Tuesday, March 9, 2010

TERIMA KASIH YA ALLAH

Sebelum berjumpa supervisor semalam, saya sentiasa berdoa dan monolog untuk diri sendiri dan mohon Allah permudahkan urusan pengajian saya ini. Temujanji saya dengan supervisor semalam adalah untuk memaklumkan, mengesahkan dan mengambil tindakan yang seterusnya berkaitan dengan maklumbalas yang diperolehi semasa sesi proposal presentation tempoh hari. Supervisor saya hanya masuk sekejap semasa pembentangan dan selepas itu beliau ke Melaka kerana menghadiri mesyuarat. So tugas saya lah pulak untuk memaklumkan kepada beliau hasil daripada cadangan ahli panel semasa sesi tersebut.

Dua cadangan besar bagi saya daripada ahli panel ialah:
1- kecilkan skop kajian saya dan beri tumpuan pada satu universiti saja
2- dapatkan end product -iaitu sesuatu yang dihasilkan/diperolehi setelah kajian ini dihasilkan

Semasa sesi perbincangan awal saya dengan supervisor...beliau tidak berapa setuju dengan pandangan yang diberikan kerana katanya sebagai pemeriksa mereka perlu berikan tumpuan pada teknikal saja dan bukannya secara keseluruhan kajian yang akan mengubah cadangan kajian saya,dengan kata lain beliau tidak berapa setuju dengan pandangan pertama dan bersetuju dengan pandangan kedua. So...katanya saya boleh teruskan dengan cadangan kajian saya...

Perbincangan diteruskan...dan saya memaklumkan kepada beliau bahwa responden saya sekarang ini dah ada melebihi 600 orang responden, kalau saya nak teruskan dengan edaran ss di UTM saya kena buat secepat mungkin dalam masa dua minggu ini (sebab pelajar akan duduki final exam) untuk dapatkan bilangan responden berjumlah 600 orang supaya seimbang sebab nak buat perbandingan, pada masa yang sama saya diberi masa 2 bulan utk perbaiki proposal dan submit kembali. so...faktor masa..dan sekarang dah 2 minggu berlalu kerana saya menunggu confirmation dari beliau....

Dan AKHIRNYA .....dengan izin Allah supervisor berkata,"kalau macamtu ok lah tumpukan kajian u pada UTeM saja, sebab saya rasa kesuntukan masa, budak2 dah nak final ni"...

OHHHH......SYUKOR, SYUKOR ALHAMDULILLAH ...akhirnya doa dan permintaan saya dimakbulkan...so tak perlulah lagi saya nak terkejar2 utk collect lagi data kat UTM walaupun perancangan pentadbiran telah dibuat awal.

TERIMA KASIH ALLAH...TERIMA KASIH ALLAH, YANG MAHA MENGETAHUI, yang telah memudahkan kerja hamba mu ini ...permudahkan aku sepanjang pengajian ku ini sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah sis =)

suka menanti said...

assalamualaikum zila,
terima kasih kerana membaca dan memberi sepatah dua komen sbg perangsang utk akak. selamat berjuang.