Wednesday, February 18, 2009

Mak Saya

Jam 9.30malam tadi, saya menghantar mak ke stesyen bas untuk balik ke Kedah. Keputusan balik ke Kedah dibuat tengahari tadi apabila dapat tahu kakak kat Kedah tak dapat nak cari kunci rumah mak untuk ambil pasport mak dan poskan ke Melaka. Jadi mak pun buat keputusan, biarlah aku balik dan ambil sendiri pasport tu.

Ambil Pasport? Ya, mak nak ambil pasport dia sebab nak ikut saya dan kakak ikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh persatuan wanita di universiti ke Bandung dan Jakarta.So, apa yang hairannya?

Ape tidaknya, tau tak berapa usianya? ......

Mak saya seorang wanita yang tabah, kuat, bersemangat dan cekal. Zaman mudanya penuh dengan pancaroba dan berbagai pekerjaan yang dilakukannya.
Hasil kerja kuatnya beliau boleh buat rumah batu, mengerjakan haji dan umrah hasil titik peluhnya. Disamping itu beliau juga pandai menyimpan dan menabung dan mempunyai simpanan yang boleh tahan juga.

So bila saya bagi tau hasrat dan tujuan diatas, dia pun kata ...aku nak ikut, aku ada duit. Nak buat apa aku simpan duit banyak-banyak, nanti bila aku mati anak-anak bergaduh pasal duit, seperti yang telah aku dengar dan lihat..

Saya pun kata, oklah tak apa dan dah daftarpun nama mak dan nama kakak..
Mak saya seorang yang mempunyai semangat yang kuat dan kental...tau berapa umurnya? ....

Saya pernah bagi tau seorang kawan dulu, mak saya ada kat rumah menemani saya disamping itu dia juga memasak...kawan saya kata, you bagi mak you memasak...pada tahap umur macam ni,...mak i lebih muda daripada mak u, dan dah tak kuat dah, i suruh dia duduk diam-diam saja, kata kawan saya.

Tapi, mak saya bukan orang macam tu, dia tak boleh duduk diam dan dia minat memasak, kalau aku duduk diam dan tak buat kerja apa-apa aku rasa nak demam..kata mak, so..aku kena buat sesuatu..alahai mak,

Berapa umur MAK.. , Mak berumur 86 tahun, hanya sakit sendi-sendi, kalau berjalan mak tak rasa sakit, tapi kalau duduk saja rasa sakit...dan malam tadi mak balik sendirian ke Alor Setar Kedah, dan ini bukan kali yang pertama.

Aduh mak saya, semoga mak selamat sampai ke Alor Setar dan kembali ke Melaka. Semoga Allah melindungi beliau dan mempermudahkan beliau semasa diperjalanan. Amin


4 comments:

Asmara said...

Eh akak pun pegi Bandung jugak yer.. nih last minit punya program kesidang. Selamat bershopping di sana ya!! *kalo x ke Jepun 27hb confirm nak ikut gak! hehe..

kakfid151 said...

Wah...bestnya gi bandung puan... Cemana dengam maid dah ambil yang baru ke?

suka menanti said...

asmara,

insyaallah kalau diizinkan Allah akan ikut, sebab AJK lama dijemput, selamat berangkant ke Jepun.


kakfid151,

Dah ada maid baru, so far alhamdulillah.

My Stories and Me said...

Assalamualaikum my dear friend. Inilah pertama kali saya buka your blog! Menariknya kisah your mom. This gives me a great idea to write about my mom. She's 71 years old but right now she's not feeling too well. I ada blog jugak tapi mintak maaflah, sebab I tulis all in English. Buat gitu ada sebab,bukannya saje2 nak eksyen, supaya my sister-in-law kat US nu faham. Dia selalu gak tengok my blog. Salam buat Jo dan anak2 semua. Take care and keep in touch.