Tuesday, December 29, 2009

SEM class 2009

Esok 30 Disember adalah hari kedua saya akan mengikuti kelas Structural Equation Modeling di UIAM yang akan disampaikan oleh Prof. Dr Sahari. Banyak memberi faedah dan mudah-mudahan saya akan dapat manafaat untuk aplikasikan SEM dalam kajian saya. Dapat juga kenalan2 baru yang sama2 dalam perjuangan yang berhasrat untuk mengaplikasikan metod ni dalam penyelidikan masing2.

Mudah2an apa yang saya lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt. Permudahkan lah aku Ya Allah dalam perjuangan ku ini. Amin

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah...syukor padamu Ya Allah

Alhamdulillah syukor pada Allah...selama ini apa yang saya mohon dan dengan izin daripada Allah telah tercapai dan semoga hari2 yang mendatang akan memperolehi petunjuk daripada Allah swt...

Pertemuan dengan supervisor telah berjalan dengan lancar, kekusutan dan kecelaruan yang berserabut di kepala dapat dileraikan melalui perbincangan dengan Prof. Syukor juga pada Allah kerana perjalanan saya ke UTM tempoh hari telah menggerakan hati untuk berjumpa dengan Dr. Noraini ( kenalan sama2 ikuti kelas SEM di UIAM) dan melalui perbincangan dengan beliau, satu keputusan baru telah saya buat untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

Prof. Dr Saharin daripada UIAM memberi kebenaran kepada saya untuk mengikuti kelas Structural Equation Modeling yang dikendalikan oleh beliau di uiam ( tanpa bayaran). Kelas diadakan pada hari Rabu setiap minggu pada jam 5.30 ptg sehingga jam 8.30 mlm. Syukor..syukor..maka bermula pada 23 hb Disember nanti, bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya yang memerlukan sedikit pengorbanan....dari Melaka ke KL tiap2 minggu.

Allah huakhbar....semoga saya diberkati dan permudahkan Aku ya Allah

Monday, December 7, 2009

December appointment

Key in data for pre test dah beres, nak analyse lah pulak, sebelum tu kena confirm dulu analyze apa yg nak dipakai dan maklumat2 yg terperinci berkaitan dengannya.

PA supervisor already confirmed an appointmet wih supervisor on 15 Disember 2009, at 9.00am at UTM Skudai...have to reach UTM before 8.45am and from Ayer Keroh at 6.45am..alamak awalnye..

Wednesday, December 2, 2009

ape sudah jadi

em.. janji pada diri sendiri tak dapat dipenuhi lagi...bila lah saya boleh key in data dan tulis artikel utk jurnal...hai ya..apa yang menghalang pun tak tau...ade mood ke...pun tak tau, yang pasti nye sekarang ni bila ada budak2 4 orang ni kat umah lagi banyak saya cakap dan lagi banyak kali saya kena masak...emmmm

Tuesday, November 17, 2009

EDUPRESS 2009

Presentation for EDUPRESS 2009 dah selesai...a lot of feedback received from the participants and moderator. Alhamdulillah juga le ikut program ni baru tau kita kat mana..ade buat salah ke, ade betul ke, ade confident ke, atau cam ne. Yang pentingnya perlu buat penambahbaikan sebelum defend for proposal by next semester.

Cuti sekolah dah nak mula ni...cadangan nak balik kpg Hari sabtu ni..21 November 2009 sebab nak sambut aidil adha kat kampung di Kedah, lepas tu nak buat qurban dan kenduri aqiqah anak yg no. 4, Afiq Ridhwan sekali. Mula lah cuti2 Malaysia.

Monday, November 9, 2009

Gambar Workshop SEM

Alhamdulilah...syukran, syukor pada Allah, 2 hari workshop yg dihadiri memberi banyak manafaat dan ilmu untuk pengajian saya. Terima kasih Prof, terima kasih UIA..kos yang dikenakan Rm 350, ilmu dan bahan yang diperolehi adalah berbaloi dan lebih dari itu, dan jika diizinkan Allah saya akan mengikuti kelas yang akan dikendalikan oleh Prof Dr Sharin di UIA semester depan. Fullfledge of SEM

Prof Dr. Shahrin - IIUM

participants of the workshop


Wednesday, November 4, 2009

International Conference of Communication Dynamics (ICCD) 2009


Will be held on 5th -6th April 2010 at Hotel Equatorial Melaka, organized by centre for Languages and Human Development, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Abstracts have to be submitted before 31 December 2009 and full papers before 31 January 2010.

Sub-Themes:
communication and organisation
comunication and ethics
communication and teamwork
communication and leadership
communication and media
communication and culture
communication and education
communication and industrial relations

more informations refer to : iccd2010@utem.edu.my

Tuesday, November 3, 2009

Proposal submission

alhamdulillah...akhirnya setelah diadakan perbincangan dengan supervisor pada 2 November yang lepas dan beberapa penambahbaikan telah dilakukan maka akhirnya final proposal ( yang ketiga)telah dapat dicetak dan akan dihantar pada fakulti esok hari. So.. ke UTM lah lagi saya pada minggu ni! Power point for presentation akan dibuat kemudian sebab perlu buat banyak pemurnian dan akan diemailkan pada supervisor. Lagi pun Prof akan ke USA dan ke UK dan bulan Disember nanti baru balik, at the same time this pp for presentation...so tak ape le kasi lambat. Apa yang penting dulu ialah hantar proposal to the faculty before 14 November 2009 to be qualified for presentation on next semester.

Prof ada juga bertanya...apa perkembangan international jurnal writing? emm...lepas ni lah kot, sebab data tak key in lagi. Local proceeding dah ada satu paper. Lepas ni kena serius dengan jurnal writing lah pula. uh..uh..uh

STRUCTURAL EQUATION MODELING WORKSHOP

International Islamic University Malaysia (IIUM) will be conducted the workshop on structural equation modeling using amos for beginners on 7th and 8th November 2009 at IIUM, Gombak. The objectives of the course are to introduce the application of one of the most versatile analytical tools to those who are involved in quantitative research in the areas of applied sciences & technology,.....to facilitate the development of understanding and computer-based skills in analyzing, interpreting and evaluating interrelationships among variables of interest in addressing a variety of research problems.

oh..thanks Allah..for this information....as what i'm looking for in my research. Hopefully from this workshop i will gain more information on data processing and on how to use SEM using AMOS.

Tuesday, October 20, 2009

EDUPRESS POSTPONED

Seminar postgraduate Edupress di tunda kepada 18 dan 19 November 2009. emmmm...nak buat cam na, lain yang dirancang, lain pula yang jadinye...hidup perlu diteruskan. Appointment dengan supervisor untuk bulan October telah ditetapkan untuk kali kedua iaitu pada 28 October nanti. Semoga kedua2 tarikh ini akan menjadi kenyataan, kalau ditunda2 lagi....sampai tahun depan pun tak bergerak ni...

Friday, October 2, 2009

Dateline for fullpaper submission


yeh...yehhh i managed to submit my fullpaper today for EDUCATION POSTGRADUATE RESEARCH SEMINAR 2009 that will be held on 14th -15th October 2009 at UTM Skudai Johor. Next step is to prepare power point for presentation.ok..take break sambung balut ketupat dulu....

Wednesday, September 30, 2009

6th October...postponed

Maklumat terbaru yang diperolehi daripada PA superisor ialah...next appointment on 6th Oct 2009 ...postponed...bila lagi??? kena call balik on the 20th oct to set another appointment..
End of Oct still o.k boz i have to submit my proposal to the faculty before 14th November 2009.

Emmmm apa nak buat...inilah asam garam pelajar postgraduate... syukor juga disebaliknya saya masih ada masa untuk cari bahan2 yang dirancang.

Tuesday, September 29, 2009

Janji dah ditunaikan


Syukor alhamdulillah...janji pada diri sendiri pada hari ini nak email pada ayu dan prof full paper EDUPRES 2009 telah terlaksana. Pening kepala sekejap dan take rest baring2 sambil tengok email dan FB. Lepas ni nak kena tengok2 pulak format writing dlm jurnal yg nak dipilih...lepas tu sambil2 menyelam bolehle perbaiki proposal yg memang kena baiki sebelum berjumpa dengan supervisor pada 6 oct nanti. Banyak juga yang nak kena ad in dalam 2nd proposal ni..masa pun dah tak lama, cuti raya panjanggg..1 minggu dan minggu ni baru nak mula balik kerja2 ni..Alahai banyak betoi nak kena fikir dan buat ni...


Pada masa yang sama terfikir juga nak pergi ke UPM or UKM or UIA nak cari local lit. rev utk variables yg dikaji.. ish..ish..ish sempat dan boleh buat ke ni?


