Wednesday, December 31, 2008

Untuk anak

Hari ini ada semangat suam-suam kuku yang lebih. Berazam cuba buat sesuatu dan insyaallah akan diteruskan biar berpanjangan, demi untuk anak-anak tercinta.

Tadi saya telah bagi ujian kemahiran belajar pada anak-anak. Ujian ini ada dua modul dan beberapa aktiviti iaitu;

Modul 1 - Aktiviti 1: "Minat mesti ada, sikap mesti baik"
Aktiviti 2: "Masa bagai emas"
Aktiviti 3: "Kuasa di minda"
Aktiviti 4: "Minda yang tajam"
Aktiviti 5: "Kenang daku dan ingat-ingat selalu"
Modul 2 - Aktiviti 6: "Tak da baca punya orang, rugilah..."
Aktiviti 7: "Conteng-conteng aje"
Aktiviti 8: "Siaran Ulangan"
Aktiviti 9; "Hamba tidak gentar....hamba selalu sedia'
Aktiviti 10; "Yang mana satu?"
Maklumat ini saya perolehi daripada buku karya Zol Azlan Haji Hamidin, 1992, Terbitan Mahir Publications.

Baru aktiviti 1 yang telah dijalankan dengan cara mengedarkan satu set soal selidik dan calon dikehendaki menjawab soalan yang diberi berdasarkan likert 5 scale. Ada 3 calon yang ambil ujian ni tadi, keputusannya adalah seperti berikut;

Ammar Faiz berusia 13 tahun mendapat skor 127,( bermaksud tahap minat atau sikap sederhana)
Anwar Hadi berusia 11 tahun mendapat skor 155, ( bermaksud tahap minat atau sikap sederhana) dan
Arif Najmi berusia 6 tahun mendapat skor 219.( bermaksud tahap minat atau sikap positif)

Rumusan yang diperolehi daripada aktiviti 1 ini bahawa Ammar Faiz dan Anwar Hadi menunjukkan minat dan sikap yang sederhana terhadap pembelajaran. Disyorkan supaya mengenalpasti skor yang mendapat 3 dan kurang, dan buat pembaikan.

Bagi Arif Najmi yang mendapat skor tinggi mempunyai tahap minat dan sikap yang positif terhadap pembelajaran. Disyorkan supaya tahap minat dan sikap positif ini diteruskan.

Seterusnya dicadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan minat belajar dan sikap positif terhadap pembelajaran. kutipan ini akan dibuat poster elok-elok dan akan dilekatkan di bilik mereka secepat yang mungkin.

No comments: