Wednesday, January 27, 2010

Syukor pada mu Ya Allah

Semalam 26 Januari, saya ke UTM Skudai, berjumpa dengan supervisor memaklumkan progress report mengenai pengajian saya.

Sebelum saya ke UTM saya telah memaklumkan kepada pentadbir2 di tiga fakulti yang terlibat iaitu FKM, FKE dan FSKSM bahawa saya akan berjumpa mereka untuk dapatkan maklumat mengenai jadual pelajar dan pensyarah2 yang terlibat dalam pengajaran untuk saya hubungi memohon kebenaran untuk mengedarkan soal selidik di dalam kelas mereka. Alhamdulilah apa yang saya rancang dan harapkan dimakbulkan oleh Allah, apa yang saya kehendaki telah dapat dan langkah seterusnya perlu saya susun dan atur.

Semasa pertemuan saya dengan suervisor dilema yang saya hadapi tatkala ini mengenai kelewatan panggilan untuk sesi temubual proposal telah saya luahkan pada supervisor, saya dah hantar proposal pada akhir bulan November dan kini akhir Januari masih belum dipanggil..dan ini telah mengganggu perancangan saya...

Maklumbalas positif yang saya perolehi daripada supervisor memberikan harapan kepada saya, jadi saya akan teruskan tindakan yang seterusnya yang telah dirancang. Surat pengesahan kepada TNC UTeM telah diperolehi, jurnal writing telah ditunjukkan kepada beliau dan perlu buat penambahbaikan. Lit.Rev perlu sentiasa dikemaskini dan dimantapkan. Sentiasa kena cari bahan dan baca.

oppssss...supervisor juga memberi maklumbalas yg positif mengenai apa yang saya lakukan kini terutamanya mengikuti SEM class at IIUM....katanya...look interesting and go ahead with what i am doing now, and if SEM with AMOS can produce better results, u can try this method and software.....

Alhamdulillah..alhamdulillah mudah2an apa yang saya lakukan kini akan mendapat manafaat yang berganda untuk pengajian saya ini. Mudah2an juga, Prof Saharin, SEM dan AMOS adalah antara variables yang akan menjadi pendorong dan pengerak untuk saya terus berjuang bagi menghasilkan yang terbaik dalam penulisan kajian saya nanti...

Ya Allah, perkenankan aku Ya Allah, permudahkan aku Ya Allah, kuatkan semangatku Ya Allah dalam mengharungi dan menempuhi ranjau duri dalam pengajian ku ini. Hanya ENGKAU yang mengetahuinya Ya Allah. Amin.

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. harap semoga kekal lancar semuanya.. zila belajar kat new zealand. univ of waikato, phd, bioprocess engineering :)

suka menanti said...

zila,
salam siber, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan memberi komen.

Anonymous said...

no worries. keep in t0uch k. :)