Tuesday, May 26, 2009

Khidmat sukarelawan

Peserta tekun menjawab soalan personaliti

Saya telah dihubungi oleh Pn Norshazreen dari Pusat Sumber Belia Melaka untuk menganjurkan klinik kaunseling belia kepada belia-belia di negeri Melaka. Perbincangan telah dilakukan dan jadual untuk saya telah diatur. Minggu ini adalah merupakan minggu yang pertama program ini bermula dan hari ini iaitu 26 Mei 2009 adalah giliran saya untuk menyampaikan maklumat berkaitan kaunseling dan kerjaya belia dan hari semalam adalah berkaitan dengan Agensi Dadah.

Kumpulan sasaran hari ini adalah kumpulan belia dari Malaysian Indian Youth Society.
Saya dimaklumkan seramai 15 orang belia akan hadir. Tapi pagi tadi cuma 5 orang saja yang mengikuti taklimat saya. Sebagai permulaan saya mengajak para belia ini mengenal diri sendiri dulu sebelum proses yang seterusnya dapat dilakukan. Ujian mengenai personaliti telah saya edarkan dan penerangan mengenai diri mereka telah dilakukan. Peserta juga bersetuju untuk mengikuti langkah seterusnya daripada proses ini iaitu 'person-environment-fit' iaitu satu proses untuk mengenali diri sendiri adakah kita sesuai dengan persekitaran kerjaya yang ada sekarang. Temujanji perlu diatur dengan pengurus program. Jika ada kekosongan peserta yang berminat boleh ikut serta.

Hazreen pernah memaklumkan pada saya, puan apa yang puan buat ni, tak ada bayaran tau sebab Pusat sumber tak ada peruntukan untuk membayar penceramah. Saya berkata padanya tak apa, lagipun bidang ini adalah bidang saya, dan apa yang saya sedang buat research sekarang ni pun adalah berkaitan dengan kerjaya, jadi tidak jauh sangat melencongnya tu, tambahan lagi rumah saya tak jauh dengan pusat sumber belia, dan tak jadi masalahlah bagi saya. Kalau begitu dan puan setuju terima kasih banyak kerana puan sudi berkhidmat untuk kerajaan negeri Melaka.
Satu ketika saya teringat kata-kata ini,"dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung", "bila saya diajak disitu saya berkunjung". Ini bukan lah kali pertama berlaku pada saya, yang sama juga pernah berlaku semasa saya berkhidmat di negeri Pahang, saya juga dijemput untuk memberi khidmat bakti pada anak negeri Pahang. Disebabkan trait personaliti MENOLONG dalam diri ini berada dalam kategori tinggi maka saya tidak hairan perkara sebegini akan terus berlaku dan berlaku dalam hidup saya.

Saya bersyukur dan bersyukur kerana ia adalah sesuatu yang baik yang dapat saya curahkan pada masyarakat selagi diperlukan dan selagi hayat dikandung badan. Semoga apa yang dilakukan diberkati dan diredhai oleh Allah swt dan mendapat hidayah dan petunjuk daripada Yang Maha Esa. Amin

No comments: