Tuesday, March 31, 2009

Ingin yang terbaik

Dua tiga hari yang lepas talian internet tak dapat digunakan, so tak dapatlah nak update blog. pagi tadi setelah di cuba alhamdulillah berfungsi. Maka bolehlah saya coret-coretkan sesuatu dalam ruangan ini.

Pada minggu ini janji pada diri sendiri untuk siapkan semua assignment stat 2 dan bercadang untuk ke UTM buat perbincangan dengan kawan dan boleh hantar sekali kepada Prof Dr. Azlan dan selepas itu boleh lah beri tumpuan pada proposal yang nak dikemaskini dan yang nak disiapkan. ( Mudah-mudahan berjaya)

Untuk elakkan rasa boring saya juga meninjau-ninjau maklumat lain yang dirasakan bersesuai dengan diri. Contohnya kata-kata motivasi, cerita-cerita kerohanian dan lain-lain. Saya juga ada mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan daripada kekawan yang sudi menghantar e-mail pada saya dan juga ada yang saya subscribe terutamanya daripada laman blog saudara Fuad (terima kasih).

Bagaimanapun disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin telah biasa kita dengar, atau kita pelajari hanya sebagai santapan rohani. Antara maklumat berikut adalah mengenai orang-orang yang akan mendapat doa malaikat;

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang iman selesai membaca alfatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnay selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9.Orang yang membelanjakan harta (infak).
10.Orang yang sedang makan sahur.
11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Mudah-mudahan saya diantara orang yang mendapat doa daripada malaikat. Amin.

No comments: