Friday, April 3, 2009

Selesaikan tugasan!!!!

Ingatkan saya yang lewat dalam membuat sesuatu tugasan, rupanya tidak..... selepas bercakap dengan kawan yang mengambil subjek stat 2 bersama-sama, rupanya beliau masih belum buat lagi.

Alasan yang diberi dia nak siapkan tugasan subjek yang lain dulu dan lepas tu, minggu depan barulah nak tumpukan pada stat 2. Saya maklumkan pada dia saya akan cuba habiskan juga tugasan ini pada minggu ni sebab itu adalah janji pada diri saya dan lepas tu saya tunggu sehingga dia dah siapkan tugasannya dan bolehlah kita berjumpa selepas tu untuk kemaskinikan apa yang mungkin tak terjawab. Besar kemungkinan pada minggu depanlah saya akan berangkat ke UTM untuk perbincangan terakhir dan seterusnya untuk menghantar assignment stat 2. Cadangan saya pada dia nak bawa printer sekali, bolehlan print dan binding kat sana nanti. Dia setuju dan minta saya tunggu dia call saya dan dia akan cuba siapkan tugasan dia nanti.

Kami juga bersetuju sekiranya tugasan ini dah disiapkan dan dihantar bolehlah kami concentrate pada research. Tambahan lagi janji saya dengan supervisor untuk bentang proposal padanya minggu pertama Jun 2009.

Lepas ni bolehlah saya search beberapa variable yang masih lagi belum cukup maklumat untuk dimasukkan dalam proposal saya. Terutamanya variable yang dimaklumkan oleh Prof,.... hai apalah keywordnya.....?Alamak mudah-mudahan saya dapat cari maklumat yang dikehendaki secepat mungkin.

Ya Allah permudahkanlah aku, berkatilah aku dalam perjuanganku ini. Amin

2 comments:

Asmara said...

Salam,

Kak resepi amik kat sini, tp ubah sikit buat separuh adunan sebab loyang kecik. hihi..

http://chetambiz.blogspot.com/2005/12/kek-coklat-kukus-zaima-kek-coklat.html

boleh cuba yg mana2. Gambatte(Selamat maju jaya)!!

Asmara said...

Salam,

Cuba akak google guna keyword 'kek coklat kukus chetam' Insyaallah jumpa. Saya rasa resepi yg ni mudah sikit nak buat. sebab sukat guna cawan2 je. hehe.. kat rumah tak ada penimbang lagi.

Sekali lagi Gambatte!! :)