Monday, April 27, 2009

Akhirnya Faiz & Najmi berjaya







Akhirnya Faiz dan Najmi...BERJAYA...

Dua minggu yang lepas Ammar Faiz dan Arif Najmi telah menghadiri ujian taekwondo di Sekolah Rendah Lereh, Tanjung Keling Melaka, ( ujian penentuan peningkatan taekwondo anjuran Kelab Taekwondo - Koryo Taekwondo Academy, Melaka). Ammar Faiz telah berjaya dalam ujiannya untuk mendapatkan tali pinggang MERAH daripada tali pinggang BIRU setelah dua kali mencuba. Arif Najmi pula telah berjaya mendapatkan tali pinggang HIJAU daripada KUNING.

Sementara Anwar Hadi kekal dengan tali pinggang HITAM MERAH ( teratas diperingkat sekolah rendah). Hadi tak boleh dapat tali pinggang hitam lagi sebab dibawah peringkat umur. Buat masa kini Anwar Hadi berehat seketika dan akan aktif balik selepas memasuki sekolah menengah nanti untuk dapatkan tali pinggang HITAM.

Afiq Ridhwan pun kata dia nak ikut taekwondo...(dia putih le..) so kat umah memang keempat-empat orang ni akan bertaekwondo / dan bergusti sesama mereka.
Suka tengok gelagat budak-budak ni...

2 comments:

Asmara said...

Teringat juga masa sekolah belajar taekwondo, sayangnye tak habis hingga belt hitam, berhenti setakat belt biru sebab dah nak SPM waktu tu. huhu..

suka menanti said...

asmara,
kalau boleh biar anak-anak semua sekali dapat tali pinggang hitam.
Kalau ada guru yang nak terima maknya jadi anak murid akak pun nak ikut.he..he