Friday, January 29, 2010

Membakar semangat

Baru habis edit article writing untuk dihantar pada jurnal PERKAMA dan untuk International Conference Communication D....Untuk ICCD dah hantar pada prof minta dia go through kalau2 ada yg perlu diperbaiki dan utk PERKAMA baru saja contact PM Dr Zuria minta maklumat terkini writing article format PERKAMA, in case have any changes. Format lama masih ada lagi.

Semalam sempat juga senaraikan bilangan sample yang akan dibuat kajian di dua lokasi yang telah ditetapkan, jadual pelajar telah diperolehi, contact pensyarah dah ada, insyaallah hari isnin nanti akan bermula operasi calling for an appointment....seterusnya akan disusuli dengan edaran soal selidik. Dalam masa dua hari ini perlu dikemaskinikan lagi soal selidik sekiranya nak ditambah atau digugurkan apa yg patut sebelum membuat salinan yang banyak.

At the same time ingat kata prof,...search for literature review and do a lot of reading...yeahhhhh, Bab nak membaca ni..yg lemah sikit sebab kadang2 boleh terpejammmm.

Walau bagaimanapun, saya harus tabah dan kuat semangat dan perlu rajin dalam mengharungi perjuangan yang belum selesai ini, banyak lagi yang perlu saya tempuhi. Kegembiraan terbayang diruang mata sebagaimana saya mendapat khabar kawan saya di PBPI yang telah mendapat kelulusan senat untuk dapat Dr....ohhhh syukor alhamdulillah dan tahniah pada Dr.Asiah Mohd Pilus. Semoga perkabaran gembira ini membakar semangat saya supaya terus tabah dan kuat berjuang dalam arena yang saya ceburi.

Ya Allah ampunilah hambamu ini, berkatilah aku, redhokanlah perjuangan ku ini, PERMUDAHKAN AKU YA ALLAH DALAM APA JUA URUSAN KEHIDUPAN KU INI. AMIN-AMIN YA RAOBBALALAMIN.

No comments: