Monday, June 15, 2009

Cuti Malaysia - Kawan kahwin

Pada 10 Jun yang lalu kami sekeluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan kawan sekerja saya iaitu Pn Zawiah Mat di Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah. Dikesempatan yang ada saya sempat merakamkan dua keping gambar pengantin untuk kenangan.

Pn Zawiah dan suami bersama tetamu yang hadir

Pasangan yang seiras.....semoga berbahagia hingga ke cucu cicit

Cuti sekolah..majlis kahwin, cuti sekolah majlis kahwin. Dikampung saya sendiri ada 3 majlis kenduri perkahwinan yang dihadiri, seronok juga dapat berjumpa dengan kenalan-kenalan lama dan orang-orang kampung. Teringat masa dulu-dulu.

2 comments:

Family Memoirs said...

Memang ye. Penat makan kenduri. Baru je nak longgar seluar dah ketat semula. HAri ahad lalu pergi tengok Baini anak Jamilah Md Piah kawin kat Dewan Belia Indera Mahkota. Kalau nak tengok ada gambar dia sekeping dalam my blog.

suka menanti said...

opps..dah dapat menantu ya Jamilah. alhamdulillah. dan terima kasih 2 u.