Monday, April 20, 2009

Basikal baru

Ini merupakan basikal yang entah keberapa yang telah dibeli. Baru dibeli pada hari sabtu 18 April 2009 yang lalu. Niat yang utama adalah untuk kegunaan anak sulung ke tempat mengaji quran di rumah jiran di kawasan perumahan yang sama, kegunaan kedua adalah untuk saya cycling petang-petang sebagai satu aktiviti riadah yang baru selain daripada jogging/walking.

Bercakap pasal bersenam akhbar mingguan malaysia 19 April 2009 dalam ruangan kesihatan ada memuatkan penulisan mengenai aktiviti bersenam iaitu berjalan kaki baik untuk jantung.
Dalam ruangan ini juga ada menyebutkan ;

"soalselidik mendapati 70 peratus golongan dewasa tak bersenam dan 60 peratus daripadanya memberi alasan tiada masa. Cuma 11 peratus golongan dewasa di Malaysia bersenan tiga kali atau lebih seminggu"
Berapa kali saya bersenam untuk seminggu?Ha..ha..ha (malunya kadang buat kadang tak buat, kalau ikut jalan kaki tu, rasanya banyak langkah juga le dalam sehari...tak terbilang, naik turun,naik turun dan ke hulu kehilir dalam rumah, berpeluh juga le...hinggakan selepas zohor tu kena tukar baju lain)
Dalam artikel ini juga ada menyatakan apabila kita bersenam ada beberapa faedah untuk jantung kita seperti berikut:
  1. Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan.
  2. Mengawal berat badan ( ni yang best ni ).
  3. Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi.
  4. Meningkatkan tenaga.
  5. Membantu mengurangkan tekanan.
  6. Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat ( ini pun best juga)
  7. Membantu mencegah atau mengelak penyakit kronik dan penyakkit yang ada kaitan dengan proses penuaan.

Mudah mudahan saya dapat memantapkan lagi aktiviti bersenam saya supaya badan (fizikal), emosi dan spiritual saya sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Amin

2 comments:

My Stories and Me said...

You dah dengar berita tak Cikgu Samsuri jiran betul-betul sebelah rumah I di taman guru tu dapt cancer paru-paru? Sekarang ni dia sedang jalani chemoteraphy, kesian dia, lemah dan tak de selera nak makan. Sama-samalah kita berdoa semoga dijauhi segala penyakit yang susah diubati. Memang kita kena aktif, tambah-tambah pula umur dah meningkat ni, susah betul nak turun berat badan.

suka menanti said...

The one and only.

Ya ke... kesian dia, semoga beliau dilindungi Allah.