HANYA PADA MU YA ALLAH AKU MOHON PERTOLONGAN....PERMUDAHKAN AKU YA ALLAH.

Monday, September 28, 2009

Pilih lah satu
















Teringat tentang koleksi thumb drive yang dihantar oleh kekawan. Sesiapa yang berminat bolehlah pilih satu dan ambil untuk kenangan untuk simpan data atau gambar2 sempena hari raya tahun ini. Ada banyak lagi...lain kali aje le.

Cuti dah habis

ya..ya..ya cuti raya dah habis. Kembali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tugasan yang tertangguh dan paling terdekat ialah nak submit fullpaper untuk EDUPRESS 2009 sebelum 2 oct 2009. Lepas tu preparation for 2nd draft proposal, article writing for jurnal and analysis of data for pre test survey. Oppppsss...banyak juga le kerjanya tu yang nak dibuat.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin untuk semua kenalan yang mengunjungi blog ini dari kami sekeluarga.

Tuesday, September 15, 2009

EDUPRESS 2009


Maklumat yang ditunggu2 telah diterima, EDUPRESS 2009 akan diadakan pada 14 dan 15 okt 2009. EDUPRESS 2009 or Education Postgraduate Research Seminar 2009 is trying to involve postgraduate's students from different fields to sit together side-by-side arguing, criticizing, sharing and discussing the same issue in Education Research, which is for the better preparation of research focus.

Abstract already been submitted and next action is on 2nd October 2009 the dateline for full paper submission. More information can be accessed through: http://www.fp.utm.my/edupres2009.

Monday, September 14, 2009

Terima kasih Aryati at Sheffield


Terima kasih Aryati kerana memberi nama-nama buku yang berkaitan . Tengok le..gambar disebelah, saya dah dapatkan buku2 tersebut dan beberapa buku lain yang berkaitan. Insyaallah memang kena baca la..buku2 ni.
Terutamanya on how to be a critical writer. Thanks a lot, semoga Allah memberkati saudari dalam apa jua yang dilakukan dan semoga perjuangan saudari juga akan membuahkan hasil. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan. Amin

Thursday, September 10, 2009

2nd step

Syukor alhamdulillah... 09092009 tarikh temujanji saya dengan supervisor telah selamat dilaksanakan. Terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam 1st draft proposal. Next appointment is on 06102009. Should come up with 2nd draft proposal together with journal writing based on lit.rev or pre-test study. Requested by supervisor to write 3 articles in international journal and 2 artices in local journal. By end of this semester have to submit 1 article as mentioned by him. Progress report... submit before semester end...

Subhanallah, walhamdulillah, walaillahaiallah, Allah huakbar...

Wednesday, September 2, 2009

Syukor alhamdulillah


Alhamdulillah...syukor pada Allah akhirnya dapat juga saya siapkan draft proposal bab 1, 2 dan 3 dan telah dihantar pada supervisor kelmarin. Lepas ni kena tunggu feedback daripada supervisor. Kalau mengikut perancangan awal pada 9 September nanti ada temujanji dengan beliau untuk membincangkan mengenai draft proposal yang dihantar. Harap-harap temujanji dapat berjalan seperti yang dirancang dan tidak dibatalkan lagi...Pada masa yang sama analisis data perlu dibuat bagi pre-test yang telah dijalankan, dan beberapa kursus telah diatur untuk dihadiri pada bulan Oktober nanti seperti advance LR dan metanalysis...


Semoga semua menjadi kenyataan dan dapat diuruskan dengan baik. Perkenankan aku Ya Allah. Permudahkan aku Ya Allah....Amin

Tuesday, August 25, 2009

Monday, August 24, 2009

Pilot study


Mengikut perancangan pada minggu ini akan dilakukan pilot study di kampus induk kepada pelajar2 ftmk. Alhamdulillah pagi tadi telah dapat dilaksanakan pada 2 kumpulan pelajar, malangnya sebelah petang tak dapat dilakukan kerana kesilapan sendiri cari bilik kuliah tak jumpa, dan bila dah jumpa pelajarnya pula dah beredar. Pada hari rabu dan hari khamis nanti akan dilakukan lagi pada kumpulan pelajar yang lain. Next step boleh le analisis data bagi kumpulan ini dan dapatkan reliability dan validity bagi tools yg dipakai. Pada masa yang sama proposal kena siapkan juga pada minggu ini. Banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum dicetak. Alahai cepatnya masa berlalu.....

