Wednesday, February 4, 2009

Santapan Rohani

4 Februari 2009, wanita TTU 31 telah menganjurkan siri ceramah kali kedua. Ustaz Zaini daripada JAIM adalah penceramah jemputan. Topik yang dikupas ialah 'Bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bertakwa dan bermotivasi'. Intipati yang diperolehi ialah didikan anak-anak hendaklah melalui; didikan agama, sulami dengan kasih sayang. Terapkan nilai-nilai kepimpinan melalui teladan kepada nak-anak. Contohnya jika ibubapa mahu anak-anak mendirikan solat, ibubapa perlu tunjukkan bahawa mereka adalah ibubapa yang taat bersolat pada Allah, dan cara yang terbaik ialah dirikan solat berjemaah bersama ahli-ahli keluarga.

Anak-anak perlukan belaian dan perlu disayangi, sekiranya ibubapa ingin memarahi anak-anak perlulah memarahi anak itu ketika bersendirian dengannya, sebab tak semua anak-anak dapat menerima teguran di hadapan adik beradiknya yang lain..

Antara lain, pemakanan kepada anak-anak juga perlu dijaga kerana ini akan membentuk perkembangan minda dan keperibadian mereka. Ustaz juga menekankan bahawa doa ibu adalah yang paling mustajab untuk anak-anak, maka lakukanlah berulang-ulangkali dan tanpa rasa jemu berbicara dengan Allah demi untuk keberkatan anak-anak yang kita sayangi. Mudah-mudahan satu hari nanti DOA SEORANG IBU YANG IKHLAS UNTUK ANAK-ANAK AKAN DIMAKBULKAN OLEH NYA. AMIN.

No comments: