Thursday, April 2, 2009

Ikan Koi




Pagi 1 April 2009 didapati 6 ekor ikan peliharaan saya mati di dalam kolam. Dah setahun lebih saya pelihara ikan koi tersebut, daripada sebesar 2 jari dah mencecah sebesar telapak tangan. Jika ditimbang anggaran seekor hampir 400 gram. Harga ikan koi itu saya beli dengan harga rm 2.00 seekor, bila dah besar macam sekarang anggaran harganya sekitar rm 60.00 seekor.
Minat memelihara ikan koi ini timbul bila saya ada kolam air terjun di rumah, jadi untuk memeriahkan lagi kolam tersebut, maka saya peliharalah ikan koi. Pada asalnya saya tak suka juga nak pelihara binatang ni, tapi lama kelamaan jadi suka pula, terutamanya bila tengok ikan-ikan ini berenang-renag didalam kolam. Tambahan lagi ikan koi ini berwarna warni dan nampak cantik. Bina kolam sebab saya suka bunyi air terjun, hilang rasa tension dan penat bekerja.
Kebiasaannya saya dan pembantu rumahlah yang akan mencuci kolam ikan bila ada sampah atau daun-daun kering. Tapi akhir-akhir ini kolam tidak dicuci dan lampu UV pula rosak ( pembantu rumah dah tak ada dan diri sendiri sibuk nak siapkan assignment), inilah yang menyebabkan air kolam tu berlumut banyak dan besar kemungkinan kekurangan oksigen dalam air yang menyebabkan ikan-ikan koi itu mati. Makan tak cukup? tak mungkin berlaku sebab tiap-tiap hari bagi makan.
Bila dah terjadi begitu terpaksalah sepagian saya mencuci kolam tersebut dan mengalihkan ikan-ikan yang masih ada ketempat baru. Selepas itu barulah saya pergi kekedai ikan mencari lampu UV untuk mengganti yang telah rosak disamping itu sempat juga membeli 5 ekor ikan koi baru (anak) untuk dipelihara semula bagi menggantikan yang telah mati.
Kata jiran saya, kalau ini berlaku pada dia, dia akan menangis tengok ikan-ikan peliharaan kita
yang dah besar-besar mati. Tetapi ini tidak berlaku pada saya. Bagi saya, ini sekadar hobi, dan yang pasti semua yang hidup pasti akan mati, ikan daripada kecil saya bela bila dah besar dia akan mati, ikan tak akan kekal hidup selama-lamanya. Bila ikan tu mati, saya beli ikan lain. Tak ada masalah. Cuma sedikit sedih tu adalah.
Bagi saya begitulah hidup ini, yang tiada diadakan, yang kecil menjadi besar, YANG HIDUP PASTI AKAN MATI. CUMA KITA TAK TAHU BILA IANYA AKAN BERLAKU.
Ya Allah matilah aku dalam keadaan beriman. Amin



No comments: