Tuesday, March 3, 2009

Mak, Semangat dan kekuatan mu sumber inspirasi ku

Selama 4 hari 3 malam, saya, mak dan dua orang kakak telah selamat pergi dan kembali setelah mengikuti lawatan ke Jakarta dan Bandung. Aturcara lawatan penuh dan masa yang betul-betul kami boleh berbaring atas katil hanyalah pada waktu malam iaitu selepas jam 10 malam setiap hari.

Apa yang saya rasa bangga sepanjang perjalanan ini ialah keadaan kesihatan mak alhamdullillah baik. Apa saja aturcara yang dijadulkan mak tak nak ketinggalan dan dia akan ikut serta, kecuali aktiviti jalan malam tidak diikuti kerana tidak digalakkan oleh pemandu pelancong kerana takutkan keselamatannya. Aktiviti2 lain seperti ketempat sejuk mak ikut, kekolam air panas dan berjalan kaki naik dan turun bukit mak ikut, ke gerai-gerai dan shopping kompleks juga mak ikut, berhenti untuk mengerjakan solat diperhentian yang dilalui sudah pasti mak ikut.

Walaupun usia mak sudah 86 tahun, mak masih gagah berjalan dengan bertemankan sebatang tongkat, tidak perlu dipegang, atau dipapah. Apa yang mak cakap adalah... biar aku jalan sendiri, hampa pi dulu, aku ikut dibelakang.
Walaupun begitu hati kami anak-anak mak tetap risau, saya dan kakak-kakak mengiringi mak, sama ada dibelakang, dihadapan, dikiri atau dikanan mak, walaupun mak menengah kami daripada berbuat demikian.

Dikalangan ahli kumpulan yang ikut serta dalam rombongan ini ada dua orang warga emas. Selain daripada mak, ada seorang lagi, tapi dia jauh lebih muda daripada mak dan berumur dalam lingkungan 70an. Jauh disudut hati, saya amat berbangga dengan mak, kerana walaupun usianya telah lanjut tetapi semangat kentalnya cukup-cukup kuat. Beliau tidak pernah mengeluh, tidak pernah mengadu letih, penat dan sebagainya bahkan kalau tidak ada yang melarangnya daripada melakukan sesuatu aktiviti itu, semua hendak dilakukannya. Dan yang paling saya berbangga dengan mak ialah beliau tidak meninggalkan solat, walau dalam apa keadaan sekalipun jauhnya untuk ketempat solat tersebut, beliau tetap akan pergi berjalan kaki dengan bertemankan tongkat setianya.

Apa yang saya dengar daripada kekawan apa yang mak ucapkan ialah mak tersangatlah gembiranya dapat ikut serta dalam rombongan ini dalam usianya sebegini. Mak rasa gembira sangat. Mak juga banyak membeli buah tangan untuk anak dan cucu-cucu serta kawan-kawan di kampung. Mak kata dia beli barang tu semua untuk disedekahkan pada mereka. Baiknya hati mak.
Ada juga dikalangan kawan-kawan yang ikut serta juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mak, dan ada yang bertanya apakah rahsia makcik sehingga boleh buat semua ni, dan tak ada sakit apa-apa pulak tu....
mak hanya menjawab... makcik tak dak rahsia apa-apa.

Jauh disudut hati bila lihat dan kenangkan kembali, mak adalah seorang yang kuat semangat, pantang mengaku kalah, ingin mencuba sesuatu dengan sendiri, yakin dan percaya pada kebolehan diri sendiri, tidak bercakap yang negatif mengenai kebolehan diri, dan percaya Allah tu Maha Mengasihani dan Maha Kaya.

Atas ramuan semua inilah maka saya beranggapan mak beroleh kejayaan dalam menempuhi perjalanan kami dan selamat kembali dengan keadaan yang sihat walafiat sebagai seorang warga emas yang disanjungi dengan izin Allah sbhwta.

No comments: