Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah...syukor padamu Ya Allah

Alhamdulillah syukor pada Allah...selama ini apa yang saya mohon dan dengan izin daripada Allah telah tercapai dan semoga hari2 yang mendatang akan memperolehi petunjuk daripada Allah swt...

Pertemuan dengan supervisor telah berjalan dengan lancar, kekusutan dan kecelaruan yang berserabut di kepala dapat dileraikan melalui perbincangan dengan Prof. Syukor juga pada Allah kerana perjalanan saya ke UTM tempoh hari telah menggerakan hati untuk berjumpa dengan Dr. Noraini ( kenalan sama2 ikuti kelas SEM di UIAM) dan melalui perbincangan dengan beliau, satu keputusan baru telah saya buat untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

Prof. Dr Saharin daripada UIAM memberi kebenaran kepada saya untuk mengikuti kelas Structural Equation Modeling yang dikendalikan oleh beliau di uiam ( tanpa bayaran). Kelas diadakan pada hari Rabu setiap minggu pada jam 5.30 ptg sehingga jam 8.30 mlm. Syukor..syukor..maka bermula pada 23 hb Disember nanti, bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya yang memerlukan sedikit pengorbanan....dari Melaka ke KL tiap2 minggu.

Allah huakhbar....semoga saya diberkati dan permudahkan Aku ya Allah

No comments: