Wednesday, April 29, 2009

Kerja Tertangguh

Hari Isnin pergi bayar bil-bil yang berkaitan, hari Selasa hantar borang e-BE LHDN, dan semalam juga anak kedua minta tolong carikan bahan di internet untuk buat folio. Hari ini anak ketiga pula mengadu tak tau macam mana nak melukis 'feeling faces' yang diarahkan oleh guru, jadi kena cari dalam internet juga. So, dua tiga hari ni saya banyak menghabiskan masa melayan kerenah anak-anak. Kerja saya yang hakiki banyak yang tertangguh. Bila di print dan dibaca balik draft proposal tadi, alamak apa yang telah saya lakukan. Malunya......

Saya perlu lebih serius dalam penulisan ni...Inilah masalah saya bila kurang tekanan ( tak ada date line ) untuk menghantar proposal ni. Walau macam mana pun saya dah berjanji dengan supervisor pada minggu pertama Jun ( mungkin dilewatkan ke minggu ketiga sebab dah bercadang nak balik AS masa cuti sekolah ni, tapi belum maklumkan lagi pada supervisor).

Atau kalau saya boleh percepatkan pada hujung Mei lagi bagus. So, kenalah saya bekerja keras dua minggu ini supaya target dapat dicapai dan senang hati bila bercuti nanti.

Aalamak... apa-apa pun semangat, kekuatan, kecerdasan, kerajinan, kesihatan, ke..., ke....semuanya kena tip top dan mudah-mudahan saya dapat melaksanakannya.

Ya Allah lindungilah aku daripada syaitan yang direjam, lindungilah aku, redhokanlah perjuanganku ini dan berilah cahaya hidayah Mu kepada hambamu ini Ya Allah. Perkenankan lah aku Ya Allah. Amin.

Monday, April 27, 2009

Akhirnya Faiz & Najmi berjaya







Akhirnya Faiz dan Najmi...BERJAYA...

Dua minggu yang lepas Ammar Faiz dan Arif Najmi telah menghadiri ujian taekwondo di Sekolah Rendah Lereh, Tanjung Keling Melaka, ( ujian penentuan peningkatan taekwondo anjuran Kelab Taekwondo - Koryo Taekwondo Academy, Melaka). Ammar Faiz telah berjaya dalam ujiannya untuk mendapatkan tali pinggang MERAH daripada tali pinggang BIRU setelah dua kali mencuba. Arif Najmi pula telah berjaya mendapatkan tali pinggang HIJAU daripada KUNING.

Sementara Anwar Hadi kekal dengan tali pinggang HITAM MERAH ( teratas diperingkat sekolah rendah). Hadi tak boleh dapat tali pinggang hitam lagi sebab dibawah peringkat umur. Buat masa kini Anwar Hadi berehat seketika dan akan aktif balik selepas memasuki sekolah menengah nanti untuk dapatkan tali pinggang HITAM.

Afiq Ridhwan pun kata dia nak ikut taekwondo...(dia putih le..) so kat umah memang keempat-empat orang ni akan bertaekwondo / dan bergusti sesama mereka.
Suka tengok gelagat budak-budak ni...

At Rompin




25 Aril 2009 kami sekeluarga berada di kampung suami di Rompin, Pahang. Suami menyambut kelahirannya dan kelahiran ibunda tercinta dengan jamuan makan sate dan ikan bakar di bandar Rompin bersama-sama sanak saudara.
Selepas makan kanak-kanak teruja dengan tontonan perlawanan bolasepak peringkat akhir antara Kelantan dan Selangor....ha..ha...ha perut kenyang apa lagi....

Mak mertua saya kata.... banyaknya aku makan sate...satenya sedapppppp...
Ikan dibakar
sate dicucuk lidi
panjang umur
kita sambut lagi
Semoga dirahmati Allah dan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Meraikan ulangtahun kelahiran







24 April 2009, jam 8.00 malam yang lalu saya dan keluarga meraikan ulangtahun kelahiran suami di Restoran Pizza di bandar Melaka. Pilihan ini telah diputuskan oleh anak-anak. Kebiasaannya begitulah samada ayah atau mama yang sambut kelahiran pilihan menu anak-anak yang buat. Gambar kenangan bersama keluarga direstoran pizza.
Bismillah hirohmanirohhim.....nyam..nyam..nyam...sedapnye...

Friday, April 24, 2009

Peliharalah Solat

Khutbah Jumaat tadi di Masjid Kuala Lumpur adalah berkaitan dengan ...ibadah solat/ jangan abaikan ibadah solat... (saya menonton tv 1)

Berikut adalah beberapa maklumat yang diperolehi melalui e-mail daripada kawan dan dikongsi bersama untuk kebaikan kita muslimin dan muslimah.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S..W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Allah hu akbar, jauhilah dari syaitan yang direjam. Amin

Ulangtahun kelahiran












Pagi-pagi lagi Anwar Hadi dah tanya...Mama tak ingat ke hari ini hari apa?
Hari ni hari Jumaat..kenapa?
Bukan..hari ni hari apa... ( saya faham maksud yang nak disampaikan tu..)
Sayapun menjawab...Mama ingat...HARI INI HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.....24 April ..

Ya, hari ini hari ulangtahun kelahiran suami tercinta yang ke....kebiasaannya sama ada harijadi saya atau suami anak-anak yang sibuk minta dibelikan kek.....sebabnya mereka pun sama-sama nak potong kek birthday. Untuk kali ini tak rancang lagi, sebab budak-budak sekolah sampai petang, dan esoknya pula bercadang nak balik kampung suami di Rompin.
Besar kemungkinan akan disambut di kampung bersama-sama dengan ibu mertua kerana ibu mertua hari kelahirannya pada 16 April yang lalu. Boleh lah dibuat bersama-sama...
menunya? oppssss..belum fikir lagi, kek coklat? barbeque ayam? satay?...atau apa?

Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh Allah sbwt kepada suamiku dan ibu mertuaku. Dapat mengimarahkan lagi amal ibadat kepada Allah sbwt Amin.





Thursday, April 23, 2009

Ceramah Agama TTU 31


23 April 2009, jam 9.00 pagi Majlis Ceramah Agama Jalan TTU 31, telah diadakan di rumah Puan Latifah. Ceramah ini merupakan kali kedua bagi bulan April 2009. Ceramah yang berikutnya pula adalah pada 14 Mei dan 28 Mei 2009, sekiranya tiada halangan.
Selain daripada ceramah agama, majlis bacaan yaasin akan diadakan berselang seli dengan ceramah yang ditetapkan dari rumah kerumah.

Ahli-ahli yang turut hadir yang memeriahkan majlis bergambar bersama-sama ustaz.

Wednesday, April 22, 2009

Doa untuk ibubapa

Sekadar renungan untuk diri sendiri yang alpa dan mereka yang memahami dan merasai nikmatnya.

Dato dr.fazilah pernah berkata.....
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Semoga saya digolongkan dikalangan orang-orang yang akan dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Amin

Pesta Buku 2009

Semalam 21 April 2009 bersama suami dan Afiq Ridhwan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Hajat di hati nak beli beberapa buku yang telah dikenalpasti. Buku yang di cari tak ada, bila jumpa buku yang ada berkaitan maka terus beli. Agaknya lepas ni kena pergi ke MPH untuk pesan buku. Gambar di atas diantara buku yang dibeli dan gambar dibawah adalah suami bersama Afiq Ridhwan.

He..He.. Afiq Ridhwan takut dengan maskot anjing tu....

.

Monday, April 20, 2009

Basikal baru

Ini merupakan basikal yang entah keberapa yang telah dibeli. Baru dibeli pada hari sabtu 18 April 2009 yang lalu. Niat yang utama adalah untuk kegunaan anak sulung ke tempat mengaji quran di rumah jiran di kawasan perumahan yang sama, kegunaan kedua adalah untuk saya cycling petang-petang sebagai satu aktiviti riadah yang baru selain daripada jogging/walking.

Bercakap pasal bersenam akhbar mingguan malaysia 19 April 2009 dalam ruangan kesihatan ada memuatkan penulisan mengenai aktiviti bersenam iaitu berjalan kaki baik untuk jantung.
Dalam ruangan ini juga ada menyebutkan ;

"soalselidik mendapati 70 peratus golongan dewasa tak bersenam dan 60 peratus daripadanya memberi alasan tiada masa. Cuma 11 peratus golongan dewasa di Malaysia bersenan tiga kali atau lebih seminggu"
Berapa kali saya bersenam untuk seminggu?Ha..ha..ha (malunya kadang buat kadang tak buat, kalau ikut jalan kaki tu, rasanya banyak langkah juga le dalam sehari...tak terbilang, naik turun,naik turun dan ke hulu kehilir dalam rumah, berpeluh juga le...hinggakan selepas zohor tu kena tukar baju lain)
Dalam artikel ini juga ada menyatakan apabila kita bersenam ada beberapa faedah untuk jantung kita seperti berikut:
  1. Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan.
  2. Mengawal berat badan ( ni yang best ni ).
  3. Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi.
  4. Meningkatkan tenaga.
  5. Membantu mengurangkan tekanan.
  6. Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat ( ini pun best juga)
  7. Membantu mencegah atau mengelak penyakit kronik dan penyakkit yang ada kaitan dengan proses penuaan.

Mudah mudahan saya dapat memantapkan lagi aktiviti bersenam saya supaya badan (fizikal), emosi dan spiritual saya sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Amin

Friday, April 17, 2009

Penyakit Kanser

Semalam selepas Isyak saya dan suami menghadiri majlis membaca yaasin dan tahlil untuk arwah anak kawan saya yang telah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tulang. Bila dihitungkan kembali sudah tiga orang yang dikenali telah meninggal dunia akibat kanser. Yang pertama kerani dibawah seliaan saya meninggal kerana kanser payu dara, yang kedua bekas housemate semasa di Kuantan meninggal kerana kanser payu dara dan yang terbaru anak rakan baik saya meninggal juga kerana kanser.

Kata ibu kepada armahumah....kami sekeluarga redho kerana anak saya tu dah sakit lama, dah tiga tahun...( umurnya 14 tahun sebaya dengan anak sulung saya) tak tahan tengok sakit yang dideritainya.....penyakit macam ni memang kita dah jangka apa akan berlaku, cuma cepat atau lambat saja. (sebak didada, bergenang si air mata)

Untuk itu disini saya ingin coretkan sedikit tanda-tanda penyakit kanser ini untuk tatapan dan peringatan yang diperolehi daripada laman web...

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas
bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut
dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit
dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,
cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan
mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan
(infection).
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

Semuga dapat memberi manafaat kepada sesiapa saja. Ya Allah sehatkanlah tubuh badan kami, sehatkanlah pendengaran kami, sehatkanlah penglihatan kami dan jauhilah kami daripada segala bahaya. Amin

Thursday, April 16, 2009

Permudahkan Aku Ya Allah

Ehh..... dah lama jugak tak up date blog, buka blog tiap-tiap hari tapi malas nak coretkan sesuatu, biasalah alasannya....... MALAS...

Semalam 15 April, Melaka cuti sempena hari pengistiharan bandaraya bersejarah, anak-anak ada kat rumah, jadi mamanya pun bercuti juga dari belajar. Kebetulan pula hari sebelumnya ke UTM dan dah selesaikan segala perancangan dan balik pula malam so agak keletihan sedikit dan ambil kesempatan declare sendiri ....ESOK CUTI..... tak buat kerja lah seharian....tapi tak lama.

Hari ini mula balik nak buat kerja-kerja seperti biasa...alamak, searching, writing and reading....
lambat lagi nak habis daripada berhenti buat benda-benda ini, perjalanan ku masih jauh. Yang penting dan yang terdekat dapat siapkan proposal untuk dibentangkan pada suervisor by middle of June, cari bahan, fikir dan tulis dan jangan dok berangan.....

Mudah-mudahan dapat dilaksanakan, Ya Allah aku mohon padaMu permudahkanlah aku dan tunjukkanlah jalan yang lurus. Amin

Saturday, April 11, 2009

Episod baru


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, minggu depan dah buat temujanji untuk ke UTM berjumpa supervisor dan seterusnya hantar assignment. Feedback daripada prof belum dapat lagi buat masa kini, tapi persediaan untuk progress report perlu ada.


Soooooooo...... sekarang ni tumpuan perlu di berikan pada perancangan yang selama ini tertangguhhhhhhhhhhhhhh... iaitu nak siapkan proposal pula. Janji pada diri sendiri end of Mei 2009, 90% siap. ok,ok,....ok jangan ko sudah.


Third variable as mentioned by prof, what it is.....still blur....

" networking intensity" or ........

search......dig.....explore.....an activities always in my mind. New episode i have to do...
Mudah-mudahan perjalanan hidup ini dipermudahkan oleh Mu Ya Allah. Amin

Friday, April 3, 2009

Selesaikan tugasan!!!!

Ingatkan saya yang lewat dalam membuat sesuatu tugasan, rupanya tidak..... selepas bercakap dengan kawan yang mengambil subjek stat 2 bersama-sama, rupanya beliau masih belum buat lagi.