Perkenankan hambamu ini ya Allah agar dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Amin

Thursday, August 20, 2009

Literature Review Workshop

Monday, 17th Ogos 2009, attended literature review workshop conducted by Dr Mohd Syazwan Abdullah ( UUM) at Faculty of Education at UPM. Found out new tools and techniques can be used when we read and analyse, such as orange technique, KFC technique and black & white technique. Hopefully this information can help me to be more criticize when review paper.

May Allah bless me with what i am doing. Ameen

Thursday, August 13, 2009

Yang berjaya, Yang gagal


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi.

Seorang yang berjaya sentiasa berkata "biar saya buat kerja ini untuk awak".
Seorang yang gagal sentiasa berkata "ini bukan kerja aku".

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan.
Seorang yang berjaya berkata"perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan".
Seorang yang gagal berkata"perkara ni tak mustahil dilakukan, tapi a terlalu susah".
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata"aku dah silap".
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata"ini bukan silap aku".
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen.
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji.
Seorang yang berjaya menyimpan azam dan cita-cita.
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha.
Seorang yang berjaya berkata"aku mesti lakukan sesuatu".
Seorang yang gagal berkata"sesuatu mesti dilakukan".

Seorang yang berjaya melihat peluang dalam masalah.
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang.
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi.
Seseorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi.
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya.
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya.

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan.
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan.

Wednesday, August 12, 2009

Jangan Mengeluh


Kita selalu bertanya ....... dan Al-Quran sudah menjawabnya...

Kita Bertanya : Kenapa aku diuji?

Quran Menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta...." Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kita Bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran Menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

Kita Bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran Menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-baqarah ayat 286

Kita Bertanya: Kenapa Rasa Frust?

Quran Menjawab:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139

Kita Bertanya : Bagaimana Harus Aku menghadapinya?

Quran Menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45

Kita Bertanya: Apa yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

Quran Menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....? Surah At-Taubah ayat 111

Kita Bertanya: Kepada Siapa Aku Berharap?

Quran Menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129

Kita Berkata: Aku Tak Dapat Tahan!!!

Quran Menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."Surah Yusuf ayat 12

Peringatan diperolehi daripada seorang sahabat untuk kita ingat mengingati kepada kebenaran.

Think, work hard and work smart!!!







Thursday, August 6, 2009

1st draft proposal

Next appointment with supervisor is on September 9, 2009.
1st draft proposal should be submitted to him one week earlier before discussion....
Akhirnya...dapat juga saya berjumpa dan berbincang dengan supervisor mengenai perkembangan kajian saya. Apa yang saya rancangkan untuk berbincang dan mendapat maklumbalas daripada supervisor telah dilakukan. Kemaskinikan proposal dan siapkan soal selidik untuk edaran kepada para pelajar FTMK (UTeM) dan FSKSM (UTM) akan dilakukan serentak. Itulah cadangan awal saya. Keadaan ini perlu dilaksanakan memandangkan pengajian akademik di kampus graduating students dua fakulti tersebut sehingga semester ini sahaja, lepas itu para pelajar akan mengikuti Latihan Industri.....dimerata-rata tempat.
So...apa lagi...perlu kerja keras...
Semasa perbincangan dengan supervisor saya menyatakan pada beliau bahawa saya percaya pada diri saya bahawa saya akan dapat target yang saya nak dalam pengajian saya ini... Insyaallah...
Supervisor menambah...awak yang merancang dan awak yang melaksanakannya....segala-galanya pada awak, and you must BELIEVE TO YOURSELF...
Amin..amin... semoga saya berjaya, PERMUDAHKAN AKU YAALLAH...

