Saturday, March 21, 2009

4 jam perjalanan 20 minit supervisor

Perjalanan dari Melaka ke Skudai mengambil masa selama 2 jam. Sampai di UTM jumpa supervisor cuma 20 minit (dia ada hal lain), bertolak balik ke Melaka ambil lagi 2 jam. Itulah hakikatnya yang berlaku pada 20 hb Mac yang lalu. Kalau difikirkan berbaloi ke tidak berbaloi?....tiada jawapan....

Apa yang diperolehi semasa 20 minit berjumpa beliau adalah, saya mencadangkan tiga variables dalam kajian iaitu social support, self-esteem dan CDMSE, supervisor suruh cari lagi satu yang terkini iaitu berkaitan ICT knowledge dan mungkin ada kaitan dengan kajian yang akan saya lakukan...tajuk yang dicadangkan pada dasarnya dipersetujui dan dia kata dia faham apa yang saya nak kaji dan saya berada di right track... katanya.

Perbincangan dengan dia juga bersetuju untuk saya bentangkan proposal saya pada dia dulu pada minggu pertama Jun 2009, dan saya akan cuba laksanakan, sebab itu adalah janji saya, dan lepas tu kena buat pilot study lagi dan persiapan untuk dibentangkan kepada ahli dalam fakulti. Selepas ini kena banyak lagilah masa saya untuk search lagi dalam internet untuk cari variable baru yang dicadangkan disamping memulakan penulisan apa yang ada.

Apa-apapun saya amat bersyukor Alhamdulillah kerana perancangan untuk saya berjumpa supervisor terlaksana walaupun dalam masa yang singkat, dan saya juga dapat install spss version 16 pada laptop saya dan semuanya ini mengikut perancangan dan ketentuan dari Ilahi.

Semoga selepas ini saya dapat merealisasikan impian yang terdekat seperti yang telah dirancang, dan mudah-mudahan saya akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah sbwt dalam melayari perjalanan hidup ini. Amin.

2 comments:

Family Memoirs said...

Assalamualaikum, apa khabar? Sorry tak dapat jumpa masa you kat Kuantan hari tu. Masa tu kami di UB! Ada sepupu Mustafa datang visit dan bawak dia jalan-jalan kat kampong sebelum bawak dia ke Kuantan. Nampaknya akan sibuklah awak menulis research ye? Didoakan supaya semuanya berjalan lancar. Kita pun ada blog jugak. Maaflah sebab tulis in English. Bukannya nak eksyen tapi takut my sister in law tak faham kalau tulis in Malay. Dia ada juga belek-belek I punya blog. Take care and good luck. MM, KPTM Ktn.

suka menanti said...

family memoirs

waalaikumsalam..
terima kasih melayari blog saya dan terima kasih mendoakan saya, belum ditentukan Allah untuk kita berumpa walaupun dua/tiga kali ke Kuantan. Tak apa mungkin lain kali.
updatelah blog, nanti boleh saya layari dan nak tau cerita semasa u. Tak kisah bahasa apa pun asalkan boleh faham.Salam