Saturday, January 30, 2010

AMOS semoga menjadi kenyataan

SPSS dah biasa, AMOS sekarang ni tengah belajar, Nvivo hanya pernah dengar nama, belum pernah tengok, belum pernah mencuba atau belum tau apa2 pun. Itulah diantara software2 yang ada dalam kepala yang rasa2nya perlu ambil tahun buat masa ini. Yang pasti dan sedang dipakai hanya SPSS setakat ini, dua yang lain tu dalam perancangan nak guna, cuma ilmu belum mantap dan insyaallah, akan cuba ikhtiar untuk menjadi pengguna yang baik terutamanya UNTUK ANALISIS DATA PENGAJIAN SAYA INI. Sekiranya saya dapat keyakinan diri yang mantap untuk pakai AMOS....oh syukor alhamdulillah...SPSS dah jadi outdated dan Nvivo is not relevan anymore.

Tapi tu la kena ingat nasihat orang tua2, ..."dengar guruh dilangit air dalam tempayan jangan dicurahkan"...walaupun AMOS terbaik, SPSS jangan dilupakan dan jangan ditinggalkan, kelak merana badan langsung tak dapat nak analisis apa2. Namun jauh disudut hati saya masih mengejar AMOS...so..kelas di UIA tetap akan diteruskan demi menyempurnakan lagi ilmu yang berkaitan....sekali lagi jasa Prof. Dr. Saharin tetap dikenang sepanjang hayat. Bertuah betul seorang pendidik seperti beliau yang tidak lokek ilmu didada sedia membantu sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat daripadanya.

Inilah seorang pendidik sejati ...
yang sentiasa akan diingati
dan didoakan kesejahteraannya kepada Ilahi
oleh murid seperti saya ini.....

Ya Allah ya tuhanku kau ampunkan lah dosa guru ku ini, KAU berkatilah dia dan keluarganya dan orang2 yang hampir dengannya, limpahkanlah hidayah padanya dari segi ilmu duniawi dan ukrowi, sihatkalah tubuh badannya Ya Allah, permudahkanlah dia YaAllah dan jadikanlah dia dikalangan orang2 yang beriman yang mendapat hidayahmu Ya Allah. Amin.

Ya Allah kau permudahkan aku Ya Allah semasa belajar bersama guruku ini, redhokanlah ilmu yang diberi kepada ku Ya Allah, permudahkan lah aku Ya Allah, mudah2an ilmu yang aku perolehi ini amat berguna dalam pengajian ku ini demi untuk mencapai hasrat dan cita2 ku yang telah kau cetuskan dalam minda ku ini Ya Allah...Amin..amin Ya robbal'alamin..perkenankan aku Ya Allah.

No comments: