Tuesday, June 2, 2009

Temujanji dan cuti-cuti Malaysia

Siang tadi pergi ke kampus induk di Durian Tunggal dan berjumpa dengan pegawai bahagian kemasukan dan rekod pelajar, pegawai di pusat komputer dan penolong pendaftar di Fakulti Teknologi Maklumat di kampus industri. Tujuannya adalah untuk mendapatkan data mengenai graduating students for semester 2009/2010. Alhamdulillah akhirnya dapat juga maklumat yang dicari. Cuma sekarang ni, kena dapatkan maklumat dari pihak UTM pula, sebab supervisor cadangkan buat comparison study. Kena buat temujanji pula dengan pegawai di UTM untuk dapatkan maklumat seperti yang dikehendaki.
Perancangan cuti sekolah ni, nak balik kampung, temujanji mungkin selepas saya bercuti nantiiiiiii...., anak-anak, suami, adik dan saya sendiri teruja nak balik kampung nun di utara, lama juga tak balik, selalunya mak saya yang datang ke Melaka. Bila ada peluang cuti sekolah begini susun strategi le.....perancangn dah ada dalam perjalanan tu nak singgah ke situ, ke sini dan ke sinu...he..he.. tak tau le jadi atau tidak.

Apa-apa pun harapan saya semoga percutian kami sekeluarga nanti dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

3 comments:

Neeza Shahril said...

salam Kak Ida.. neeza ni ialah neeza kaunselor kuantan yang ambik tempat akak dulu.. yang selalu sibuk call tanya itu ini tu heheh... mungkin akak tak cam muka neeza sebab kita jumpa pun kejap2 aje kan..

ok said...
This comment has been removed by the author.
ok said...

Selamat bercuti. Semoga diilhamkan oleh Allah dengan ketenangan.

Fuad Latip
Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan