Tuesday, January 19, 2010

Menunggu panggilan

Minggu lepas selepas berbual dengan pihak pentadbiran di Fakulti Pendidikan UTM, saya di maklumkan bahawa panggilan untuk viva proposal telah dapat tarikh iaitu samada 18, 20 atau 22 Januari 2010 iaitu bersamaan dengan hari Isnin, Rabu atau Jumaat.Katanya tunggu sehari dua lagi dia akan buat panggilan kepada saya mengenai salah satu tarikh yang dipersetujui.

Tunggu..tunggu dan tunggu panggilan untuk confirm sampai hari Jumaat 15 haribulan tak ada juga panggilan....opsssss, apa sudah jadi ni...

Jam 9.00 pagi pada 18 Januari saya call lagi fakulti,maklumat yang saya terima, supervisor saya cuma boleh luangkan masa pada 20 Januari saja iaitu hari Rabu dan calon telah ditetapkan iaitu ..Ms X,...alamak frustnye...bila giliran saya ni...Lagi panggilan dibuat pada fakulti memaklumkan situasi saya supaya dipercepatkan masa menunggu ni...setidak2nya hujung bulan Januari ni saja...alasannye responden saya adalah final year students, nanti mereka bercuti..susah le saya.

Tak cukup dengan tu saya call pula PA supervisor memaklumkan situasi saya dan bertanyakan waktu kelapangan yang boleh di isi pada diari supervisor. Katanya..hari rabu ni bila berjumpa dengan pihak pentadbiran dia akan berbincang lanjut dengan mereka dan akan maklumkan pada saya secepat mungkin dan katanya dia cuba aturkan minggu depan dalam jadual prof.

Alamak...so saya kena tunggu lagi le?Tunggu..tunggu sampai bila?

2 comments:

Anonymous said...

just pray for the best sis :) i noe u can do it.

suka menanti said...

lollipop,
thank you.