Friday, April 17, 2009

Penyakit Kanser

Semalam selepas Isyak saya dan suami menghadiri majlis membaca yaasin dan tahlil untuk arwah anak kawan saya yang telah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tulang. Bila dihitungkan kembali sudah tiga orang yang dikenali telah meninggal dunia akibat kanser. Yang pertama kerani dibawah seliaan saya meninggal kerana kanser payu dara, yang kedua bekas housemate semasa di Kuantan meninggal kerana kanser payu dara dan yang terbaru anak rakan baik saya meninggal juga kerana kanser.

Kata ibu kepada armahumah....kami sekeluarga redho kerana anak saya tu dah sakit lama, dah tiga tahun...( umurnya 14 tahun sebaya dengan anak sulung saya) tak tahan tengok sakit yang dideritainya.....penyakit macam ni memang kita dah jangka apa akan berlaku, cuma cepat atau lambat saja. (sebak didada, bergenang si air mata)

Untuk itu disini saya ingin coretkan sedikit tanda-tanda penyakit kanser ini untuk tatapan dan peringatan yang diperolehi daripada laman web...

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas
bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut
dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit
dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,
cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan
mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan
(infection).
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

Semuga dapat memberi manafaat kepada sesiapa saja. Ya Allah sehatkanlah tubuh badan kami, sehatkanlah pendengaran kami, sehatkanlah penglihatan kami dan jauhilah kami daripada segala bahaya. Amin

2 comments:

My Stories and Me said...

Thanks for sharing. Memang bermanfaat. Mudah-mudahan satu hari nanti ubat cancer akan ditemui saintis.

suka menanti said...

The one and only..

Sama-sama, semoga kita dijauhi dari penyakit ini dan sihat walafiat dan dapat mengerjakan amal ibadat pada Allah dengan lebih sempurna.Amin