Thursday, July 30, 2009

Berfikir dan terus berfikir

Apa saja yang berlaku adalah anugerah daripada Allah swt, saya perlu banyak bersabar, berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya. Setiap sesuatu yang diberikan oleh Allah tentu ada hikmah disebaliknya dan akan ada penyelesaiannya
kelak.
Apabila tidak dapat melaksanakan perancangan yang telah diatur sejak sekian lamanya, dan dengan kudrat akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah saya bergerak kepada pelan b. Idea tercetus dan saya terus menghubungi pentadbiran di 5 fakulti di UteM untuk membuat temujanji dan mendapatkan maklumat mengenai jadual akademik pelajar kumpulan sasaran saya, untuk dibuat penelitian dan perancangan seterusnya untuk pelaksanaan kajian.
Alhamdulillah untuk hari ini perancangan telah berjalan dengan baik dan mendatangkan hasil yang positif, esok ada lagi temujanji yang perlu dilaksanakan. Sungguhpun saya tidak berjaya melaksanakan perancangan pelan a, namun saya bersyukor pada Allah swt kerana telah mencetuskan idea dipemikiran saya untuk melakukan pelan b. Kegagalan perancangan memang menyakitkan, meresahkan, menghancurkan harapan dan......
Seterusnya SAYA MEMPERCAYAI SEMUA YANG TERJADI INI ADALAH DARI ALLAH SWT, ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA, DAN SETIAP SESUATU ITU AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN KE ARAH KEJAYAAN SUATU HARI NANTI....
Perkenankan hambamu ini Ya Allah

Wednesday, July 29, 2009

Batal lagi.......


allahuakbar...allahuakbar..macamana ni, sepatutnya temujanji saya dengan supervisor esok, tadi PA supervisor telefon memaklumkan temujanji untuk hari esok dengan Prof ditunda kelain hari sebab Prof akan ke Kuala Lumpur...(sedihnya ... ini adalah merupakan temujanji ketiga yang terpaksa dibatalkan).... Ayu telah mencadangkan tarikh baru pada minggu pertama Ogos ..walaubagaimanapun saya akan dimaklumkan kemudian nanti mengenai tarikh baru tersebut .


(saya kena fikirkan alternatif lain untuk teruskan perjuangan ini)Ya Alllah, berilah kekuatan, ketabahan, kesabaran dan ketajaman akal fikiran kepada hambamu ini dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Perkenankanlah aku Ya Allah. Amin.

Wednesday, July 22, 2009

23 Julai 2009 bersamaan 1 Syaaban 1430H


Esok 23 Julai 2009 adalah bersamaan dengan 1 Shaaban 1430 H.


Hadith:


Dari Aisyah r.a katanya: " Rasullullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka seterusnya. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."


Huraian:

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Kesimpulan bagi pengertian bulan Syaaban ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadan.

3. Pendapat ahli hikmah pula menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Amalan

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  1. Memperbanyakkan puasa sunat- Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksudnya: "Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  2. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasullullah SAW. Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  3. Bertaubat.

  4. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber: internet....Semoga dapat memberi pedoman kepada sesiapa yang mengingati dan mengasihi Allah. Amin


Terima Kasih Ayu

Hadiah bunga rose untuk PA supervisor....ha...ha..ha

Kelmarin PA Supervisor telepon dan memaklumkan temujanji dengan supervisor pada 30 Julai , jam 3.00 ptg telah diaturkan. Alhamdulillah....akhirnya dalam kesibukan TNC ada juga ruang yang diperuntukkan untuk pelajarnya. Makluman yang saya terima pada hari tu..bukan saya seorang saja pelajar seliaan supervisor yang ada temujanji dengan beliau. Sebelum saya ada seorang pelajar PhD lain akan berjumpa dengan beliau pada jam 2.30 ptg. Hari sebelumnya pula iaitu pada 29 Julai dah ada 2 orang pelajar yang dah buat temujanji. Sibuk...sibuk betul dan jadual padat dan penuh..
Seterusnya adalah tindakan saya untuk kemaskinikan apa-apa yang patut untuk dibincangkan dengan supervisor....perlu buat checklist dan....
Semoga saya dapat mencapai matlamat yang dikehendaki untuk pertemuan kali ini..Amin


Tuesday, July 21, 2009

i believe


he..he...he..he...he

Suatu hari di Muzium Angkatan Tentera

Kapal terbang ni...yang betul-betu tau...bukan tipunye...besar le....
Kat sini ada bom ke bang?????

Kereta api pun ada..tak gerak pun..


Keempat-empat orang anak saya berminat sangat dengan kerjaya tentera. Bila kami mengunjungi Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson pada suatu hari...wah bukan main terujanya mereka. Diantara koleksi gambar yang dipaparkan.....Afiq Ridzwan 4 tahun (baju hijau) bercita-cita nak jadi askar, doktor dan angkasawan...he.he..he..

Wednesday, July 15, 2009

PA Supervisor

14 Julai saya ke UTM atas dua alasan, pertamanya nak hantar buku libraray dan kedua nak dapatkan surat pengesahan daripada supervisor untuk dihantar kebahagian pengurusan akademik bagi tujuan untuk mendapatkan data pelajar UTM. Alhamdulillah kedua-dua perancangan dapat berjalan dengan baik. Saya juga berbincang-bincang dengan PA supervisor (A...) untuk buat temujanji dengan supervisor. Makluman yang saya terima sehingga hujung bulan Julai jadual Prof penuh. Kebetulan pula pada masa saya berbual-bual dengan A...telefon berdering-dering masuk daripada pelajar seliaan Prof mohon diaturkan temujanji dengan beliau.
Lalu A... pun bersuara, "Tengoklah puan, ramai pelajar Prof nak jumpa dia, tapi dia tak ada masa (terlalu sibuk), bahkan yang dah diaturkan temujanjipun kena batal", ada 3 proposal yang dah dihantar oleh pelajar masih belum dibaca oleh Prof, dan pelajar ni asyik telefon saya aje.. bertanyakan perkembangan proposal mereka....saya pun tak tau macam mana nak jawab.....kesian juga pada pelajar-pelajar ni".
Sebagai seorang TNC ...itulah lumrahnya, macam mana pun A... aturkan juga temujanji saya dengan Prof dan memilih dua alternatif tarikh iaitu pada 27 Julai (akan diusahakan) dan pada 4 Ogos. Maklumat mengenai tarikh sebenar akan dimaklumkan pada saya kemudian.
Satu kata-kata Ayu yang saya ingat...Puan kena kejar Prof puan...sms dengan dia dan ingatkan dia, bila dia kata ok baru boleh saya uruskan....
Lalu saya sentiasa teringat.... beginikah akan terjadi sepanjang perjalanan hidup sebagai pelajar PhD?????satu pengalaman yang indah untuk dikenang.
Namun saya sentiasa berdoa semoga saya dipermudahkan oleh Allah dan mendapat keberkatan dalam pelayaran kehidupan saya ini. Amin

Saturday, July 11, 2009

Kembali ke blog?

eh....dah bersarang blog ni....
Boleh cari bahan untuk menulis....tapi....MALAS..MALAS...MALAS..
tunggulah dulu bila rajin kembali esok-esok akan tulis balik cerita-cerita kehidupan diri. Sibuk sikit nak cari bahan untuk siapkan proposal...tak taulah bila boleh siap. Semoga Allah memberi hidayah pada saya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Wednesday, June 24, 2009

Bulan Rejab bulan Allah

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Ada apa di sebalik bulan Rejab itu? Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt,

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan 7. Barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
8. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
9.Barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Subhanallah...Allahuakbar, renungkanlah

Tuesday, June 23, 2009

How to write a manuscript/scientific article

Useful tips from friend on article writing.

How to Write a Manuscript/Scientific Article


This is based on my personal experience after publishing 4 articles (1 for local journal, 3 for international journals). Feel free to give opinions or share your own tips.
1. First thing first, decide which journal are you interested in submitting your article. For example, Atherosclerosis, International Journal of Experimental Pathology, American Journal of Pathology and Nutrition Research (to name a few) are related to my field. Choose a journal with a high impact factor (IF). For a starter, choose journal with IF between 1 to 2.
2. Surf to the official website of that particular journal that you have chosen. Browse through their Instructions for Authors. There you can find the format of the manuscript, i.e. font, line spacing, figures & tables format etc..
3. Then only you can start writing the article. Start with a catchy, concise title. Some journals prefer a straightforward title.
4. List down all author and co-authors' full names (without credentials). Normally, you are the first author (as you are the one who's writing the article) and the last author is the most important person (your main supervisor or grant owner). Don't forget to write down the corresponding author. If you are a student, normally your main supervisor would be the corresponding author.
5. Some people write the Abstract first, but I prefer to skip the Abstract section and start with the Introduction. Abstract is written after the whole manuscript is done.
6. Introduction: Normally it is divided into 3-5 paragraphs. The overall perspective of the study (1-3 paragraphs), describe briefly similar past studies and their findings (1 paragraph) and objective of your study (last paragraph). Avoid long Introduction.
7. Materials & Methods: Divide them into few subheadings, i.e. Preparation of diet, Study design, Statistical analysis etc..
8. Describe briefly every subheadings. Quote every method followed from previous studies and state any modifications, unless you invented the method yourself!! For parameters using commercial kit, state the manufacturer's names and the device used. For example, kit is purchased from Randox Laboratories Ltd. (UK) and performed using Vitalab Selectra E (Netherlands).
9. Results: People will appreciate more if you present your results in tables or figures. Then, describe briefly the important findings in few sentences.
10. Tables and figures should be self-contained. Explain each abbreviations used.
11. Discussion: The most crucial section. Usually, write a recap of the study in the first paragraph.
12. Discuss each important/significant findings. Compare your results with previous studies. Try to refer studies that can support your findings. If your results are contradictory with previous studies, explain why (may be due to different study duration? method? subject's metabolic condition?)
13. If possible, explain the mechanisms or the causes of your findings. Why did it happen? How?
14. Conclusion: Write briefly your overall conclusion. Some write suggestions for future studies, some point out the limitations of the present study.
15. Sort out your references according to the journal's format. Since we're now in 2009, it's good to use references from the year 2000 onwards. This is not applicable for quoting methods, as some established methods are from the year 1951!!
16. Abstract: Write a brief Abstract but all important aspects of the study must be pointed out. Do not cite any references in the Abstract.
17. Keywords: Choose words that you think are relevant for the article. Please check your keywords at the MEsH Database in Pubmed for internationally accepted subject headings.
18. Last but not least, give a copy of your article to each of your co-authors. Expect some major corrections. =)


