Tuesday, March 24, 2009

Sebutanmu menghiburkan kami

Afiq Ridhwan akan berumur 4 tahun pada 28 Jun nanti. Apabila abang-abang pergi ke sekolah tinggallah Afiq Ridhwan keseorangan di rumah bersama mama, dan juga pak cik (adik saya). Kerana tak ada rakan sebaya nak melayan beliau maka kamilah yang akan jadi rakan sepermainannya sementara menunggu abang-abang balik dari sekolah. Kadang-kadang ada juga Afiq Ridhwan minta kebenaran nak kerumah jiran untuk berkawan dengan Lisa anak jiran yang sebaya dengan beliau untuk bermain bersama.

Apa yang menjadi kelucuan tentang Afiq Ridhwan kepada kami sekeluarga ialah sukarnya beliau menyebut perkataan "ru". Burung disebutnya 'buyung', baru disebutnya ''bayu', rumah disebutnya "yumah", ha,ha, ha....
Berkali-kali diperbaiki sebutannya itu juga yang keluar.
Bila di suruh sebut betul-betul, katanya betullah tu.. mama, apalah mama ni,
buyung, buyung, buyung.

Tak apalah Afiq Ridhwan, bila besar nanti dan bersekolah, mudah-mudahan sebutan akan berubah dan sempurna. Apa-apa pun kami sekeluarga terhibur dengan telatah yang ditunjukkan.

No comments: