Friday, April 24, 2009

Ulangtahun kelahiran












Pagi-pagi lagi Anwar Hadi dah tanya...Mama tak ingat ke hari ini hari apa?
Hari ni hari Jumaat..kenapa?
Bukan..hari ni hari apa... ( saya faham maksud yang nak disampaikan tu..)
Sayapun menjawab...Mama ingat...HARI INI HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.....24 April ..

Ya, hari ini hari ulangtahun kelahiran suami tercinta yang ke....kebiasaannya sama ada harijadi saya atau suami anak-anak yang sibuk minta dibelikan kek.....sebabnya mereka pun sama-sama nak potong kek birthday. Untuk kali ini tak rancang lagi, sebab budak-budak sekolah sampai petang, dan esoknya pula bercadang nak balik kampung suami di Rompin.
Besar kemungkinan akan disambut di kampung bersama-sama dengan ibu mertua kerana ibu mertua hari kelahirannya pada 16 April yang lalu. Boleh lah dibuat bersama-sama...
menunya? oppssss..belum fikir lagi, kek coklat? barbeque ayam? satay?...atau apa?

Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh Allah sbwt kepada suamiku dan ibu mertuaku. Dapat mengimarahkan lagi amal ibadat kepada Allah sbwt Amin.





2 comments:

Asmara said...

Selamat ulangtahun kelahiran utk En Joe. Bolehlah buat kek coklat, anak2 mesti suka sekali. hihi.. :)

suka menanti said...

asmara,

niatnya tu ada, nak buatnya bila tak tau lagi...