From : SK ADAM

Thursday, June 18, 2009

EQS Software

Confirmatory Factor Analysis (CFA) and Multi-Samlpe Confirmatory Factor Analysis (MCFA) using the EQS Software (Bentler, 1995).
Where i can get this information?????

Successful PhD students

Tips from a friend


The seven secrets of highly successful PhD students

*Researchers who know and make use of these seven secrets get through their doctorate more quickly, and just as importantly are happier, according to the Staff Development and Training Unit, Flinders University, Australia.
1. Care and maintenance of your supervisors* Meet regularly with your supervisors (even if they think it is not that necessary)* Discuss and negotiate your progress regularly* Understand your different styles. If your supervisor keeps wanting you to follow up new leads and you are happy to, and you are five years into your study, it is time to get some outside perspective and guidance* If it is not working out, do something about it. Don't just think it will get better or that you can do it on your own
2. Write and show as you go: This is show and tell, not hide and seek* Always write and show as you go. If you are reading and not writing, after about 3 or 4 weeks you will forget what you have read* Writing and showing your work forces you to stay on track and refine your thinking* Writing is helpful because at the end you can't hand in your head full of lots of good ideas* Set deadlines for your writing and handing in. People generally don't write because of issues of perfectionism, so avoid this with deadlines* Generally it is a good idea to write journal articles (on your exact thesis topic), as you go* Practice writing with your peers, this can be very effective
3. Be realistic: It's not a Nobel Prize* When you are doing PhD you are learning how to do a PhD, you are not expected to know this in advance* Original work does not mean a cure for cancer. In reality it means one small step in advancing existing knowledge* Do not go off on tangents in the hope of answering 'The question', stay focused* You have a cast iron guarantee right now that your thesis will not, cannot and probably should not, be perfect* Separate yourself from your PhD. It's a bunch of thoughts on a piece of paper, it's not you. Put it in perspective
4. Say no to distractions: Even the fun ones and the ones you think you must do* Set priorities and be realistic about what you can do* Do the important rather than the immediately urgent* Cleaning scum build-up from the shower may be more fun than your PhD, but it won't get the thesis done. Resist this and other urges, and keep writing!* The golden rule to avoid over-commitment is don't let anything eat into your set study times, or as you would with a job, make the time up if interruption is unavoidable
5. It's a job: That means working nine to five but you get holidays* You may not work from nine to five, but you definitely need fixed hours. Otherwise how should you know when you should be working?* Set up a proper workplace. A bus station, university corridor or the lounge room with a TV on are not proper work areas* Like a job, if you take time off, make it up somewhere else. You wouldn't just not show up to work for three days with no consequences* Set deadlines and targets. There are very few jobs where the boss says "I'll see you in three years time with that report"* When you stick to your work times, you get guilt-free time off in the evenings and holidays (like a job). Don't try to squeeze more out of yourself. You'll just kill the goose that lays the golden eggs
6. Get help: You are not an owner-operator single person business* This means you are allowed to get help. Not only are you allowed, but you will greatly reduce time and effort if you do* Get help from statistics consultants, editors, methodologists, academics, peers, your supervisors...* Use any and all formal assistance in the university/institution including tutors and graduate schools, skills development and faculty staff
7. You can do it: A PhD is about intelligence and persistence* You would not have got this far if you did not have the intelligence to do it. If you feel like impostor, be reassured that most people doing a PhD feel that way* Persistence is at least as important ingredient; this comes from habits like meeting regularly with your supervisors, treating PhD like a job etc.* So in fact the final habit of a highly effective PhD researcher is to know and believe that you can do it, and when the going gets tough, keep going!