Alasan yang diberi dia nak siapkan tugasan subjek yang lain dulu dan lepas tu, minggu depan barulah nak tumpukan pada stat 2. Saya maklumkan pada dia saya akan cuba habiskan juga tugasan ini pada minggu ni sebab itu adalah janji pada diri saya dan lepas tu saya tunggu sehingga dia dah siapkan tugasannya dan bolehlah kita berjumpa selepas tu untuk kemaskinikan apa yang mungkin tak terjawab. Besar kemungkinan pada minggu depanlah saya akan berangkat ke UTM untuk perbincangan terakhir dan seterusnya untuk menghantar assignment stat 2. Cadangan saya pada dia nak bawa printer sekali, bolehlan print dan binding kat sana nanti. Dia setuju dan minta saya tunggu dia call saya dan dia akan cuba siapkan tugasan dia nanti.

Kami juga bersetuju sekiranya tugasan ini dah disiapkan dan dihantar bolehlah kami concentrate pada research. Tambahan lagi janji saya dengan supervisor untuk bentang proposal padanya minggu pertama Jun 2009.

Lepas ni bolehlah saya search beberapa variable yang masih lagi belum cukup maklumat untuk dimasukkan dalam proposal saya. Terutamanya variable yang dimaklumkan oleh Prof,.... hai apalah keywordnya.....?Alamak mudah-mudahan saya dapat cari maklumat yang dikehendaki secepat mungkin.

Ya Allah permudahkanlah aku, berkatilah aku dalam perjuanganku ini. Amin

Thursday, April 2, 2009

Ikan Koi




Pagi 1 April 2009 didapati 6 ekor ikan peliharaan saya mati di dalam kolam. Dah setahun lebih saya pelihara ikan koi tersebut, daripada sebesar 2 jari dah mencecah sebesar telapak tangan. Jika ditimbang anggaran seekor hampir 400 gram. Harga ikan koi itu saya beli dengan harga rm 2.00 seekor, bila dah besar macam sekarang anggaran harganya sekitar rm 60.00 seekor.
Minat memelihara ikan koi ini timbul bila saya ada kolam air terjun di rumah, jadi untuk memeriahkan lagi kolam tersebut, maka saya peliharalah ikan koi. Pada asalnya saya tak suka juga nak pelihara binatang ni, tapi lama kelamaan jadi suka pula, terutamanya bila tengok ikan-ikan ini berenang-renag didalam kolam. Tambahan lagi ikan koi ini berwarna warni dan nampak cantik. Bina kolam sebab saya suka bunyi air terjun, hilang rasa tension dan penat bekerja.
Kebiasaannya saya dan pembantu rumahlah yang akan mencuci kolam ikan bila ada sampah atau daun-daun kering. Tapi akhir-akhir ini kolam tidak dicuci dan lampu UV pula rosak ( pembantu rumah dah tak ada dan diri sendiri sibuk nak siapkan assignment), inilah yang menyebabkan air kolam tu berlumut banyak dan besar kemungkinan kekurangan oksigen dalam air yang menyebabkan ikan-ikan koi itu mati. Makan tak cukup? tak mungkin berlaku sebab tiap-tiap hari bagi makan.
Bila dah terjadi begitu terpaksalah sepagian saya mencuci kolam tersebut dan mengalihkan ikan-ikan yang masih ada ketempat baru. Selepas itu barulah saya pergi kekedai ikan mencari lampu UV untuk mengganti yang telah rosak disamping itu sempat juga membeli 5 ekor ikan koi baru (anak) untuk dipelihara semula bagi menggantikan yang telah mati.
Kata jiran saya, kalau ini berlaku pada dia, dia akan menangis tengok ikan-ikan peliharaan kita
yang dah besar-besar mati. Tetapi ini tidak berlaku pada saya. Bagi saya, ini sekadar hobi, dan yang pasti semua yang hidup pasti akan mati, ikan daripada kecil saya bela bila dah besar dia akan mati, ikan tak akan kekal hidup selama-lamanya. Bila ikan tu mati, saya beli ikan lain. Tak ada masalah. Cuma sedikit sedih tu adalah.
Bagi saya begitulah hidup ini, yang tiada diadakan, yang kecil menjadi besar, YANG HIDUP PASTI AKAN MATI. CUMA KITA TAK TAHU BILA IANYA AKAN BERLAKU.
Ya Allah matilah aku dalam keadaan beriman. Amin