Thursday, February 12, 2009

Hajat Tak Kesampaian

Selepas maghrib pada 11 Februari 2009, dapat sms daripada kawan yang sedang belajar di UPM bahawa pensyarah PM Dr Lily Mastura telah kembali kerahmatullah. Tanganpun cepat merayap pada digit-digit dihandphone dan memaklumkan pada kekawan yang lain yang pernah dididik oleh beliau. Lalu kata putus telah dicapai antara saya dengan kawan untuk menziarahi jenazah dirumah beliau. Saya cuba dapatkan alamat rumah beliau daripada profesor yang berkaitan dan cubaan saya untuk mendapatkan maklumat tersebut berjaya. Maka pada 12hb sekitar jam 8.00 pagi saya bertolak dari Melaka ke UPM Serdang untuk berjumpa dengan kawan dan terus kerumah beliau berdasarkan alamat yang diperolehi. Akhirnya kami berjaya mencari lokasi rumah yang dicari tetapi sunyi sepi, akhirnya kawan saya menelepon kawan sepengajian beliau yang juga berhasrat ingin menziarahi jenazah.

Kami dimaklumkan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Bt 10 Cheras. Terpaksalah kami cari pula dimana Masjid Bt 10, Cheras. Dua tiga kali berpusing dan bertanya budak pengawal taman, bertanya penjaga stesyen minyak, bertanya kakitangan di Dewan.... bertanya pihak polis, dan akhirnya bertanya petugas di tol lebuhraya. Puas berpusing dan dua tiga kali kena bayar tol, tak juga berjumpa. Akhirnya kami berhenti disatu lagi stesyen minyak petronas dan kawan saya bertanya kawan beliau, khabar yang diterima ialah jenazah telah dibawa turun dari masjid dan akan dibawa kekubur yang terletak jauh juga dari masjid tersebut. Jam pada waktu itu pukul 11. 40 tengahari ( sudah tentu jenazah akan dikebumikan sebelum waktu zohor). Akhirnya kami mengalah, dan berkata sesama kami, hajat kita tak kesampaian untuk melihat jenazah, puas berpusing masjid tak jumpa.

Niat kita ada, Allah yang menentukan, kita sedekahkan al-fatihah semoga guru kita itu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

2 comments:

Asmara said...

Salam menziarah kak, very nice blog. :)

WaNNi said...

wah kak norida pun ada blog,cayalah.niwey blog kisah ibu baru tutup dulu, sambung kat www.daristanton.blogspot.com