Monday, June 15, 2009

Cuti Malaysia - Kawan kahwin

Pada 10 Jun yang lalu kami sekeluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan kawan sekerja saya iaitu Pn Zawiah Mat di Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah. Dikesempatan yang ada saya sempat merakamkan dua keping gambar pengantin untuk kenangan.

Pn Zawiah dan suami bersama tetamu yang hadir

Pasangan yang seiras.....semoga berbahagia hingga ke cucu cicit

Cuti sekolah..majlis kahwin, cuti sekolah majlis kahwin. Dikampung saya sendiri ada 3 majlis kenduri perkahwinan yang dihadiri, seronok juga dapat berjumpa dengan kenalan-kenalan lama dan orang-orang kampung. Teringat masa dulu-dulu.

Cuti Malaysia - Taman Ular

Taman Ular Perlis adalah destinasi percutian kami seterusnya. Walaupun ramai yang ikuti rombongan tapi tak semua ikut masuk untuk melihat ular-ular yang ada......eh..geli ( fobia ular)
Bagi yang tak geli dan tak takut boleh bergambar dan pegang ular lagi.
Anak-anak bergambar di dalam replika mulut ular

Ahli keluarga yang berani masuk geli hati melihat gelagat budak-budak yang memegang ular

Nor Alia....berani...takut....geli.....mamaaaaa

Anwar Hadi....berani...tak takut pun, ular ni bukan nak gigit kita..apa takut.

Opss...saya tak akan sesekali pegang ular...geli...Macam-macam jenis ular ada sini. Kebanyakkannya ular tedung selar yang panjang-panjang dan besar-besar belaka. hei.... gelinya saya. Ular makhluk kejadian Allah, ada manafaatnya juga untuk manusia....tak taulah, saya tak nak ambil tau, geliiiiiiiiiii.....


Cuti Malaysia - Muzium Padi

Sempena cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeluarga telah mengambil kesempatan melawat muzium padi di negeri Kedah darulaman sempena 'balikkkk kampung'. Diantara gambar-gambar yang dapat dimuatkan semasa lawatan tersebut ;

Muzium Padi di Negeri Kedah



Anak-anak bergambar dengan replika singa yang terdapat diluar muzium



Diantara peralatan pertanian padi zaman dahulu kala yang terdapat dalam muzium




Potret lukisan yang mengambarkan empat musim padi di negeri Kedah. Ini satu saja, banyak lagi gambar lukisan yang ada. Kalau ada kesempatan akan di uploadkan kemudian.





Tuesday, June 2, 2009

Ulangtahun kelahiran Arif Najmi

Kek blueberry chocalate untuk ulangtahun kelahiran Arif Najmi yang dipilih sendiri

Kawan-kawan get ready..... mama nak ambil gambar

Arif najmi bersama rakan-rakan cilik anak-anak jiran


Satu ...dua.. tiga... rebuttttt

2 jun 2009, Arif Najmi menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tujuh tahun. Menu ulangthun kali ini ialah mee goreng (tak disentuh pun oleh budak-budak ni), keropok lekor, nugget ayam, sosej, kentang goreng, kek dan makanan ringan (bungkus untuk dibawa balik setiap seorang).
Yang paling disukainya ialah bila ada dua hadiah yang diterima daripada kekawan yang hadir. Lepas tu siap tanya....mama nak bagi hadiah apa? (opppps..mama belum lagi). Satu lagi yang diingat dan diulangnya ialah janji daripada Kak Nor nak bagi hadiah bila balik ke kampong nanti.
Budak-budak sekarang 'demanding', saya dulu tak pernah menyambut ulangtahun kelahiran seawal usia begini, bila dah berumahtangga baru sambut bersama suami. Semoga Arif Najmi dipanjangkan usia, dianugerahkan kesihatan yang sihat, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh. Amin.....