Wednesday, June 30, 2010

MASA BERLALU

emmm...masa terus berlalu, sudah 2/3 masa yang diperuntukkan kepada saya telah digunakan. Baki cuma tinggal 1 tahun lagi!...progress report? adakah apa yang dirancang selama ini memberi hasil yang manafaat?...em alhamdulillah. Syukor pada mu Ya Allah selama ini apa yang dirancang berjalan dengan sempurna. Setakat ini, saya ditahap nak memproses data yang telah diperolehi dan selepas itu akan buat penulisan untuk chapter 4 dan 5.

Apa yang saya jangkakan selepas anisis data ini, penumpuan yang lebih khusus akan berlaku, mungkin aktiviti sosial akan berkurangan...dan mudah2an juga tidak terlalu membebankan saya, perkenankan Ya Allah.

Dua bab terakhir dan penulisan secara global adalah sesuatu yang klimaks bagi penulisan saya..saya perlukan kekuatan minda untuk mengharungi ini semua. Mudah-mudahan juga, saya dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini pada jangkamasa yang ditetapkan.

Ada yang tertangguh dan masih terhutang utk diri sendiri sepanjang pengajian ini adalah untuk publish 2 articles in international journal....insyaallah saya kearah itu..

Ya Allah..terima kasih Ya Allah, jadikanlah aku insan yang soleh, permudahkanlah aku dalam pengajianku ini dan berkatilah aku ya Allah. Berkatilah aku dalam apa jua kebaikan yang aku lakukan Ya Allah, kau hindarilah diriku dalam melakukan sebarang kesalahan/dosa walaupun sekelumit niat sebesar zarah Ya Allah...hanya pada mu ku mohon, kau yang MAHA MENGETAHUI....MAHA BESAR YA ALLAH

No comments: