Thursday, March 26, 2009

Ustaz balik kampung!! Terlupa????

26 Mac 2009 adalah hari kedua bagi bulan Mac wanita-wanita di Lorong TTU 31 rancang untuk sesi ceramah agama. Lewat petang semalam kawan ada bagi tahu, ustaz menelepon beliau (setelah hantar sms pada dia untuk confirm) menyatakan dia berada di kampung halamannya di Kedah. La...kenapa pula, semasa sesi pada 4 Mac dulu kan dah maklumkan... (mungkin ustaz ada hal, itu sebab dia balik kampung, atau mungkin ustaz sendiri terlupa mengenai program ini yang telah dirancang dan dipersetujui dari awalnya). Maka teruslah saya sms kekawan yang lain maklumkan mengenai perkara ini. Besar kemungkinan akan menghubungi ustaz semula bila dia balik ke Melaka untuk diadakan sesi ceramah ini pada minggu hadapan. Perancangan awal sesi ceramah ini adalah 2 kali sebulan, jadi kalau dapat ikut seperti yang dirancang baguslah, tapi kalau tak dapat dilaksanakan nak buat macam mana. Kita hanya merancang dan yang menentukan hanya Ilahi.

Program seperti ini diadakan atas inisiatif wanita2 di lorong TTU 31 kerana masing2 merasakan jiwa perlu dibajai dengan ilmu rohani disamping dapat mengeratkan silaturahim antara kami. Almaklumlah masing-masing sibuk buat kerja dalam rumah dan tak tau apa cerita jiran sebelah rumah, bila ada majlis fardu ain seperti ini dapat juga bertemu mata dan bertanya khabar antara jiran tetangga.

Mengikut perancangan awal macam-macam program nak dilakukan, bersemangat..sama ada berbentuk kerohaniah, kekeluargaan, rekreasi, motivasi untuk anak2 dan lain-lain lagi. Insyaallah perkara ini akan menjadi kenyataan kerana tak lama lagi surau yang terletak bersebelahan dengan rumah saya hampir siap dan dapatlah dilaksanakan pelbagai aktiviti di sana nanti demi utuk mengimarahkan surau Taman Tasek Utama.

Mudah-mudahan aktiviti yang dilakukan ini mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin

No comments: