadangan besar bagi saya daripada ahli panel ialah:
1- kecilkan skop kajian saya dan beri tumpuan pada satu universiti saja
2- dapatkan end product -iaitu sesuatu yang dihasilkan/diperolehi setelah kajian ini dihasilkan

Semasa sesi perbincangan awal saya dengan supervisor...beliau tidak berapa setuju dengan pandangan yang diberikan kerana katanya sebagai pemeriksa mereka perlu berikan tumpuan pada teknikal saja dan bukannya secara keseluruhan kajian yang akan mengubah cadangan kajian saya,dengan kata lain beliau tidak berapa setuju dengan pandangan pertama dan bersetuju dengan pandangan kedua. So...katanya saya boleh teruskan dengan cadangan kajian saya...

Perbincangan diteruskan...dan saya memaklumkan kepada beliau bahwa responden saya sekarang ini dah ada melebihi 600 orang responden, kalau saya nak teruskan dengan edaran ss di UTM saya kena buat secepat mungkin dalam masa dua minggu ini (sebab pelajar akan duduki final exam) untuk dapatkan bilangan responden berjumlah 600 orang supaya seimbang sebab nak buat perbandingan, pada masa yang sama saya diberi masa 2 bulan utk perbaiki proposal dan submit kembali. so...faktor masa..dan sekarang dah 2 minggu berlalu kerana saya menunggu confirmation dari beliau....

Dan AKHIRNYA .....dengan izin Allah supervisor berkata,"kalau macamtu ok lah tumpukan kajian u pada UTeM saja, sebab saya rasa kesuntukan masa, budak2 dah nak final ni"...

OHHHH......SYUKOR, SYUKOR ALHAMDULILLAH ...akhirnya doa dan permintaan saya dimakbulkan...so tak perlulah lagi saya nak terkejar2 utk collect lagi data kat UTM walaupun perancangan pentadbiran telah dibuat awal.

TERIMA KASIH ALLAH...TERIMA KASIH ALLAH, YANG MAHA MENGETAHUI, yang telah memudahkan kerja hamba mu ini ...permudahkan aku sepanjang pengajian ku ini sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.

Monday, March 1, 2010

langkah seterusnya

Selepas present proposal tempoh hari, banyak yang kena buat perubahan. So memang kena buat la sekarang ni, tambahan pula diberi tempoh dalam masa 2 bulan utk submit balik proposal tu. Data collection can go ahead, cuma yang risau sekarang ini adalah mengenai cadangan panel supaya tumpukan pada satu lokasi saja (kalau ikut saya ,lagi bagus sebab itulah cadangan awal saya dan tidak banyak sangat nak collect data), macam mana pun kena dapat persetujuan supervisor dulu. Kata supervisor cadangan yg diberi oleh panel tak semestinya kita ikut...(saya kena ikut cakap prof)..so temujanji telah diatur untuk berjumpa dan berbincang dengan prof utk dapatkan confirmation mengenai cadangan panel tersebut. Kalau tak ditunda, pada 8 Mac nanti akan berjumpa dengan prof (semoga menjadi kenyataan).

Tentang tecnique of writing and languages, memang dah agak dah kena buat pembetulan sebab pada masa hantar tu no editor to edit language, and no continuation in LW writing. hai..hai banyak juga la tu kena modified balik. Pada masa yang sama sedang edit balik writing utk jurnal.

Walaubagaimanapun saya amat bersyukor dan berterima kasih pada ahli panel semasa proposal presentation dulu yang banyak memberi komen dan pandangan sebab mereka membaca apa yang saya tulis....dan ini tidak berlaku pada saya sebelum, sebelum, ini kerana proposal tu dah kali keempat saya hantar pada supervisor utk dilihat dan dibaca..tetapi......

Alternatif saya yang seterusnya untuk mengatasi persoalan ini adalah untuk meminta bantuan kawan menjadi editor pada writing saya, meminta pertolongan drp prof UIA untuk tengok analisis data saya nanti, dan minta pertolongan drp salah seorang panel proposal untuk melihat dari segi content analysis...dan seterusnya akan aktif terlibat dalam kumpulan WCGS dikalangan pensyarah.

Kepala ni terus dan terus berfikir sehingga kadangkala tu tak tahu mana satu nak buat....

Aku bersyukor pada mu Ya Allah yang telah memberi hidayah dan petunjuk pada hambamu ini yang amat memerlukan pertolongan, kau samarkan satu jalan, tapi kau terangi dan cahayai dengan jalan yang lain. Mudah-mudahan aku dikalangan insan yang akan mendapat petunjuk seterusnya daripada mu Ya Allah, dalam mengharungi kehidupan ku ini. Permudahkan aku Ya Allah, permudahkan aku Ya Allah...lindungilah aku Ya Allah, berkatilah aku Ya Allah...Amin..