Thursday, January 22, 2009

Pengalaman kekawan

Ada kawan dah tamat belajar PhD. Setelah buat minor correction, so kiranya dah boleh dapat Dr lah tu tak lama lagi. Saya berjumpa dan berbual sambil ingin mendapatkan tips atau petua bagaimana pengalamannya dari mula sehinggalah dia berjaya. Apa yang sempat saya bercakap dan kumpul maklumat daripada dia dan daripada kekawan yang lain ialah;
  • kita keseorangan dalam melayari perjalanan hidup ini.
  • kita akan lebih mengenali diri kita - siapa aku sebenarnya.
  • kita akan lebih dekat dan menyayangi Allah kerana denganNYA lah tempat kita mengadu segalanya.
  • banyakkan berdoa, bersembahyang sunat, dan setiap kali nak buat sesuatu yang baru, sembahyang hajat dan mohon petunjuk pada Allah.
  • disiplin diri yang paling utama sebagai seorang pelajar.
  • selalu berhubung dan bertanya kekawan yang ada pengetahuan bila hadapi masalah, jangan sendirian.
  • buat refleksi pencapaian diri, apa yang telah diperolehi sepanjang pengajian.
  • aturkan temujanji dengan penyelia dan juga dapatkan pandangan daripada orang lain.
  • dan lain-lain

Semoga tips yang sempat dikumpul ini akan bermanafaat untuk saya melayari kehidupan ini. Mungkin ada banyak lagi yang tak tertera di blog ini. Semoga saya mendapat hidayah daripada Allah dalam menghadapi kehidupan ini.

4 comments:

ok said...

ya betul. Tetapi kalau kita sentiasa komunikasi dengan Allah, belum buat PhD pun akan rasa. :D

Anyway...apa yang dikatakan itu memang betul.

Jiwa Positif dan Hidup berTuhan

suka menanti said...

ManMonCang,

terima kasih untuk ini dan yang seterusnya kerana saya subscribe notes anda.

semoga Allah berkati saudara

Roza said...

Assalamualaikum suam kuku,

Ingati Dia, Dia pasti dekat dengan kita.

Cadangan - cuba dapatkan buku "Phd kecil tapi Signifikan" terbitan UPENA UiTM, tulisan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim.

suka menanti said...

Roza,
Terima kasih atas cadangan, saya akan cuba cari buku tu.